KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyaksikan demonstrasi akhir pada Majlis Penutup Eksesais Jungle Falcon Siri 1/2023 antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan United Arab Emirates Land Forces (UAELF) di Felda Sungai Panching Selatan, di sini.
Keberangkatan tiba baginda diiringi anakanda Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah.
Turut hadir, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Ketua Staf Angkatan Tentera Emiriah Arab Bersatu (UAE) Lt Jen Eisa Saif AlMazrouei dan Duta Besar UAE di Malaysia Khalid Ghanim Al Ghaith.
Seri Paduka ketika bertitah menzahirkan perasaan bangga terhadap kerjasama dan prestasi kedua-dua pasukan pertahanan yang terlibat dengan eksesais itu yang dianggap amat baik sekali.
Baginda bertitah menerusi latihan itu, ia membuka peluang perkongsian ilmu dan kemahiran selain memberi peluang kepada UAELF mendapat pengalaman beroperasi di kawasan iklim tropika.
"Saya harap latihan ini akan beri satu kenangan yang berharga dan boleh dibanggakan atas pelaksanaan yang cukup baik walaupun ia berlaku dalam ladang kelapa sawit, bukan dalam hutan yang biasa kita tempur seperti suatu ketika dahulu.
"Terima kasih kepada 4 Briged (Mekanize), ini kali pertama saya melihat dengan mata sendiri banyak aset dalam 4 Briged (Mekanize) yang tunjuk keupayaan sebenar pada hari ini," titah baginda yang turut berharap hubungan baik antara kedua-dua negara dapat dikekalkan.
Pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah turut meluangkan masa menyaksikan demonstrasi serangan akhir eksesais berkenaan dan beramah mesra bersama anggota serta pegawai kedua-dua pasukan tentera selain merakam gambar kenangan.
Eksesais Jungle Falcon telah bermula dari 4 hingga 16 Julai di sekitar Kuantan dengan melibatkan atur gerak anggota infantri bersama aset kenderaan berperisai tempur Adnan, Gempita dan kereta kebal Pendekar yang diketuai oleh Panglima 4 Briged (Mekanize) Brig Jen Mohamad Rafi Mohd.
Operasi eksesais dalam iklim tropika itu melibatkan 50 pegawai dan 536 anggota daripada Batalion Ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) (Mekanize) serta 19 pegawai dan 116 anggota Batalion Ke-61 Infantri UAELF.
Penutup eksesais disempurnakan oleh Panglima Medan Barat Tentera Darat Lt Jen Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan Ketua Latihan Briged UAELF Brig Jen Mohammed Khamis Mohammed Saif AlHassan.
Eksesais berkenaan ialah satu daripada pendekatan yang berupaya membuka ruang kepada TDM untuk berkongsi kemahiran, pengalaman dan pengetahuan bersama dengan rakan strategik ketenteraan UAELF dalam aspek peperangan secara konvensional.
Sebelum ini, eksesais dua hala antara TDM dengan UAELF iaitu Eksesais Desert Tiger Siri 6/2023 telah dilaksanakan di Al Hamra Combat Training Center, Abu Dhabi pada 8 hingga 27 Feb 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 16 2023
Al-Sultan Abdullah meluangkan masa menyaksikan demonstrasi serangan akhir eksesais berkenaan dan beramah mesra bersama anggota serta pegawai kedua-dua pasukan tentera selain merakam gambar kenangan. -Bernama
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.
Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.
Agong titah penjawat awam laksana tanggungjawab penuh integriti - KSN
Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua penjawat awam untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh integriti.
Agong terima menghadap Peguam Negara baharu
Menerusi hantaran di Facebook baginda, pertemuan tersebut berlangsung di Istana Negara pada Selasa.
Permaisuri Agong gayakan Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menggayakan baju kurung Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei baru-baru ini.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini.
Ketua Polis Indonesia, Filipina dahului penerima DKPP daripada Agong
Dua pegawai tertinggi polis Indonesia dan Filipina itu mendahului 100 penerima pingat termasuk empat pegawai kanan PDRM.
Agong berkenan kurnia 100 pingat pada istiadat DKAT 2024
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Tentera Laut ke-19 Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain.