KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Dr Md Yusnan Yusof dilapor meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di rumahnya di Ketereh.
Allahyarham meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung, lapor portal HarakahDaily.net.
Arwah yang pernah mendapat rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) dilapor terjatuh sebelum sempat ke bilik air ketika bangun dari tidur awal pagi tadi, kata Setiausaha DUN Melor, Tanazi Ariffin sepertimana dilapor portal tersebut.
“Bagaimana ketika mendapat susulan beberapa bulan lepas doktor mengesahkan keadaan jantungnya didapati baik. Malah semalam arwah hadir ke pejabat seperti biasa.
“Arwah menyiap urusan pembayaran skim takaful kifallah untuk warga emas di Dun Melor yang meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi HarakahDaily.net.
Berita kematian Md Yusnan disahkan anak Allahyarham, Mohd Auzaie di akaun Facebook.
"Dukacita dimaklumkan bahawa baba, Dr Yusnan sudah pergi menghadap Ilahi jam 2.28 pagi.
"Mohon doakan arwah ditempatkan di kalangan para solihin.
"Insya-Allah solat jenazah akan diadakan jam 2 petang di Masjid Ketereh.
"Mohon kepada semua untuk patuh prosedur operasi standard (SOP)."
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dalam pada itu turut mengumumkan pemergian Md Yusnan di akaun Facebooknya.
"Dukacita dimaklumkan bahawa YB Dr Yusnan Yusof, ADUN Melor yang juga Timbalan EXCO Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri telah kembali ke Rahmatullah sekitar jam 2 pagi sebentar tadi.
"Mewakili saf kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan dan PAS Kelantan saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.
"Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman," kata Ahmad Yakob.
Jenazah Allahyarham dijangka disolatkan di mussala berhampiran rumahnya selepas solat Jumaat hari ini.
Arwah meninggalkan seorang isteri Ustazah Romaini Daud dan enam anak.
Astro Awani
Thu Apr 29 2021
Md Yusnan dilapor meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di rumahnya di Ketereh dipercayai akibar serangan jantung. -Facebook
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Huawei lancar MatePad 12 X, jam pintar Huawei Watch D2
HUAWEI MatePad 12 X merupakan sebuah tablet yang menggabungkan produktiviti dan kreativiti dalam reka bentuk yang 'ultra-stylish'.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Dua beranak mengaku tidak bersalah tipu pelaburan durian
Dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura, tahun lalu.
Bachok jajahan pertama Kelantan dilanda banjir, sebuah PPS dibuka
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas, dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Daim
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan siasatan ke atas keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung perolehan aset-aset di luar negara masih diteruskan.
[TERKINI] Bachok daerah pertama dilanda banjirm hujan berterusan sejak Rabu
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu dan sebuah PPS dibuka.
Tiada keperluan adakan PRK DUN Melor
Keputusan itu diambil selepas berakhirnya Proklamasi Darurat 2021 dan Seksyen 13 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.
PRK DUN Melor ditangguhkan
SPR terima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Kelantan berhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN itu, semalam.
Tiada PRK di DUN Melor - Takiyuddin
Tempoh darurat yang sedang berkuat kuasa tidak membenarkan PRK diadakan, selain DUN Kelantan juga menghampiri tempoh matang.
Keluarga nafi ADUN Melor meninggal akibat vaksin COVID-19
Keluarga Md Yusnan Yusof menafikan Allahyarham meninggal dunia disebabkan menerima suntikan vaksin COVID-19.
Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Adun Melor
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Dr Md Yusnan Yusof berikutan pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melor itu.
ADUN Melor Md Yusnan Yusof meninggal dunia
Allahyarham dilapor terjatuh sebelum sempat ke bilik air ketika bangun dari tidur awal pagi tadi.