Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara di sini, bersama kira-kira 10,000 jemaah bersempena sambutan 1 Syawal.
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di masjid itu kira-kira 8.20 pagi.
Seri Paduka berdua diiringi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta beberapa menteri Kabinet dan dif-dif kehormat.
Sultan Abdullah dan jemaah kemudian bertakbir raya sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri yang diimam dan dikhatibkan oleh Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.
Sejurus selesai khutbah Aidilfitri, baginda beramah mesra dengan jemaah yang tidak melepaskan peluang bersalaman dengan baginda. Sultan Abdullah kemudian berkenan berangkat ke majlis ramah mesra dan santapan raya bersama para jemaah Kabinet di Istana Negara.
Sementara itu, Syaikh Ismail ketika menyampaikan khutbah selepas solat sunat Aidilfitri bertajuk 'Aidilfitri Penyubur Fitrah Insani', mengingatkan bahawa umat Islam wajar menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan dalam suasana keimanan yang kukuh selain mestilah dilakukan dalam kerangka syariat Islam.
Beliau berkata kegembiraan itu mestilah dizahirkan dengan membesarkan Allah dengan bertakbir, bertahmid dan bertasbih yang menjadi lambang perubahan diri untuk terus istiqamah melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran.
"Bagi mereka yang benar-benar berjaya menjadikan Ramadan sebagai medan didikan kerohanian, maka sudah tentu ia akan dapat mengecap perubahan hidup daripada kurang baik kepada yang lebih baik.
"Perubahan ini dicapai melalui amalan bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu sehingga sifat-sifat keji yang bersarang dalam hati dapat dibuang dan diganti dengan sifat-sifat yang murni dalam jiwa," katanya.
Oleh yang demikian, Syaikh Ismail menyeru seluruh umat Islam menjalinkan semangat perpaduan dengan menghubungkan silaturahim dengan amalan ziarah-menziarahi dan kunjung-mengunjung bagi merapatkan ukhuwah.
"Malah, tidak salah untuk menjemput golongan bukan Islam hadir ke rumah kita lebih-lebih lagi apabila menganjurkan rumah terbuka.
"Sikap saling menyayangi, menjaga, memahami, memberi, berkongsi dan memaafi hendaklah ditonjolkan kepada mereka, sekali gus dapat mewujudkan suasana keharmonian dalam masyarakat yang berbilang kaum yang wujud di negara kita," katanya.
Umat Islam juga perlu beringat di samping kegembiraan menyambut Aidilfitri, terdapat saudara-mara seagama menyambutnya dalam keadaan sukar, bersendirian dan daif termasuk dialami oleh saudara-saudara Islam di negara-negara yang bergolak.
"Walaupun kita dianjurkan untuk memeriahkan suasana hari raya dengan menghiasi rumah, menyediakan juadah, berpakaian indah serta memakai wangi-wangian, tetapi semuanya itu mestilah dilakukan secara sederhana dan tidak membazir serta terhindar daripada perasaan riak dan sombong terutamanya ketika menganjurkan rumah terbuka.
"Demikian juga wajib kita memelihara adab berpakaian dan pergaulan supaya tidak melanggar batas-batas syariat," katanya.
Khutbah itu turut mengingatkan jemaah agar mendidik anak-anak dengan adab sopan agar mereka tidak mensia-siakan perayaan Aidilfitri ini dengan perkara-perkara yang melalaikan dan merosakkan nilai silaturahim yang terjalin sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 05 2019
Seri Paduka berdua diiringi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta beberapa menteri Kabinet dan dif-dif kehormat. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (23 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Pendidikan | Pencemaran | Ekonomi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel lakukan serangan udara di Beirut
Serangan udara itu menyasarkan sebuah bangunan kediaman di Jalan Fathallah, kawasan Basta Fawka yang padat penduduk.
AWANI 7:45 [23/11/2024] – Mangsa sindiran sejak jadi Perdana Menteri | Pelihara keharmonian negara | Tahan tiga suspek, keterangan 23 individu | Bercakap dengan lebah
Tak ambil gaji kena sindir, PM seloroh ambil gaji tahun depan.
Malaysia teguh kerana sepakat dalam perbezaan.
Bukan senyap, siasatan kes simbah asid Faisal Halim masih berlangsung.
Bunuh lebah, ancam bekalan makanan sedunia, laporan khas, Ridauddin Daud.
Malaysia teguh kerana sepakat dalam perbezaan.
Bukan senyap, siasatan kes simbah asid Faisal Halim masih berlangsung.
Bunuh lebah, ancam bekalan makanan sedunia, laporan khas, Ridauddin Daud.
Pilihan Raya Negeri India: BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
SPR India pada 15 Oktober mengumumkan bahawa negeri Maharashtra dan Jharkhand akan mengadakan pilihan raya DUN pada November.
Hadiah perpisahan sempurna Kim Swee, Sabah belasah PT Athletic 4-0
Skuad Badak bermula garang dengan membuka tirai jaringan menerusi Saddil Ramdani pada minit ke-12.
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI tingkat kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa, agama - Zulkifli
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI meningkatkan lagi kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa dan agama dalam memperkukuh perpaduan di negara ini.
Tunku Puteri Intan Safinaz kekal Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia
Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah kekal sebagai Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) bagi tempoh tiga tahun akan dat
Pemimpin Israel patut dihukum gantung
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan ICC yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Memasuki tahun kedua, program larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja hari ini memilih Agong ke-17
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja akan berlangsung hari ini bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis ke-216, hargai pengorbanan warga PDRM
Seri Paduka turut menyanjungi dan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pesara PDRM atas pengorbanan yang dicurahkan.
Pasca PRU15: Seruan Agong, MRR usaha untuk masyarakat lebih bersatu - Lee Lam Thye
Rakyat perlu memberi respons yang sama dengan cara menzahirkan sokongan terhadap kerajaan perpaduan.
Pasca PRU15: Pejabat Anwar terus jadi tumpuan media
Teka-teki siapa bakal menjadi Perdana Menteri ke-10 terus menjadi tanda tanya.
Pasca PRU15: GPS serah kepada Agong lantik PM baharu
GPS menegaskan bahawa kepentingan negara adalah lebih diutamakan dan penubuhan kerajaan yang stabil mengambil kira kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi.
Pandangan Tommy Thomas langgar Perlembagaan Persekutuan
Negara mengalami Parlimen tergantung di atas keputusan sah dan mandat rakyat yang diberi di PRU15 pada 19 November lalu.
Tindakan 12 menteri PN hantar surat kepada Agong disifatkan tidak wajar
Tindakan 12 menteri itu secara tidak langsung melambangkan ketidakpercayaan mereka terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri.
Penyokong Najib serah memorandum mohon pengampunan Agong
Kira-kira 300 penyokong bekas Perdana Menteri itu diketuai oleh Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia berkumpul di hadapan Istana Negara untuk menyerahkan memorandum berkenaan.
Agong, Raja Permaisuri berkenan rasmi Nicol David Organisation
Seri Paduka berdua turut berkenan beramah mesra dengan kanak-kanak yang menyertai program utama NDO, 'Little Legends'.