KUALA NERANG:Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja Melayu akan membuat keputusan terbaik berhubung situasi semasa negara demi kepentingan seluruh rakyat.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sehubungan itu semua pihak dinasihatkan supaya menyerahkan kepada kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah serta Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja untuk berunding dan mengendalikan isu yang timbul.
"Sebagai pemimpin politik dan rakyat, saya sedar Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu mempunyai kebijaksanaan dan berkemampuan membuat satu keputusan yang akhirnya boleh diterima oleh rakyat secara keseluruhannya," katanya kepada pemberita selepas Program Penyerahan Rumah 'Baiti Jannati' TNB di Kampung Semeliang dekat sini, pada Sabtu.
Istana Negara dalam kenyataan pada Sabtu menyebut Al-Sultan Abdullah akan berunding dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara bagi membincangkan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri di Putrajaya pada Jumaat.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dilaporkan berkata Al-Sultan Abdullah amat memahami keperluan kelangsungan pentadbiran negara untuk memerangi ancaman wabak COVID-19.
Sementara itu, Mahdzir yang juga Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata TNB sentiasa terbuka untuk mengadakan rundingan dengan pelanggan komersial yang berhadapan dengan masalah untuk menyelesaikan tunggakan bil premis mereka.
Beliau berkata pertimbangan boleh diberikan kepada pengguna, terutamanya bagi perniagaan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
"Ada yang datang ke TNB untuk membuat bayaran secara ansuran, kita benarkan sebab kita sedar dalam kalangan mereka juga menghadapi masalah perniagaan, jadi kita ambil tanggungjawab untuk membantu," katanya.
Terdahulu, Mahdzir menyerahkan kunci rumah baharu bernilai RM50,000 kepada keluarga Hassan Ismail yang merupakan golongan kurang kemampuan menerusi inisiatif di bawah program khidmat masyarakat TNB.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 24 2020
![Agong, Raja-Raja Melayu akan buat keputusan terbaik untuk rakyat - Mahdzir Agong, Raja-Raja Melayu akan buat keputusan terbaik untuk rakyat - Mahdzir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81603574732_DatukSeriMahdzirK.jpg)
MAHDZIR: Agong dan Raja-Raja Melayu mempunyai kebijaksanaan dan berkemampuan membuat satu keputusan yang akhirnya boleh diterima oleh rakyat secara keseluruhannya. - Gambar fail
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![Speaker tolak 17 RUU Persendirian tentang taraf warganegara kanak-kanak lahir di luar Malaysia Speaker tolak 17 RUU Persendirian tentang taraf warganegara kanak-kanak lahir di luar Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662031191_AzalinaOthman.jpg)
Speaker tolak 17 RUU Persendirian tentang taraf warganegara kanak-kanak lahir di luar Malaysia
Ini kerana sebarang pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan memerlukan kebenaran Majlis Raja-raja Melayu.
![Keputusan '16 Jun' dan nasib pilihan raya Keputusan '16 Jun' dan nasib pilihan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623985316_TBParlimen.jpg)
Keputusan '16 Jun' dan nasib pilihan raya
Pada petang 16 Jun, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah, menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin.
![Agong, Raja-Raja Melayu akan buat keputusan terbaik untuk rakyat - Mahdzir Agong, Raja-Raja Melayu akan buat keputusan terbaik untuk rakyat - Mahdzir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81603574732_DatukSeriMahdzirK.jpg)
Agong, Raja-Raja Melayu akan buat keputusan terbaik untuk rakyat - Mahdzir
Semua pihak dinasihatkan supaya menyerahkan kepada kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah serta Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
![PBB sahkan Malaysia tarik diri daripada Statut Rom PBB sahkan Malaysia tarik diri daripada Statut Rom](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/81515146816_unitednations.jpg)
PBB sahkan Malaysia tarik diri daripada Statut Rom
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi kenyataan terbaru, mengesahkan penarikan diri kerajaan Malaysia daripada Statut Rom yang berkuatkuasa bermula 29 April 2019.
![Dobi Muslim: Tindak-tanduk rakyat, pemimpin perlu seiring saranan Majlis Raja-Raja Dobi Muslim: Tindak-tanduk rakyat, pemimpin perlu seiring saranan Majlis Raja-Raja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51437623328_WASHINGMACHINE.jpg)
Dobi Muslim: Tindak-tanduk rakyat, pemimpin perlu seiring saranan Majlis Raja-Raja
Kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu mengenai tindak-tanduk individu yang dibimbangi menjejaskan keharmonian kaum dilihat bertepatan dengan realiti ancaman yang dihadapi masa kini.
![Kenyataan Majlis Raja-Raja ibarat cahaya - Azmin Kenyataan Majlis Raja-Raja ibarat cahaya - Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/61479027448_AzminBandungMayor.jpg)
Kenyataan Majlis Raja-Raja ibarat cahaya - Azmin
Pendirian Majlis Raja-Raja Melayu adalah ibarat cahaya yang menyuluh - memimpin rakyat mendepani cabaran semasa.
![Agong berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Agong berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/51487777827_YDPSantap.jpg)
Agong berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V malam ini berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu kali ke-245 di Istana Negara.
![Shahidan sangkal dakwaan Tun Mahathir dan Anwar Akta MKN ancam demokrasi Shahidan sangkal dakwaan Tun Mahathir dan Anwar Akta MKN ancam demokrasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/61457348622_ShahidanKassim.jpg)
Shahidan sangkal dakwaan Tun Mahathir dan Anwar Akta MKN ancam demokrasi
Shahidan berkata akta ini dilaksanakan melalui saluran dan cara yang mengikut prosedur betul, ia telah dibincangkan sewajarnya dan mendapat kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
![Tun Mahathir-Anwar keluarkan kenyataan bersama tolak Akta MKN Tun Mahathir-Anwar keluarkan kenyataan bersama tolak Akta MKN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/71473081104_TunMCourt.jpg)
Tun Mahathir-Anwar keluarkan kenyataan bersama tolak Akta MKN
Kenyataan empat perenggan yang ditandatangani secara bersama oleh kedua-dua pemimpin itu antara lain berkata akta tersebut mengancam sistem demokrasi dalam negara.
![Perkasa cadang tubuh Majlis Ukhuwah Islamiah Negara Perkasa cadang tubuh Majlis Ukhuwah Islamiah Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81446220726_IbrahimAli.jpg)
Perkasa cadang tubuh Majlis Ukhuwah Islamiah Negara
Cadangan penubuhan MUIN akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam atau kepada Majlis Raja-Raja Melayu, kira-kira tiga minggu selepas Hari Raya Aidilfitri.