Anugerah Desa Perdana (ADP) akan mengiktiraf kampung terbaik di negara ini yang memenuhi ciri-ciri penempatan sempurna untuk masyarakatnya.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelbagai penilaian akan dibuat di setiap daerah serta negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
Jelasnya, penilaian akan bermula di zon tengah dan Utara serta merangkumi empat jenis kampung.
"Ia akan berterusan, kita akan ke zon Pantai Timur, Selatan serta Sabah dan Sarawak dan kemuncak anugerah akan disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.
"Banyak penilaian yang akan kita buat, mula-mula saringan di setiap daerah dan negeri.
"Ada empat kategori iaitu kampung tradisional, perkampungan Felda, Orang Asli dan rumah panjang di Sarawak," katanya semasa ditemui pada Majlis Rumah Terbuka KKLW di sini hari ini.
Pada majlis sama, Ismail turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 60 kanak-kanak Syria di bawah jagaan Malaysia Life Line for Syria dan bersekolah di Jasmine Al-Syam, Setiawangsa.
Selain itu seramai 100 anak yatim dari rumah anak yatim sekitar Kuala Lumpur turut menerima duit raya.
Anugerah Desa Perdana membariskan lapan aspek utama iaitu Patriotisme dan Kemasyarakatan, Kepimpinan dan Pentadbiran.
Selain itu ia turut menekankan aspek Pendidikan dan Latihan, Ekonomi dan Keusahawanan, Pemerkasaan Peranan Belia, Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi, Kebersihan, Kesihatan dan Keceriaan serta Pengawasan Infrastruktur Asas
Wan Syamsul Amly
Tue Jul 11 2017
ISMAIL: ADP akan mengiktiraf kampung terbaik di negara ini yang memenuhi ciri-ciri penempatan sempurna untuk masyarakatnya. - Gambar fail
Pertanian: Menyingkap kisah pesawah muda pacu keterjaminan makanan
Isu keterjaminan makanan di Malaysia tidak boleh dipandang enteng, apatah lagi melibatkan makanan ruji seperti beras. Astro AWANI, mendekati pesawah-pesawah muda, menyingkap kisah bagaimana golongan belia mampu terlibat aktif dalam industri ini, yang sebelum ini dianggap sebagai sukar dan tidak berbaloi.
[TERKINI] Ahli GISB didakwa di Mahkamah Majistret Putrajaya
Wartawan Kanan Astro AWANI, Firdaus Azil kini di Mahkamah Majistret Putrajaya untuk membawakan perkembangan terkini pendakwaan terhadap seorang ahli kumpulan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISB).
Tupperware Bersedia Failkan Kebankrapan Akibat Hutang dan Permintaan Menurun
Tupperware, jenama ikonik bekas plastik, bersedia memfailkan kebankrapan selepas berdepan hutang mencecah $700 juta dan permintaan yang terus menurun, meskipun usaha penstrukturan semula dan pelantikan kepimpinan baharu.
Bicara kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ kembali jadi tumpuan
Suasana di pekarangan kompleks mahkamah ini mula dipenuhi pengamal media yang hadir sejak jam 8.30 pagi bagi mengikuti perkembangan kes berkenaan.
UCL: Jaringan 'pengantin baru' Endrick warnai kemenangan Real Madrid
Stuttgart ternyata menghadirkan tentangan buat Real yang beraksi di laman sendiri, memberikan ancaman untuk mengejutkan juara Eropah 15 kali itu.
Mangsa banjir terus meningkat, jumlah terkini 2,194 di 11 PPS
Jumlah itu meningkat berbanding 2,039 orang daripada 341 keluarga yang dilaporkan jam 11 malam tadi.
#AWANIRingkas 18 September 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 18 September 2024
1️⃣ 2,180 mangsa ditempatkan di 11 PPS
2️⃣ Dakwaan di bawah Seksyen 506
3️⃣ Pertingkat mutu pendidikan, latihan & tawar perkhidmatan perubatan
#awaniringkas
1️⃣ 2,180 mangsa ditempatkan di 11 PPS
2️⃣ Dakwaan di bawah Seksyen 506
3️⃣ Pertingkat mutu pendidikan, latihan & tawar perkhidmatan perubatan
#awaniringkas
AWANI Ringkas: 2,180 mangsa ditempatkan di 11 PPS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel dalang di sebalik letupan di seluruh Lubnan
Letupan yang menyebabkan lapan orang terbunuh dan 2,750 orang cedera merupakan hasil operasi bersama antara Mossad dan tentera Israel.
Awani Pagi: Apa yang anda perlu tahu mengenai mpox?
Awani Pagi 7.30 hari ini memberi tumpuan kepada isu penularan Cacar Monyet atau Monkey Pox, segala yang anda perlu tahu mengenai penyakit ini, bersama Dr Tan Seok Hong / Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia
Pembangunan desa ambil kira empat elemen utama - Ahmad Zahid
Peruntukan bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah akan digunakan secara efektif supaya impaknya akan turut dirasai rakyat di desa.
Bajet 2022: Jurang pembangunan antara bandar dan desa harus diberi perhatian
Itu antara keluhan dan harapan penduduk luar bandar untuk menikmati kehidupan berkualiti dalam suasana yang semakin mencabar.
Belanjawan 2021: Tumpu kepada naik taraf infrastruktur kampung - Komuniti Siam
Menurut Pengerusi Masyarakat Siam Changlun, Lee Boon Guan, tumpuan harus diberi kepada usaha menaik taraf infrastruktur di kawasan kampung dan desa, seperti jalan, perparitan dan lampu jalan jalan.
Sarawak bangunkan Taman Perindustrian Bio di Kota Samarahan - Abang Johari
Keputusan itu diambil selepas kerajaan negeri menerima cadangan syarikat luar negara yang berminat menjalin kerjasama dengan Majlis Biodiversiti Sarawak.
ADP iktiraf kampung terbaik negara - Ismail Sabri
Anugerah Desa Perdana (ADP) akan mengiktiraf kampung terbaik di negara ini yang memenuhi ciri-ciri penempatan sempurna untuk masyarakatnya.