KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyaksikan tayangan perdana dokumentari khas berjudul "Menjunjung Kasih Tuanku" terbitan Bernama TV di Istana Negara malam tadi.
Al-Sultan Abdullah berkenan menonton dokumentari mengisahkan pemerintahan Seri Paduka selaku Yang di-Pertuan Agong ke-16 bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selepas Majlis Bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa selamat di Surau Utama Istana Negara, di sini.
Dokumentari khas berdurasi 30 minit itu ditayangkan pada layar skrin di ruang santapan istana dengan ditonton kira-kira 300 tetamu.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Sebelum berangkat pulang, Al-Sultan Abdullah sempat memberi reaksi positif mengenai dokumentari khas berkenaan.
"Okey, Alhamdulillah... terima kasih," titah Seri Paduka ringkas sambil menunjukkan isyarat ibu jari tanda bagus.
Seri Paduka akan menamatkan pemerintahannya sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jan ini.
Dokumentari khas itu antara lain mengisahkan tentang penerimaan rakyat jelata sepanjang pemerintahan Yang di-Pertuan Agong termasuk ketika Seri Paduka mencemar duli berada di lapangan bersama rakyat, mahupun ketika berangkat menjelajah mengelilingi Malaysia serta majlis undangan rasmi bersama pemimpin negara.
Selain itu, sisi Al-Sultan Abdullah yang pelbagai termasuk ketika bersantai di samping kerabat diraja atau ketika berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja termasuk ketika berangkat merasmikan pembukaan sidang Parlimen turut dipaparkan dalam dokumentari khas berkenaan.
Tayangan dokumentari itu mula disiarkan hari ini sehingga 30 Jan menerusi beberapa siaran ulangan iaitu pada pukul 10 pagi dan 3.30 petang esok ; 8.30 malam 27 Jan ; 12.30 tengah hari 28 Jan; 10 pagi 29 Jan serta 6 pagi dan 11.30 pagi, 30 Jan. - BERNAMA
Bernama
Thu Jan 25 2024

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan menyaksikan tayangan perdana dokumentari khas berjudul "Menjunjung Kasih Tuanku" terbitan Bernama TV di Istana Negara malam tadi.
Kuih tradisional nekbat jadi pilihan ketika berbuka puasa
Kuih tradisional nekbat sentiasa dinanti dan menjadi pilihan ramai, khususnya pada bulan Ramadan.

Jumlah kes HFMD di Terengganu meningkat
Terengganu merekodkan 533 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam tempoh 1 Jan hingga 8 Mac lepas.
Usaha berterusan mampu penuhi keperluan 60,000 jurutera
Malaysia berkemampuan melahirkan graduan untuk memenuhi keperluan 60,000 jurutera mahir.
Dua rakan bebas hukuman gantung sampai mati
Pesuruhjaya Kehakiman, Kan Weng Hin menyatakan dalam penghakiman pihak pendakwaan gagal membuktikan hubungan antara bot menyimpan dadah dengan kedua-dua tertuduh dan bot itu boleh juga diakses orang lain.

Dua rakan terlepas hukuman mati, dibebaskan tuduhan edar dadah
Dua lelaki yang berdepan pertuduhan mengedar lebih 32.15 kilogram dadah lima tahun lepas, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

Krisis kebuluran di kem Zamzam, Sudan semakin meruncing
Keluarga yang kelaparan di sebuah kem yang dilanda kebuluran di barat Sudan terpaksa memakan makanan ternakan, menurut petugas kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.

PM Anwar ucap tahniah kepada penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat hari wilayah
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada 32 individu yang dianugerahkan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Dikurnia gelaran Datuk, suntikan semangat tingkat perkhidmatan kepada rakyat - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang diterimanya hari sebagai satu suntikan semangat.

Agong perkenan dua akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan dua akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.

Agong kurnia bot pemintas berteknologi tinggi kepada Maritim Malaysia Pahang
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sebuah bot pemintas berteknologi tinggi kepada Maritim Malaysia Pahang.

Agong zahir ucapan selamat Hari Tentera Darat ke-92
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat ke-92 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM).

Agong selamat tiba di tanah air selepas lawatan khas ke Brunei
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

Agong berangkat tiba di Brunei sempena lawatan khas
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berangkat tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei sempena lawatan khas hari ini.

Agong berkenan berangkat ke mesyuarat pengurusan kanan Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengadakan mesyuarat bersama pengurusan kanan Istana Negara di Istana Negara, hari ini.

Warga emas didenda RM30,000 muat naik hantaran bersifat palsu mengenai Agong, Majlis Raja-Raja
Seorang warga emas didenda selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran bersifat kandungan palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja menggunakan aplikasi Facebook.

Agong perkenan enam akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan enam akta diluluskan Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.