KUALA LUMPUR: Agenda keterangkuman dalam Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi (PEMERKASA) turut meliputi langkah penerusan subsidi termasuk minyak bagi meringankan kos sara hidup rakyat.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata tindakan awal itu diambil selepas kerajaan mendengar kebimbangan rakyat mengenai kemungkinan peningkatan harga barang susulan kenaikan harga minyak dunia.
"Pada 10 Februari 2021, kerajaan telah bersetuju bahawa had harga siling produk petrol RON95 dan diesel ditetapkan bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak ketara apabila harga sebenar di pasaran global meningkat.
"Harga runcit semasa petrol RON95 dihadkan pada paras siling RM2.05 seliter manakala harga runcit semasa diesel akan dihadkan pada paras siling RM2.15 seliter," katanya dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) ke-45 yang dikeluarkan pada Jumaat.
Malah, Tengku Zafrul menjelaskan, paras harga siling petrol RON95 dan diesel tersebut adalah lebih rendah berbanding had harga dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu pada 2019 iaitu RM2.08 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel.
"Kerajaan akan menampung perbezaan harga pasaran sebenar dengan harga runcit yang ditetapkan secara mingguan melalui peruntukan subsidi," katanya.
Beliau berkata, keputusan itu diambil sejajar dengan trend harga pasaran sebenar produk petroleum yang kian meningkat susulan pertambahan permintaan minyak mentah dunia yang turut dipengaruhi oleh pembukaan semula pelbagai sektor ekonomi di seluruh dunia.
"Belanjawan 2021 telah disediakan berdasarkan unjuran harga minyak dunia pada US$42 setong dan jangkaan harga runcit petrol dan diesel akan kekal diapungkan.
"Mengambil kira harga minyak dunia semasa (US$70) dan penetapan harga siling petrol dan diesel, dianggarkan keperluan subsidi petrol dan diesel telah meningkat kepada RM3 bilion," katanya.
Tengku Zafrul turut menegaskan bahawa kerajaan tetap komited untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dan sentiasa memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia.
Kerajaan juga mengambil langkah bersesuaian bagi mengimbangi tanggungan subsidi kerajaan dengan keperluan untuk terus memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat, kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 19 2021

Tengku Zafrul berkata tindakan awal itu diambil selepas kerajaan mendengar kebimbangan rakyat mengenai kemungkinan peningkatan harga barang susulan kenaikan harga minyak dunia. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Pembayaran BPR Fasa 3 dan rayuan BPR dibayar mulai hari ini
Pembayaran secara berperingkat itu dijangka selesai pada 30 September ini.

Usaha capai imuniti kelompok tangani COVID-19 antara usaha keras Muhyiddin
Kini, terserah kepada kepimpinan baharu negara untuk mencorakkan hala tuju Malaysia terutamanya dalam usaha memerangi COVID-19.

Lapan pakej rangsangan manfaatkan lebih 20 juta rakyat, 2.4 juta perniagaan - PM
Kesemua pakej rangsangan itu bernilai RM530 bilion dengan tujuan memastikan kehidupan dan kebajikan rakyat sentiasa terbela.

Tarikh pembayaran PEMERKASA Tambahan dipinda, akan bermula 27 Julai - APAD
Penerima akan menerima pembayaran bermula 27 Julai ini, dipinda daripada perancangan terdahulu untuk pemberian dibuat sebelum 15 Julai.

KBS akan umum inisiatif tambahan bantu golongan belia, sektor sukan terjejas
KBS turut berbesar hati dengan pengumuman bantuan 'one-off' sebanyak RM3,000 kepada operator dan pengusaha industri sukan.

SME Bank sedia dana RM200 juta bantu perniagaan sektor 3D
Sektor 3D merupakan antara sektor perniagaan yang memerlukan perhatian dan bantuan daripada institusi kewangan.

Kerajaan bakal tampung subsidi minyak, minyak masak sehingga RM8 bilion tahun ini - Tengku Zafrul
Kerajaan bakal menampung subsidi minyak dan minyak masak sehingga RM8.0 bilion, iaitu RM4.22 bilion lebih tinggi daripada RM3.78 bilion yang diperuntukkan bagi tahun ini.

Pembayar cukai kod MISC layak dapat penangguhan bayaran - LHDN
Perniagaan pengangkutan penumpang melalui udara mengikut laluan dan jadual biasa, hotel dan operator aktiviti pelancongan antara perniagaan di bawah kod MISC layak mendapat penangguhan bayaran.

Pakej rangsangan Pemerkasa PLUS dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pagi ini dengan sentimen dirangsang oleh pengumuman pakej rangsangan PEMERKASA PLUS semalam.

Pemerkasa PLUS: Moratorium untuk B40, rakyat dan PKS terjejas
Mereka diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama tiga bulan atau mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50 peratus.