KALABAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik Hassan A Gani Pg Amir hari ini menafikan dakwaan menerima imbuhan sehingga RM10 juta untuk bertindak keluar dari Parti Warisan Sabah (Warisan).
Beliau berkata keputusan keluar parti dan menjadi ADUN bebas yang menyokong kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah dibuat tanpa paksaan atau tawaran sebaliknya demi kepentingan rakyat terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik.
"Dakwaan ini (mendapat imbuhan) satu dakwaan begitu liar, saya sudah jelaskan tindakan keluar parti ini tidak mengubah langsung landskap politik termasuk menjadi penentu pembentukan kerajaan, kalau terima tawaran memang tidak ada," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Hassan ditemui di Kampung Rancangan Kalabakan bagi bertemu pemimpin akar umbi serta rakyat dan berkata pertemuan itu adalah bagi menjelaskan keadaan sebenar berhubung tindakannya menjadi ADUN Bebas yang menyokong kepimpinan kerajaan.
"Kita sanggup terima cemuhan atau kata-kata tidak baik daripada netizen, korbankan maruah (sendiri) demi rakyat," katanya sambil menambah selepas ini, beliau akan turut turun padang ke Pulau Sebatik serta tujuh Pusat Daerah Mengundi (PDM) lain untuk memberikan penerangan.
Mengulas tindakan Speaker DUN Datuk Kadzim M Yahya yang menolak surat peletakan jawatan ADUN Sebatik yang diserahkan Warisan, Hassan berkata ia dibuat berlandaskan peruntukan perundangan sedia ada.
"Saya tandatangan surat itu sebelum menerima watikah sebagai calon, ketika itu saya tiada pilihan dan itu juga berlaku dengan calon lain yang menandatangani surat dan membaca aku janji.
"Surat ini selain tiada tarikh (ketika ditandatangan), ia hanya terdapat tandatangan saya sendiri tanpa membabitkan pihak kedua dan ini bermakna, saya boleh membatalkan surat itu sendiri tanpa perlu membabitkan pihak kedua," katanya.
Pada 25 Feb lepas, Hassan dalam temu bual dengan Bernama mengumumkan keluar Warisan kerana kecewa dengan kepimpinan parti itu yang dilihatnya lebih mengutamakan kepentingan politik berbanding isu rakyat yang terbeban dengan penularan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 16 2021
Hassan A Gani berkata keputusan keluar parti dan menjadi ADUN bebas yang menyokong kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah dibuat tanpa paksaan atau tawaran sebaliknya demi kepentingan rakyat. - Bernama
Fadillah mahu diaspora Malaysia di Laos teroka sektor tenaga boleh baharu
Setiap negara anggota ASEAN kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan penghasilan TBB dan tenaga bersih.
PRK Mahkota: BN berpotensi menang, tapi berapa besar majoriti?
Di atas kertas, peluang calon BN Syed Hussien Syed Abdullah untuk menang pada PRK Mahkota lebih cerah jika dibandingkan dengan lawannya.
KBS rancang hantar atlet pelapis ke lebih banyak kejohanan antarabangsa
KBS sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan mengenai cara meningkatkan pembiayaan bagi sukan dan menggalakkan sektor korporat melabur.
Kekurangan penerbangan ke dan dari Labuan disebabkan 'faktor muatan' - Hasbi
Walaupun MoT berkuasa luluskan penerbangan baharu atau tambahan atas permintaan, keputusan akhir terletak pada syarikat penerbangan komersial.
Malaysia mampu jadi hab perkhidmatan serantau untuk firma global - Tengku Zafrul
MITI komited untuk terus memupuk bakat, mengukuhkan hubungan dagangan selain memastikan Malaysia kekal sebagai peneraju hab pembuatan dan perkhidmatan.
LTdL: Beberapa jalan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang ditutup
Beberapa laluan di daerah Nilai, Seremban dan Rembau ditutup secara berperingkat susulan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.
Durian segar Malaysia boleh dinikmati pengguna China dalam tempoh 36 jam
Bagi golongan pengguna China, durian segar lebih sedap dan rasanya lebih halus berbanding dengan durian sejuk beku.
Pasangan panda gergasi tiba di Hong Kong
Sepasang panda gergasi yang dihadiahkan oleh kerajaan pusat kepada Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pagi Khamis.
Ribuan berkabung, beri penghormatan akhir untuk mangsa kebakaran
Orang ramai berkumpul di hadapan barisan keranda putih pada Khamis semasa upacara peringatan untuk 21 kanak-kanak yang meninggal dunia dalam kebakaran sekolah asrama di Kenya awal bulan ini.
Korea Selatan bakal laksanakan RUU larang deepfake,hukuman maksimum
Penggubal Undang-Undang Korea Selatan pada Khamis telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) yang menjenayahkan pemilikan atau menonton rakaman deepfake lucah, termasuk hukuman penjara dan denda.
Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.
Lima ADUN lantikan Pahang angkat sumpah
Majlis angkat sumpah diadakan di hadapan Speaker DUN Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dengan disaksikan Wan Rosdy dan ADUN lain.
Lee Chin Chen dipilih Pengerusi DAP Pahang baharu
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Lee Chin Chen dipilih sebagai Pengerusi DAP Pahang berkuat kuasa semalam.
Kelantan beri peruntukan sama rata kepada semua ADUN
Kerajaan Kelantan memberi peruntukan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk kepada ADUN pembangkang di negeri ini.
ADUN Rembia perlu kemuka bukti sertai Pas sejak 2023 - Ketua Menteri
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis perlu mengemukakan bukti beliau menyertai Pas sejak 2023 sebelum persidangan DUN pada November ini.
PN Pahang sokong Muhyiddin disiasat
ADUN Perikatan Nasional (PN) negeri ini menyokong penuh titah Tengku Hassanal supaya satu siasatan yang adil dilakukan ke atas Muhyiddin Yassin berhubung ucapannya semasa berkempen di Nenggiri.
Jenazah Sharifah Azizah selamat dikebumi
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudahatul Sakinah, Kampung Tengah Kluang petang tadi.
Kekosongan DUN Mahkota diumum Ahad ini
Mohd Puad memaklumkan kekosongan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ahad ini.