KUALA LUMPUR: Bersempena dengan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, barisan Jemaah Menteri mengambil kesempatan merafak sembah tahniah menzahirkan penghormatan dan sokongan penuh mereka terhadap Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Antaranya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dalam hantaran di laman Facebook beliau.
"Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 20 Julai 2024 Bersamaan 14 Muharam 1446H.
"Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku," tulis beliau.
Turut merafak sembah tahniah ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang turut mendoakan agar Seri Paduka Baginda berdua sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan serta memacu Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat dan maju.
"Semoga Duli Tuanku kekal qarar bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan, dan kesejahteraan jua serta memerintah dengan adil dan saksama.
"Patik mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda sentiasa dilimpahi keberkatan," katanya.
Beberapa menteri Kabinet turut membuat hantaran di laman media sosial masing-masing antaranya Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Turut merafak sembah tahniah ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.
Dalam ucapan merafak sembah tahniahnya, Fahmi yang juga Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 mendoakan supaya Allah SWT memberkati pemerintahan Sultan Ibrahim selain turut berkongsi pantun empat kerat.
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri," kata Fahmi.
Azalina juga tidak ketinggalan berkongsi pantun empat kerat yang berbunyi:
"Datuk Laksamana Menjaga Kota,
Kayu belian kubunya kukuh,
Tuanku umpama payung mahkota,
Patik sekalian tumpang berteduh".
Mohamad pula mendoakan agar Seri Paduka Baginda menjadi pelindung kepada agama Islam yang suci dan lambang perpaduan antara semua kaum di Malaysia.
"Sembah takzim daripada patik dan seluruh warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Taat setia kami tidak akan berbelah bahagi kepada institusi Raja Berperlembagaan," katanya.
Sementara itu, Dr Zaliha mendoakan supaya Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah serta kaum kerabat Seri Paduka Baginda sentiasa dilimpah rahmat dan hidayah serta dirahmati dengan kesihatan dan kebijaksanaan dalam memimpin negara ke arah kemajuan, keharmonian dan kesejahteraan.
"Institusi Diraja merupakan simbol perpaduan dan kestabilan negara. Tuanku ialah payung negara yang sentiasa melindungi dan memayungi rakyat jelata.
"Patik dan seluruh rakyat jelata berikrar akan terus berkhidmat dengan setia dan amanah di bawah naungan Duli Tuanku, demi mencapai sebuah aspirasi Malaysia MADANI," kata Dr Zaliha.
Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara hari ini, dan dihadiri ratusan tetamu termasuk Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Jemaah Menteri, komuniti diplomatik asing di negara ini dan pemimpin utama negara.
Turut berangkat hadir Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 20 2024

Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara hari ini. - Gambar/ Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Sultan Ibrahim selamat jalani rawatan di luar negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu dalam hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Duta Besar M'sia ke AS: Nama calon sudah ada, perlu perkenan Agong dahulu - Anwar
Pelantikan jawatan itu perlu mendapat perkenan YDPA Sultan Ibrahim, yang kini sedang berada di luar negara untuk menjalani rawatan.

UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

Jemaah Menteri doakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong
Jemaah Menteri mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesembuhan dan selamat menerima rawatan perubatan di luar negara.

Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-268 di Istana Negara, hari ini.

Agong terima menghadap Panglima Angkatan Tentera
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar di Istana Negara hari ini.