KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat pulang ke tanah air setelah menamatkan lawatan khas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Istana Negara melalui perkongsian di Instagram memaklumkan pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua dan delegasi selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 9.30 pagi tadi, disambut Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohd Zin.
Lawatan khas enam hari bermula 29 Nov itu adalah sempena Persidangan ke-28 Pihak-Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP28) yang bermula pada 30 Nov di Expo City, Dubai.
Dalam lawatan itu, Al-Sultan Abdullah berkenan menyempurnakan majlis perasmian Pavilion Malaysia di Expo City pada 1 Dis serta berangkat ke Sambutan Hari Kebangsaan UAE ke-52 atas jemputan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan pada 2 Dis.
Selain itu, Seri Paduka berkenan mengurniakan darjah tertinggi negara, Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) dan Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati (DK Pahang) kepada Sheikh Mohamed.
Kedua-dua pemimpin turut menyaksikan beberapa pertukaran dokumen antara syarikat Malaysia dan UAE berkaitan pelaburan di dalam tenaga boleh diperbaharui di Malaysia.
Dalam perkongsian berasingan, Istana Negara memaklumkan Yang di-Pertuan Agong juga berkenan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Explorer Group Sdn Bhd dan Royal Jet LLC di Hotel Emirates Palace, Abu Dhabi, pada Isnin.
Turut hadir, Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahad Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah dan Penasihat Hal Ehwal Khas di Mahkamah Presiden UAE Sheikh Mohammed bin Hamad bin Tahnoun Al Nahyan.
Hadir sama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Pengarah Eksekutif Explorer Group Datuk Shahriman Shamsuddin; Ketua Pegawai Eksekutif Royal Jet LLC Mohammed Husain Ahmed dan Duta Besar Malaysia ke UAE Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin.
Explorer Group adalah syarikat Malaysia yang mengendalikan operasi penerbangan dan juga operasi berkaitan penerbangan persendirian.
Royal Jet LLC yang berpangkalan di Abu Dhabi pula merupakan syarikat perkhidmatan penerbangan mewah, operasi pangkalan tetap, perkhidmatan perundingan penerbangan, pengurusan pesawat dan perkhidmatan penyelenggaraan pesawat.
Menerusi MoU itu, kedua-dua syarikat akan bekerjasama mengendalikan operasi penerbangan swasta berpangkalan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah serta akan membuka peluang kepada Royal Jet LLC bagi pasaran penerbangan persendirian Asia Tenggara untuk operasi pangkalan tetap, sewa persendirian dan perkhidmatan penyelenggaraan pesawat.
Dalam perkongsian berbeza, Istana Negara memaklumkan Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap angkasawan UAE Sultan Saif AlNeyadi di Emirates Palace, Abu Dhabi, pada Isnin.
Sultan Saif AlNeyadi melakar sejarah sebagai angkasawan Arab dan rakyat UAE pertama berkhidmat di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selama enam bulan dan terlibat dalam Expedition 69 dari 2 Mac hingga 4 Sept serta mencipta sejarah sebagai angkasawan Arab dan rakyat UAE pertama "berjalan di angkasa" .
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 05 2023

Lawatan khas enam hari bermula 29 Nov itu adalah sempena Persidangan ke-28 Pihak-Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP28) yang bermula pada 30 Nov di Expo City, Dubai.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Sultan Ibrahim selamat jalani rawatan di luar negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu dalam hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Duta Besar M'sia ke AS: Nama calon sudah ada, perlu perkenan Agong dahulu - Anwar
Pelantikan jawatan itu perlu mendapat perkenan YDPA Sultan Ibrahim, yang kini sedang berada di luar negara untuk menjalani rawatan.

UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

Jemaah Menteri doakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong
Jemaah Menteri mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesembuhan dan selamat menerima rawatan perubatan di luar negara.

Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-268 di Istana Negara, hari ini.

Agong terima menghadap Panglima Angkatan Tentera
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar di Istana Negara hari ini.