KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli menghadiri Pesta Kuantan 188 yang berlangsung di Kuantan 188 di sini, malam tadi.
Ketibaan Seri Paduka Baginda berdua ke menara kedua tertinggi di Malaysia itu disambut oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dan kerabat diraja yang lain.
Turut hadir ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengetuai barisan kepimpinan kerajaan negeri, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Infiniti Indah Datuk Omar Naresh Mohan serta Pengarah Urusan Kuantan 188 Datuk Zulkifli Mohamad.
Majlis turut dimeriahkan dengan acara memotong kek dan menjamah pulut kuning sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Peribadi Al-Sultan Abdullah yang jatuh pada 30 Julai dan Tunku Azizah pada 5 Ogos ini.
Selain itu, majlis turut diserikan dengan persembahan silat, pukulan gendang perpaduan dan nyanyian artis antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Cakra Khan, Man Bai, Ameng Spring, Aizat Amdan, Aishah Retno, Santesh serta pelawak Harith Iskander.
Pesta Kuantan yang berlangsung selama tiga hari bermula Sabtu (29 Julai) antara lain turut melibatkan penganjuran perlumbaan perahu naga Diraja Pahang, persembahan bakat dan kebudayaan, larian ria, berbasikal serta gerai jualan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2023

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan menghadiri Pesta Kuantan 188 yang berlangsung di Kuantan 188, di Kuantan, malam tadi. Turut kelihatan, Tengku Hassanal dan kerabat diraja yang lain. --fotoBERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Sultan Pahang, Tengku Ampuan cemar duli ke Pesta Kuantan 188
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mencemar duli ke Pesta Kuantan 188 yang berlangsung di Kuantan 18, malam tadi.

Agong, Permaisuri berkenan cemar duli ke Pesta Kuantan 188
Acara potong kek dan jamah pulut kuning turut diadakan sempena ulang tahun Hari Keputeraan Peribadi Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah.

Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke Pesta Kuantan 188
Ketibaan Seri Paduka berdua diiringi Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan kerabat diraja yang lain.