Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan kepada 188 penerima sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020 di Istana Melawati, di sini.
Seramai tiga individu, didahului oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mohd Zawawi Salleh dianugerahkan darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Selain Mohd Zawawi, yang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 27 April 2018, turut dianugerahkan SMW ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Hasnol Zam Zam Ahmad dan Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mazlan Yusoff.
Hasnol dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkuat kuasa hari ini.
Istiadat yang berlangsung buat pertama kali di Istana Melawati itu turut menyaksikan 25 individu dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.
Antara penerima PMW ialah Pengarah Sektor Audit Tadbir Urus, Jabatan Audit Negara Nor Salwani Muhammad, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Dr Waitchalla R R Suppiah serta Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Nik Mohd Hasyudeen Yusoff.
Selain itu, 39 individu dianugerahkan Johan Mahkota Wilayah (JMW), 27 individu menerima anugerah Kesatria Mahkota Wilayah (KMW), 36 individu menerima anugerah Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 68 individu menerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).
Pentadbir sukan dan beberapa atlet merupakan antara individu yang turut diberikan anugerah, antaranya Timbalan Presiden Persatuan Badminton Kuala Lumpur Mohd Taupik Hussain yang menerima JMW serta jaguh bina badan negara, Mohd Syarul Azman Mahen dan atlet karate negara S. Prem Kumar yang masing-masing dianugerahkan KMW dan PPW.
Penganugerahan itu diberikan atas kejayaan Mohd Syarul, atlet kelahiran Kuala Lumpur mencatat sejarah apabila meraih gelaran Mr Asia dan Mr Universe, masing-masing lima dan empat kali berturut-turut, manakala S. Prem Kumar pula menyumbang pingat gangsa buat kontinjen negara di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 01 2020
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bergambar bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalannya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan para penerima darjah kebesaran hari ini. - BERNAMA
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dahului senarai penerima darjah, pingat kebesaran Perak
Syed Danial, 80 tahun, dianugerahkan darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Toh Puan Fauziah dahului senarai penerima darjah kebesaran sempena hari jadi TYT Sarawak
Isteri Yang Dipertua Negeri Sarawak Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi mendahului senarai 1,046 penerima darjah kebesaran.
Sultan Ibrahim berangkat ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran
Yang di-Pertuan Agong berkenan menghadiri Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2024 di Istana Negara.
Kon Yeow akui tidak tahu senarai darjah kebesaran Pulau Pinang bocor
Chow Kon Yeow berkata, beliau hanya mengetahui perkara itu setelah diajukan soalan oleh wartawan pada Ahad.
Darjah kebesaran, pingat 'asing' tanpa perkenan Agong tidak sah diguna pakai - MDDM
Darjah kebesaran, pingat atau bintang kehormatan yang diterima seseorang warganegara dari negara luar tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong, adalah tidak sah.
Sultan Terengganu kurnia darjah kebesaran kepada 104 individu
Sultan Terengganu berkenan mengurniakan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman kepada 104 individu di Istana Syarqiyyah, hari ini.
MDDM cadang pindaan Akta Anugerah, perkasa penguatkuasaan salah guna gelaran
Ia bagi mengukuhkan lagi keberkesanan penguatkuasaan Akta 787 dalam membendung aktiviti penyalahgunaan anugerah dan darjah kebesaran.
Sultan Nazrin berkenan kurnia darjah kebesaran, pingat kepada 213 penerima
Seramai 238 penerima dikurniakan darjah kebesaran dan pingat bersempena dengan hari keputeraan baginda yang disambut pada 3 Nov.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Perak
Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-67.
Anugerah darjah kebesaran, Sultan Nazrin bersifat terbuka - Mohd Zahidi
Mohd Zahidi berkata, situasinya berbeza berbanding sekitar dua atau tiga tahun lalu.