Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan sokongan Baginda terhadap pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April ini, seperti mana yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Dalam satu kenyataan hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Tuanku telah menitahkan agar rakyat mematuhi arahan PKP itu, serta semua arahan terkini oleh agensi kerajaan yang berkaitan.
Ahmad Fadil berkata, Tuanku Baginda merasakan ianya sesuatu yang amat penting dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.
“Ini untuk turut membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia memberi tumpukan khusus kepada kumpulan sasar yang dikenal pasti menjadi punca penularan wabak ini.
“Yang lebih penting, ialah supaya pandemik ini dapat diakhiri agar rakyat dapat menjalani kehidupan seperti biasa, sihat, dan sejahtera,” kata Ahmad Fadil dalam kenyataan itu lagi.
BACA: COVID-19: PKP dilanjutkan dua minggu lagi
Beliau berkata, Tuanku Baginda menzahirkan harapan agar rakyat terus bersabar dan tabah menghadapi dugaan dalam tatacara kebiasaan baharu atau the new normal.
“Rakyat turut dinasihatkan sentiasa berwaspada, menjaga kebersihan diri, amalkan penjarakan sosial, dan elakkan dari menghadiri sebarang perhimpunan, serta hindari tempat yang sesak,” katanya lagi.
Ahmad Fadil berkata, susulan daripada lanjutan PKP itu, serta mengambil kira situasi terkini, Istana Negara juga telah dinasihatkan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tidak menganjurkan apa-apa bentuk majlis dan tahlil berkenaan bersempena bulan Ramadan.
“Ini adalah kerana mengambil kira faktor keselamatan dan bagi mengelak risiko ke atas semua pihak, terutamanya rakyat,” katanya lagi.
Ahmad Fadil berkata, Tuanku Baginda turut menasihat umat Islam di negara ini supaya menyambut bulan Ramadan dengan menumpukan kepada amal ibadat, berdoa dan bertawakal kepada Allah bagi mengharungi ujian ini, di samping sentiasa mengambil berat terhadap keselamatan dan kesihatan diri, keluarga dan komuniti.
Firdaus Azil
Sat Apr 11 2020
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Agong telah menzahirkan harapan agar rakyat terus bersabar dan tabah menghadapi dugaan dalam tatacara kebiasaan baharu atau the new normal. - Gambar fail/BERNAMA
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Al-Sultan Abdullah titah wujudkan pasukan khas SAR di Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah bertitah sebuah pasukan khas bagi operasi SAR perlu ditubuhkan di negeri ini terutamanya membabitkan kejadian lemas atau orang hilang.
Sultan Pahang titah undang-undang syariah negeri disemak
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah undang-undang syariah di negeri ini perlu disemak dan ditambah baik secara berkala serta dilaksanakan dengan konsisten.
Sultan Pahang titah peraturan berkaitan bangunan lama dikaji semula
Sultan Pahang menitahkan agar agensi terlibat melihat semula peraturan dan dasar berkaitan bangunan lama bagi mengelakkan tragedi kebakaran yang berisiko meragut nyawa.
Sultan Pahang titah kaji cerun lebih terperinci, elak tanah runtuh berulang
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar kajian khusus berhubung cerun dilakukan oleh pihak berkaitan agar kejadian tanah runtuh di negeri ini tidak berulang.
Al-Sultan Abdullah harap institusi pendidikan Islam di Pahang dapat diperkasa ke arus perdana
Sultan Pahang berharap maahad tahfiz, madrasah dan pondok di negeri itu dapat diperkasa dengan melaksanakan pendekatan pendidikan yang akan membawa institusi pendidikan terbabit ke arus perdana.
Sultan Pahang titah tanggungjawab jaga syiar Islam tugas bersama
Tanggungjawab berkenaan tidak boleh dipisahkan atau dipecah-belahkan atas dasar fahaman politik atau perbezaan ideologi.
Sultan Pahang titah jaga kesucian masjid, tiada solat dua imam
Pada masa sama Al-Sultan Abdullah memberi amaran terhadap semua masjid di negeri itu supaya tidak melaksanakan solat dua imam.
Sultan Pahang mahu pembaikan cerun penempatan Orang Asli Kg Sungai Ruil dipercepat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa supaya projek pembaikan cerun di penempatan Orang Asli Kampung Sungai Ruil, Tanah Rata dipercepatkan.
#AgongKita: Agong, Raja Permaisuri tetap di hati rakyat
Keperibadian baginda bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya sentiasa di hati rakyat jelata.
#AgongKita: Teruja dapat bersalam dengan Al-Sultan Abdullah
Turut kedengaran suara beberapa individu yang mahu bersalam dengan baginda berdua yang diarak kira-kira jam 9 pagi.