PONTIAN: Tindakan 12 anggota Jemaah Menteri daripada Perikatan Nasional (PN) menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menyatakan pendirian mereka tidak bersetuju pilihan raya umum (PRU) diadakan tahun ini, disifatkan tidak wajar.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tindakan menteri Kabinet daripada Bersatu dan Pas itu secara tidak langsung melambangkan ketidakpercayaan mereka terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan boleh menjejaskan keabsahan kerajaan.
"Ia dilihat sebagai sesuatu yang tidak baik berlaku dalam pentadbiran sekarang bila ada 12 menteri yang tulis surat sedemikian rupa walhal selaku ahli Kabinet mereka boleh menyelesaikan dalam mesyuarat Kabinet.
"Semakin kurang keabsahan (dalam kerajaan) kalau 100 peratus keabsahan sekarang tinggal 60 peratus sahaja, 40 peratus keabsahan sudah hilang. Sewajarnya surat itu tidak disebar, permasalahan seperti itu boleh dibincang dalam Kabinet," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan mesyuarat Puteri UMNO Bahagian Pontian di Dewan UMNO Pontian, hari ini.
Ahmad mengulas tindakan 12 menteri daripada Bersatu dan Pas yang menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan ketidaksetujuan melaksanakan PRU15 tahun ini dengan alasan mahu memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad, yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, kesemua 191 bahagian membabitkan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO seluruh negara menggerakkan jentera pilihan raya bagi menghadapi PRU15 yang semakin hampir. - BERNAMA
Bernama
Fri Oct 07 2022

Tindakan 12 anggota Jemaah Menteri daripada Perikatan Nasional (PN) menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong disifatkan Ahmad Maslan sebagai tidak wajar. - Gambar fail

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.

Tindakan 12 menteri PN hantar surat kepada Agong disifatkan tidak wajar
Tindakan 12 menteri itu secara tidak langsung melambangkan ketidakpercayaan mereka terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri.