GEORGE TOWN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul al-Quran bersama kepimpinan kerajaan negeri di Masjid Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.
Seri Paduka, yang diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah, tiba di masjid itu pada 6.10 petang.
Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri, Toh Puan Khadijah Mohd Nor serta Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan isteri Datin Mohaini Mohd Safar.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Mufti kerajaan negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor disusuli ucapan sembah menjunjung kasih oleh Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.
Seri Paduka berdua turut berkenan menyantuni dan mengurniakan sumbangan kepada 50 asnaf sebelum menerima cendera kenangan pada majlis itu.
Majlis diteruskan dengan Tazkirah Nuzul Al-Quran bertajuk 'Al-Quran, Rahmat Untuk Umat' oleh Ahli Majlis Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Datuk Rosli Othman.
Selepas itu, Seri Paduka berdua berkenan berbuka puasa dan menunaikan solat fardu Maghrib secara berjemaah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 07 2023

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran. - BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Agong, Permaisuri berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul al-Quran
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul al-Quran di Masjid Negeri Pulau Pinang.