KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melor, Kelantan yang sepatutnya diadakan susulan kematian penyandang kerusi itu, Dr Md Yusnan Yusof ditangguhkan, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak.
"Memandangkan Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 11 Jan 2021 [P.U.(A) 7/2021] dan peruntukan Seksyen 13 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 berkaitan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa maka Pilihan Raya Kecil bagi DUN N.23 Melor, Kelantan ditangguhkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Ayah sebut 'Allahuakbar' sebelum rebah
BACA: ADUN Melor Md Yusnan Yusof meninggal dunia
Beliau berkata, SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kub berhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN itu, semalam.
Perkara 46(5) Bahagian Pertama Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan telah memperuntukkan yang kekosongan sesuatu kerusi DUN Kelantan perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut.
Semalam, Abdullah mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Melor susulan kematian Md Yusnan pada 30 April lepas.
Md Yusnan, 53, meninggal dunia di rumahnya di Melor, Kelantan pada 2.28 pagi akibat serangan jantung.
Beliau memenangi kerusi DUN Melor bagi dua penggal berturut-turut iaitu pada Pilihan Raya Umum ke-13 dan ke-14. - BERNAMA
Bernama
Tue May 04 2021
Suruhanjaya Pilihan Raya mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Melor susulan kematian Md Yusnan Yusof pada 30 April lalu.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
PRK DUN Melor ditangguhkan
SPR terima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Kelantan berhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN itu, semalam.
Tiada PRK di DUN Melor - Takiyuddin
Tempoh darurat yang sedang berkuat kuasa tidak membenarkan PRK diadakan, selain DUN Kelantan juga menghampiri tempoh matang.