Ucapan tersebut disampaikan oleh Seri Paduka Baginda menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
"Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada seluruh warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersempena sambutan ulang tahun ke-57 agensi itu hari ini (1 Okt)," menurut catatan itu.
SPRM diwujudkan bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang ditubuhkan pada 1 Okt 1967.
-- BERNAMA
