Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik meninggal dunia di kediamannya, di Kampung Sungai Air Tawar, pagi tadi.
Allahyarham ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya di Sungai Air Tawar.
Utusan Online melaporkan, Pegawai Khas Allahyarham, Mohamad Fariq Roslan ketika mengesahkan kematian itu berkata, arwah ditemukan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 9 pagi ini selepas gagal dihubungi sejak awal pagi.
“Sepatutnya beliau menghadiri program Ziarah Kasih Sedetik Bersamamu di Kampung Sekendi pagi ini,” katanya kepada Utusan Online.
Allahyarham yang berusia 59 tahun adalah timbalan ketua Umno Sabak Bernam dan ketua Umno cawangan Sungai Air Tawar.
Dalam pilihan raya umum yang lalu, Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional (BN) mengalahkan calon PAS Wahid Rais dengan majoriti 1,416 undi.
Sementara itu, pemandunya Mohd Sufaat Salimin dipetik Bernama berkata, kematian Kamarol Zaki disedari kira-kira pukul 8 pagi ketika beliau mahu mengambilnya untuk menghadiri satu program di kawasan DUN berkenaan hari ini.
Menurut Mohd Sufaat, menyedari Allahyarham tidak keluar dari kediamannya, beliau terpaksa bertindak memecahkan pintu dan menemui Kamarol Zaki terbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu kediamannya.
Allahyarham merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Sabak Bernam dan Ketua UMNO Cawangan Sungai Air Tawar.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supt Nor Azmi Isa ketika dihubungi Bernama, mengesahkan kematian Kamarol Zaki, namun tidak dapat memberikan maklumat lanjut ketika ini.
Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungam UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dilaporkan berkata, UMNO Selangor kehilangan seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat.
Noh merakamkan ucapan takziah kepada semua anggota keluarga dan kepimpinan UMNO Sabak Bernam atas pemergian Allahyarham.
Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman pula berkata Allahyarham dikenali sebagai seorang yang peramah dan sentiasa aktif dalam perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sewaktu hayatnya.
Astro Awani
Tue Jan 17 2017
Allahyarham ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya di Sungai Air Tawar. - Gambar Bernama
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Adun Sungai Air Tawar meninggal dunia
Allahyarham ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya di Sungai Air Tawar.