KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga dua penghibur seni tanah air, Datuk M Daud Kilau dan Ibnor Riza Ibrahim, yang meninggal dunia baru-baru ini.
Turut menzahirkan ucapan takziah, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menerusi satu hantaran di Instagram Istana Negara hari ini, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian kedua-dua Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mereka sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana sedih serta pilu itu.
Al Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut mendoakan agar roh kedua-dua Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.
Datuk M Daud Kilau, 85, meninggal dunia pada 4.46 petang semalam akibat jangkitan kuman dalam darah, semasa menerima rawatan di Hospital Teluk Intan di Perak, manakala Ibnor Riza, 62, meninggal dunia di Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, pada 3.30 petang, Ahad lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 19 2023

Al Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut mendoakan agar roh kedua-dua Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. - Gambar IG Istana Negara

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Seorang lagi mangsa kemalangan babitkan Honda Jazz meninggal dunia
Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan tiga kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Persiaran Senawang 1 Khamis lalu disahkan meninggal dunia pada Isnin.

Mahkamah kekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap empat warga Myanmar
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap empat warga Myanmar kerana menyeludup 31 migran ke negara ini, lima tahun lepas.

Ridz Okumura sebak, kongsi nota terakhir Akiko
Ridzuan memaparkan sekeping nota bertulisan tangan berserta lakaran sarapan pagi dirancang Akiko sebelum pemergiannya.

Mantan Timbalan Naib Canselor USM Tan Sri Dr Kamal Salih meninggal dunia
Bekas Timbalan Naib Canselor (Akademik) Universiti Sains Malaysia (USM) Tan Sri Dr Kamal Salih meninggal dunia hari ini, di kediamannya di Southville City di Dengkil, Selangor.

Muhammad Darwisy ada masalah jantung sejak lahir - Baddrol Bakhtiar
Selain ibu, ayah dan dua orang kakak, Muhammad Darwisy yang berusia 12 bulan turut meninggalkan pasangan kembarnya, Dhiya Dinara.

Anak bongsu Baddrol Bakhtiar meninggal dunia
Khabar duka itu dikongsi ADUN Gurun itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Pro-Canselor Unisel Dr Anuar Masduki meninggal dunia
Pro-Canselor Universiti Selangor (Unisel) Datuk Dr Anuar Tafsir@Masduki atau lebih dikenali Dr Anuar Masduki, 79, meninggal dunia pagi tadi.

Mawar merah 'terakhir' buat Akiko Okimura
Jenazah isteri usahawan dan pempengaruh, Ridzuan Ridzokumura iaitu Allahyarham Akiko Okimura selamat dikebumikan kira-kira jam 9 pagi Sabtu.

Komposer Zul Mahat meninggal dunia akibat jangkitan kuman
Difahamkan, Allahyarham dimasukkan ke PPUM sejak penghujung Disember lalu selepas terjatuh ketika menjalani rawatan dialisis.