Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Kok Lanas, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad akur dengan kod etika yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO.
Beliau yang buat pertama kalinya menawarkan diri bertanding dalam Majlis Tertinggi (MT) turut tidak mahu mempertikaikan kod itu yang meminta semua ahli UMNO mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir semalam.
Mukhriz menjelaskan pihaknya ada menerima rungutan serta aduan mengenai tata etika yang agak mengongkong dan menyekat calon untuk memperkenalkan diri masing-masing secara bersendirian.
Beliau berkata tidak semua calon mendapat nikmat atau faedah daripada liputan media yang meluas dan banyak di kalangan mereka yang masih belum mengenali perwakilan.
Perkara itu dibangkitkan apabila calon tidak dibenarkan berkempen bersendirian dan hanya dibenarkan berkempen dan memperkenalkan diri melalui program dianjurkan Ibu Pejabat UMNO menerusi kerjasama Badan Perhubungan UMNO Negeri sahaja.
Katanya semua ahli parti mesti akur kepada sebarang keputusan yang di buat oleh parti dan tidak boleh mempertikaikannya bagi mengelakkan ahli berkenaan digantung.
Alwi yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian Ketereh menjelaskan, kemungkinan syarat yang ditetapkan itu bertujuan memberi keadilan kepada semua calon yang bertanding tanpa mengira calon popular atau sebaliknya.
Alwi yang memperkenalkan diri sebagai “Tanda Putera” untuk kempen kali ini menegaskan tujuannya bertanding dalam MT kali ini adalah untuk memperkasakan umat Islam dan meletakkan maruah Islam pada tempat yang sepatutnya.
Katanya selain itu, UMNO memerlukan lebih ramai pemidato dan jurubicara yang boleh berucap dan bercakap bagi menepis tohmahan dan fitnah pembangkang terutama dalam isu yang menyentuh kepentingan Islam.
Alwi merupakan antara perwakilan dari Kelantan yang sentiasa mencuri tumpuan perwakilan ketika berucap di Perhimpunan Agung UMNO kerana coletehnya.
Seramai 269 calon menarik diri bertanding pada pemilihan UMNO 2013, menjadikan semua 33,682 orang merebut jawatan bulan depan.
Dalam pada itu, seramai 260 calon peringkat Majlis Tertinggi (MT) dan sayap-sayap parti akan bertanding dalam pemilihan UMNO 2013.
Jawatankuasa pemilihan akan mengumumkan senarai akhir calon yang layak bertanding pada 7 Oktober depan selepas penelitian terakhir dilaksanakan.
Klik pada video untuk berita sepenuhnya.
Astro Awani
Sun Sep 29 2013
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 27 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 Disember 2024
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
Penyampai AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104 meter
Nursyazwani mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten.
AWANI Pagi: Undang-Undang Antarabangsa Selesaikan Isu Laut China Selatan
AWANI Pagi bersama Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Mohamed Redza Zakaria melihat peranan undang-undang antarabangsa untuk menyelesaikan konflik di Laut China Selatan.
Hos AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104m
Hos AWANI Pagi, Nursyazwani Saiful Sham berjaya mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188, Kuantan, Pahang.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten tetapi ia penting bagi mengelak golongan itu meluangkan lebih banyak masa dengan aktiviti kurang sihat.
ADUN Kok Lanas akur kod etika Jawatankuasa Pemilihan Parti
Ahli Dewan Undangan Negeri, Adun Kok Lanas, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad akur dengan kod etika yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti.