SETIU: Jurang pembangunan antara bandar dan desa serta nasib rakyat yang terkesan akibat COVID-19 perlu diberi perhatian pada pembentangan Bajet 2022 hujung bulan ini.
Itu antara keluhan dan harapan penduduk luar bandar untuk menikmati kehidupan berkualiti dalam suasana yang semakin mencabar.
Bagi Zokri Othman, 43, capaian internet wajar diperluaskan manakala golongan memerlukan dibantu berikutan situasi yang mendesak.
“Kita melihat sesuatu yang amat serius bagi memberikan kemudahan kepada rakyat terutamanya apa yang kita lihat, fokus kepada capaian internet di kawasan luar bandar.
"Kita tengok pelajar sekolah hari ini dalam alam pembelajaran maya mengalami masalah. Mereka terpaksa keluar untuk mencari lokasi yang mempunyai capaian internet.
“Kadang-kadang sampai ada yang terpaksa panjat pokok, mendaki bukit bukau untuk dapatkan capaian internet ini.
"Jadi, saya sarankan pihak kerajaan fikirkan sesuatu supaya masyarakat di luar bandar juga dapat menggunakan kemudahan sebagaimana mereka di kawasan bandar,” katanya.
Zokri turut berharap agar kerajaan dapat menangani masalah pengangguran dan membuka peluang pekerjaan kepada graduan yang baharu menamatkan pengajian.
Sementara itu, Nik Man Mat Yasin yang merupakan salah seorang penggiat pelancongan menyarankan kerajaan supaya mencari jalan penyelesaian untuk memulihkan sektor berkenaan.
“Saya sebagai penggiat industri pelancongan mengharapkan kerajaan dapat membantu agensi-agensi pelancongan di Malaysia ini terutamanya dalam mengurangkan beban yang telah lama ditanggung oleh kami penggiat industri ini sejak COVID-19 bermula menular pada Mac 2020.
“Apa yang kami harapkan adalah supaya kerajaan memberi bantuan untuk pengusaha terutamanya yang menghadapi masalah bayaran balik seperti hutang-hutang bas. Ini kerana setiap bulan kita perlu membuat pembayaran kepada syarikat-syarikat kredit,” katanya.
Selain itu, Nik Man turut meminta kerajaan agar melanjutkan tempoh moratorium sehingga sektor pelancongan kembali pulih seperti sedia ada.
Menurut seorang petani Wan Dali Wan Ishak, 63, yang mengusahakan tanaman padi meminta kerajaan agar prihatin tentang nasib mereka.
“Saya sebagai seorang petani mengharapkan pihak kerajaan mengawal kenaikan bahan-bahan input pertanian seperti baja, dan racun.
"Ini kerana ianya menjadi masalah buat kami apabila pengeluaran hasil terlalu sedikit di samping keadaan cuaca yang tidak menentu.
“Saya betul-betul berharap pihak kerajaan prihatin dan membela nasib petani seperti kami,” katanya.
Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan pembentangan Bajet 2022 akan menumpukan kepada pemulihan, pembinaan semula daya tahan negara dan pemangkin pembaharuan, atau 3R iaitu 'recovery', 'resilience', 'reform'.
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Sat Oct 23 2021
Kerajaan juga diharap dapat menangani masalah pengangguran dan membuka peluang pekerjaan kepada graduan yang baharu menamatkan pengajian. - Astro AWANI
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada Khamis.
Rakaman yang diambil dari Baabda menunjukkan saat-saat serangan itu mengenai bangunan, diikuti dengan letupan yang kuat dan asap tebal yang memenuhi ruang udara.
#AWANInews
#AWANInews
Naikkan kadar RMT ke RM4, libatkan sekali M40 yang memerlukan - Maszlee
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, berdasarkan keadaan semasa, ia perlu dinaikkan kepada kadar yang berpatutan iaitu RM4.
Atlet berprestasi tinggi diberi keutamaan sertai tiga temasya sukan - KBS
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan atlet berprestasi tinggi akan tetap diberikan keutamaan bagi menghadapi tiga temasya sukan antarabangsa tahun depan.
Moody's Analytics unjur ekonomi Malaysia meningkat semula pada suku keempat
Bajet 2022 yang membabitkan peruntukan besar, akan turut membantu dari segi menampung pemulihan ekonomi dalam tempoh pasca-pandemik COVID-19.
Bajet 2022 kepada Parlimen adalah kecil, tidak signifikan untuk agenda transformasi - REFSA
Menurut Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA) Fakhrurrazi Rashid, peruntukan JPM dalam Belanjawan 2022 hampir 80 kali ganda lebih besar berbanding peruntukan parlimen.
Bank Dunia saran laksana lebih banyak langkah berstruktur untuk tingkatkan hasil kerajaan
Langkah berstruktur atau lebih mampan diperlukan apabila melibatkan usaha untuk meningkatkan hasil kerajaan pada masa depan.
Bajet 2022: Kenapa penjawat awam dapat bantuan khas RM700? Ini jawapan Tengku Zafrul
Ada yang berpendapat ia tidak adil memandangkan penjawat awam tidak begitu terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat COVID-19.
Bajet 2022: Agenda AWANI eksklusif bersama Menteri Kewangan malam ini
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bakal memperincikan naratif Bajet 2022.
Bajet 2022 percepat pemulihan sektor kreatif, seni dan budaya - MyCreative
MyCreative menyambut baik peruntukan RM288 juta untuk pelbagai inisiatif merancakkan industri kreatif melalui pembentangan bajet 2022.
Bajet 2022: Belanjawan negara bersifat inklusif - Hajiji
Sabah menyifatkan pembentangan Bajet 2022 hari ini sebagai inklusif dan tidak membelakangkan mana-mana sektor ketika negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.
Bajet 2022: Pengecualian sepenuhnya duti import, duti eksais, cukai jualan kenderaan elektrik
Kerajaan bercadang memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV).