KUALA LUMPUR: Malaysia mencadangkan penubuhan Rangkaian Pusat Pertahanan Siber ASEAN yang dikenali sebagai ASEAN Cyber Defence Network (ACDN).
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata menerusi inisiatif itu, ACDN akan menghubungkan semua pusat operasi pertahanan siber negara anggota ASEAN untuk memanfaatkan kepakaran pertahanan siber negara anggota ASEAN (AMS).
"Inisiatif ini juga akan berfungsi sebagai platform pertukaran pengetahuan dan amalan terbaik serta membina keyakinan dan kesediaan dalam isu berkaitan dengan pertahanan siber," katanya dalam kenyataan selepas mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-15 yang diadakan melalui persidangan video pada Selasa.
Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan II Brunei Darussalam Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Halbi Md Yussof, selaku Pengerusi ADMM 2021.
Pada mesyuarat yang diakhiri dengan Deklarasi Bandar Seri Begawan bagi meraikan ulang tahun ke-15 ADMM itu, semua negara ASEAN juga bersetuju supaya ADMM terus menjadi platform utama kerjasama pertahanan multilateral di rantau ini, dengan ASEAN sebagai peneraju utama.
Sementara itu, ketika menyertai Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-China secara persidangan video, Ismail Sabri mengulangi pendirian Malaysia bahawa walaupun undang-undang antarabangsa menjamin kebebasan navigasi, kehadiran aset ketenteraan di Laut China Selatan berpotensi untuk meningkatkan ketegangan.
Katanya kehadiran aset-aset ketenteraan sedemikian berupaya menyebabkan konflik yang boleh menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau.
"Penyertaan Malaysia dalam mesyuarat-mesyuarat ini menandakan komitmen berterusan Malaysia terhadap diplomasi pertahanan melalui kerjasama pertahanan dua hala dan pelbagai hala," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 15 2021
Ismail Sabri (kanan, bawah) mengetuai delegasi Malaysia ke ADMM ke-15 yang diadakan melalui sidang video pada Selasa. - Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia
Israel kenakan sekatan baharu ke atas liputan media
Israel mengenakan sekatan baharu terhadap media yang membuat liputan operasi serangan rejim zionis itu untuk mengelakkan kebocoran tindakan yang menyalahi undang-undang.
Bayi cedera digigit: Pemilik, pembantu taska ditahan
Polis menahan tiga wanita bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi yang cedera dipercayai digigit.
UK akan perkenalkan sekatan baharu sasar dalang sindiket penyeludupan manusia
United Kingdom akan memperkenalkan undang-undang baharu bagi menyekat kemasukan pendatang asing tanpa izin dengan menyasarkan dalang penyeludupan manusia.
Kemiskinan tegar di Kelantan dinoktahkan, lebih 14,000 keluar kategori
Seramai 14,041 ketua isi rumah telah berjaya dikeluarkan daripada kategori miskin tegar di Kelantan tahun lalu.
[TERKINI] Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dihasilkan semula - Tiong
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dihasilkan semula dengan lebih terpirinci untuk mempromosi setiap negeri secara sistematik dan dijangka siap dalam tempoh seminggu.
Indonesia nyata hasrat bantu Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN - PM Anwar
Perdana Menteri berkata Indonesia telah menyatakan komitmen untuk membantu dan memberi kerjasama kepada Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN tahun ini.
Wanita dipenjara tiga tahun miliki bahan berkaitan kumpulan Daish
Seorang bekas pegawai pemasaran dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish.
Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei mara ke suku akhir penuh bergaya
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2025 dengan penuh bergaya.
[TERKINI] MCMC rakam keterangan ADUN Sungai Burong
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Mohd Zamri Mohd Zainuldin berkaitan hantaran yang didapati palsu dalam platform Facebook mengenai Perdana Menteri.
Ini caranya untuk miliki rumah pertama tanpa bayaran duit muka
Misi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) adalah memastikan lebih ramai rakyat negara ini mampu memiliki rumah pertama.
Menteri Pertahanan ASEAN gesa tumpuan ke arah menangani situasi di Asia Barat
Negara-negara anggota menggesa agar perhatian segera diberi dan mengadakan dialog membina demi menangani konflik di Gaza.
Hishammuddin hadiri mesyuarat ADMM ke-16 di Phnom Penh
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kini sedang dalam rangka lawatan kerja ke Phnom Penh, Kemboja untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-16.
ADMM ke-15: Malaysia cadang ASEAN wujudkan Rangkaian Pusat Pertahanan Siber
ACDN akan menghubungkan semua pusat operasi pertahanan siber negara anggota ASEAN untuk memanfaatkan kepakaran pertahanan siber masing-masing.
Tangani COVID-19: Menteri Pertahanan ASEAN ikrar kerjasama
Negara anggota mengesahkan komitmen ke arah meningkatkan kerjasama, termasuk dalam kerjasama perubatan ketenteraan dan perkongsian maklumat, untuk memastikan persekitaran aman, selamat dan stabil.
Lawatan Mohamad Sabu ke Singapura ulang tegas hubungan pertahanan
Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF) berkata Mohamad melakukan kunjungan ke atas rakan sejawatannya Dr Ng Eng Hen di kementerian pagi Khamis.
Jangan ambil mudah isu keselamatan serantau - Najib
Ia termasuk subjek di dalam Deklarasi Zon Keamanan, Kebebasan dan berkecuali (ZOPFAN) dan persetujuan yang dicapai dalam Mesyuarat Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM).
ADMM gagal capai kata sepakat
Mesyuarat Pemukiman Menteri-menteri Pertahanan ASEAN Plus (ADMM) hari ini gagal mencapai kata sepakat untuk pemeteraian Deklarasi Bersama Kuala Lumpur.