Menerusi perkongsian di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan Seri Paduka Baginda dan Jusuf Kalla berlangsung selama hampir 30 minit di Istana Negara.
Hadir sama pada pertemuan itu ialah Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Zailani Hashim.
Jusuf Kalla pernah menjawat jawatan Naib Presiden Indonesia sebanyak dua kali iaitu dari tahun 2004 hingga 2009 bersama Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan untuk tempoh 2014 hingga 2019 bergandingan dengan Presiden Joko Widodo, yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
-- BERNAMA