KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) Sabah akan menggunakan gaji baharu yang diluluskan kerajaan negeri melalui pindaan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan) 1981 untuk membiayai kos saman mahkamah bagi tuntutan pelaksanaan pemungutan semula 40 peratus hasil negeri itu daripada kerajaan Persekutuan.
Perkara tersebut diumumkan menerusi satu kenyataan bersama oleh ADUN Pakatan Harapan Sabah Christina Liew (N.20 Api-Api), Poon Ming Fung (N.56 Tanjung Papat), Ewon Benedict (N.11 Kadamaian), Phoong Jin Zhe (N.21 Luyang), Jannie Lasimbang (N.25 Kepayan), Tan Lee Fat (N.19 Likas), dan Peto Galim (N.18 Inanam).
“ADUN-ADUN PH Sabah akan menggunakan kenaikan elaun ini bagi membiayai kos perundangan saman 40% tersebut dan akan menggunakan sepenuhnya platform mahkamah sehingga ke Mahkamah Persekutuan bagi menuntut hak-hak Sabah ini”, menurut kenyataan yang dikeluarkan itu.
Pada masa yang sama, menurut kenyataan itu, kenaikan gaji tersebut turut akan digunakan oleh ADUN yang terlibat bagi membiayai kerja-kerja serta program kebajikan di kawasan masing-masing berikutan ketiadaan peruntukan khas ADUN bagi pembangkang.
Berikutan kenaikan gaji itu, Pakatan Harapan Sabah turut menggesa beberapa perubahan setara dilaksanakan di peringkat Dewan Undangan Negeri seperti penubuhan Jawatankuasa Antara Parti untuk menuntut hak-hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan, menggandakan jumlah hari persidangan DUN dalam setahun, serta menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas mengikut isu dan portfolio setiap Kementerian bagi memperkasakan peranan semak dan imbang di antara kerajaan dan pembangkang.
Abdul Hafiz Mustadi
Wed Jul 20 2022
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Selasa meluluskan usul untuk menaikkan saraan Ketua Menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota pentadbiran negeri yang lain. - Foto Bernama
Israel terus mengganas, 37 maut di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu
Letupan besar kedengaran di Beirut dengan imej dari ibu negara Lubnan itu menunjukkan langit malam menyala di kawasan selatan bandar itu.
Pangkalan tentera utama Israel binasa, lebih 20 jet pejuang musnah
Imej satelit menunjukkan kesan kemusnahan hangar pesawat di pangkalan utama tentera udara Israel selepas ia dibedil Iran di bawah Operasi Janji Benar 2.0.
Israel tekad terus serang Hezbollah di Beirut - Ketua tentera
Tentera Israel "tekad untuk memusnahkan" infrastruktur Hezbollah berhampiran sempadan Lubnan dan akan terus melakukan kerosakan terhadap kumpulan itu.
Deklarasi Doha seru gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Deklarasi Doha dengan tumpuan pada "Diplomasi Sukan," menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
Israel tidak mahu perdamaian, hanya tambah musuh
Alternatif seperti menjadikan mana-mana negara lain di Asia Barat sebagai sekutu kuat AS tidak berkesan kerana ia membawa kepada pengabaian terhadap Palestin.
ACL2: Selangor raih kemenangan pertama di pentas Asia selepas lapan tahun
Kemenangan tipis itu membolehkan skuad bimbingan Nidzam Jamil mengutip tiga mata pertama dalam saingan Kumpulan H ACL2 2024/25.
Pakistan punyai potensi besar untuk perdagangan Malaysia - PM
Potensi hubungan perdagangan besar yang ada pada Pakistan belum diteroka sepenuhnya oleh Malaysia.
Sultan Selangor perkenan fatwa berkaitan fahaman, ajaran, pegangan dan amalan GISB
Ini kerana, pemimpin, pengikut atau ahli GISB diyakini masih mengamalkan Aurad Muhammadiah, atau Zikir Agung, dibawa Kumpulan Darul Arqam.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Kestabilan politik dan dasar kerajaan MADANI menarik pelaburan besar, mencipta 25,498 pekerjaan pada separuh pertama 2024.
Draf Rancangan Tempatan di Pulau Pinang dijangka diwartakan tahun depan
Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai oleh MBPP telah siap manakala untuk bahagian pulau oleh MBPP dijangka siap hujung tahun ini.
GRS selesa kerjasama dengan PH Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah terutama dalam usaha memajukan negeri ini dan menyatupadukan rakyat.
Hajiji yakin kerjasama GRS, PH Sabah bawa kejayaan pada PRN akan datang
Hajiji berkata, keyakinan itu berdasarkan penerimaan rakyat yang meningkat terhadap Gagasan Rakyat yang merupakan parti komponen GRS.
PH Sabah tidak setuju DUN dibubar
PH Sabah mengulangi pendirian mereka yang tidak setuju dan tidak menyokong mana-mana pihak untuk melakukan gerakan tubuh kerajaan baharu melalui pintu belakang.
ADUN PH Sabah guna kenaikan elaun untuk biaya kos tuntut 40 peratus hasil negeri
ADUN PH Sabah akan menggunakan elaun baharu ini bagi membiayai kos perundangan saman 40 peratus dan menggunakan sepenuhnya platform mahkamah sehingga ke Mahkamah Persekutuan bagi menuntut hak Sabah.
PH Sabah kemuka tujuh perkara dalam Agenda Reformasi kepada Ketua Menteri
PH Sabah berpendapat bahawa Agenda Reformasi Sabah adalah sesuatu yang sudah lama tertangguh.
PH Sabah sedia jalin kerjasama bipartisan dengan GRS
Pakatan Harapan Sabah bersedia untuk kerjasama bipartisan bersama kerajaan negeri, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) namun ingin merangka garis panduan yang jelas mengenai hubungan kerja mereka.