Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor sedang mengkaji kemungkinan memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi membatalkan penubuhan entiti baru Darul Ehsan Investment Group (DEIG), yang akan menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).
Setiausaha ADUN BN Selangor, Budiman Mohd Zohdi berkata pihaknya akan bertindak sedemikian jika perlu kerana DEIG yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1967 pada Disember tahun lepas tidak memerlukannya diaudit dan melaporkan prestasi serta kewangan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Mengapa DEIG perlu ditubuh di bawah Akta Syarikat 1967 dan diletakkan di bawah MBI.
"Perbezaan ini akan menjadikan DEIG sebagai sebuah syarikat yang seakan-akan 'invisible' yang mana akaun syarikat tidak memerlukan ia diaudit dan diserahkan laporan kedudukan kewangan termasuk aktiviti mereka kepada kerajaan negeri," katanya pada majlis penerangan khas isu DEIG di Bangunan UMNO Selangor di sini malam tadi.
Menteri Besar Mohamed Azmin Ali sebelum ini dilapor berkata DEIG ditubuhkan untuk memberi fokus kepada sektor pelaburan, aset dan perniagaan semata-mata.
Beliau berkata entiti yang dimiliki sepenuhnya oleh MBI itu juga dibangunkan bagi mengurangkan impak serta risiko perniagaan secara terus terhadap kerajaan negeri.
Budiman yang juga ADUN Sungai Panjang berkata penubuhan DEIG secara langsung dilihat akan mengurangkan peranan utama MBI dalam tanggungjawab tadbir urus harta dan aktiviti berunsurkan perniagaan di luar bidang kuasa kerajaan negeri.
"Sepatutnya, kerajaan negeri memperkukuh dan memperkasakan 'vehicle' sedia ada (MBI) dalam soal pengurusan pelaburan," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga sedang meneliti cadangan untuk menghantar satu memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam masa terdekat berhubung isu DEIG itu.
Penubuhan entiti tersebut turut menimbulkan kontroversi apabila sebuah portal berita pada Rabu melaporkan bahawa kira-kira RM30 bilion nilai aset yang sebelum ini diuruskan oleh MBI dipercayai diletakkan di bawah DEIG yang merupakan sebuah syarikat pengurusan risiko pelaburan bernilai RM2.
Laporan itu yang merujuk kepada rekod terkini Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang menunjukkan kedua-dua saham DEIG bernilai RM1 didakwa dipegang oleh dua individu iaitu Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Raja Shahreen Raja Othman dan Ketua Pegawai Operasi MBI, Soffan Affendi Aminuddin.
Pegangan saham itu dilihat bertentangan dengan struktur pegangan yang dipaparkan di laman web DEIG yang menunjukkan DEIG merupakan 100 peratus milik penuh MBI Selangor.
Mengulas mengenai dakwaan itu semalam, Mohamed Azmin mengakui bahawa dua individu yang dikaitkan dengan pendaftaran DEIG merupakan pemilik asal syarikat itu sebelum ia diserahkan kepada MBI.
Menteri besar dilaporkan berkata proses itu merupakan satu amalan biasa dalam pembentukan syarikat dan menyatakan kedua-dua indvidu terbabit berperanan dalam saham promoter yang mana ia turut dibenarkan dalam undang-undang.
Bernama
Fri Aug 21 2015
BUDIMAN: Sepatutnya, kerajaan negeri memperkukuh dan memperkasakan 'vehicle' sedia ada (MBI) dalam soal pengurusan pelaburan. - Foto Facebook
Banjir di Kedah semakin memburuk, bilangan mangsa cecah 1,018 orang
Situasi banjir di Kedah makin memburuk selepas bilangan mangsa mencecah 1,018 orang daripada 268 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.
PM mahu persediaan mantap dilakukan menjelang kepengerusian ASEAN 2025
Perdana Menteri berkata Malaysia perlu menjadi peneraju hebat dengan menyusun pelbagai program yang benar-benar memberi kesan mendalam kepada komuniti ASEAN secara keseluruhannya.
PM Anwar ulangi komitmen Malaysia jayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi komitmen Malaysia dalam menjayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan seperti yang dimeterai bersama 192 negara lain pada 2015.
Bunuh: Dua buruh kasar terlepas hukuman mati, diganti penjara 30 tahun
Panel hakim menolak rayuan A.Rames dan Tew Siew Kem untuk mengetepikan sabitan terhadap mereka dan menggantikan hukuman mati dengan penjara.
HUMS dijangka siap Dis 2025, beroperasi pada Jan 2026 - Zambry
HUSM dibina dengan kapasiti 400 katil, 25 bilik pembedahan, 40 katil rawatan intensif atau rapi serta 145 buah klinik pakar.
Tiga wanita ditahan dalam Op Global sambung reman hingga 22 Sept
Tiga wanita yang ditahan menerusi Op Global di Nilai dan Seremban kerana disyaki terbabit dalam kes eksploitasi kanak-kanak di negeri ini, disambung reman hingga 22 Sept.
Arul Kanda tidak tahu tentang kewujudan 'pelaburan' 1MDB - Tony Pua
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Arul Kanda Kandasamy tidak pasti tentang nilai 'pelaburan' 1MDB atau sama ada ia benar-benar wujud.
Seorang ahli GISB akan dituduh di Mahkamah Majistret Putrajaya esok
Individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Polis jalankan siasatan video upacara keagamaan
Polis Pulau Pinang menjalankan siasatan berhubung video tular di media sosial yang memaparkan satu upacara keagamaan di sebuah tokong di negeri ini yang berlatar belakangkan runut bunyi selawat.
Tetingkap Tunggal Nasional mudahkan operasi perdagangan - Tengku Zafrul
Inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National Single Window) yang bakal diharmonikan bersama sistem kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan antara Malaysia-China.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.
Lima ADUN lantikan Pahang angkat sumpah
Majlis angkat sumpah diadakan di hadapan Speaker DUN Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dengan disaksikan Wan Rosdy dan ADUN lain.
Lee Chin Chen dipilih Pengerusi DAP Pahang baharu
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Lee Chin Chen dipilih sebagai Pengerusi DAP Pahang berkuat kuasa semalam.
Kelantan beri peruntukan sama rata kepada semua ADUN
Kerajaan Kelantan memberi peruntukan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk kepada ADUN pembangkang di negeri ini.
ADUN Rembia perlu kemuka bukti sertai Pas sejak 2023 - Ketua Menteri
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis perlu mengemukakan bukti beliau menyertai Pas sejak 2023 sebelum persidangan DUN pada November ini.
PN Pahang sokong Muhyiddin disiasat
ADUN Perikatan Nasional (PN) negeri ini menyokong penuh titah Tengku Hassanal supaya satu siasatan yang adil dilakukan ke atas Muhyiddin Yassin berhubung ucapannya semasa berkempen di Nenggiri.
Jenazah Sharifah Azizah selamat dikebumi
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudahatul Sakinah, Kampung Tengah Kluang petang tadi.
Kekosongan DUN Mahkota diumum Ahad ini
Mohd Puad memaklumkan kekosongan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ahad ini.
Pelantikan Awang Bemee bukti kepercayaan kepada GPS - Abang Johari
Pelantikan Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-21 adalah bukti kepercayaan terhadap wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) memimpin dewan itu.
Pang Sock Tao angkat sumpah ADUN Kuala Kubu Baharu
Pang, 31, mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Selangor Lau Weng San.