Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa pelajar tingkatan dua M. Vasanthapiriya ditemukan dalam keadaan tergantung bersama selendang dan tersangkut di paip pendingin hawa di dalam bilik.
Kakak pelajar itu, M. Himapria,18, berkata beliau melihat adiknya itu tergantung di paip pendingin hawa dalam bilik ketiga rumahnya selepas membuka pintu bilik itu menggunakan kunci pendua selepas cubaan memanggil adiknya untuk membuka pintu gagal.
"Kali pertama saya mengetuk pintu tiada jawapan dan tidak dibuka, kali kedua juga tidak dibuka dan tiada kedengaran suara akhirnya saya mengambil salinan kunci (kunci pendua) dan membuka pintu tersebut. Selepas pintu berjaya dibuka, terdapat kerusi di balik pintu dan saya terpaksa menolak untuk membolehkan pintu terbuka. Sebaik terbuka saya melihat adik berada (dalam keadaan) tergantung bersama selendang," katanya.
Himapria ialah saksi kelima prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar tingkatan dua itu yang meninggal dunia selepas menggantung diri, dipercayai kerana malu akibat dituduh mencuri telefon pintar seorang guru.
Saksi itu berkata beliau turut menjumpai sepucuk surat yang ditulis adiknya yang berbunyi "Tak ada orang yang bertanggungjawab ke atas kematian saya. Saya tidak mengambil telefon cikgu,".
Terdahulu Himapria berkata cikgu Raymala (pemilik telefon pintar yang hilang itu) bersama suaminya ada datang ke rumahnya dan bertanyakan hal kehilangan telefon kepada bapanya dan adiknya telah menjawab tidak mengambil telefon guru terbabit.
"Cikgu Raymala dan suaminya datang ke rumah. Yang ada ketika itu di ruang tamu adalah cikgu Raymala, suaminya , bapa dan adik Vasanthapiriya dan mereka berbincang di ruang tamu rumah," katanya.
Abang pelajar itu, M. Meharaj,16, yang merupakan saksi keenam inkues, memaklumkan kepada mahkamah bahawa bapanya ada memberitahu akan menggantikan telefon pintar berkenaan sama ada telefon itu diambil atau tidak diambil oleh adiknya.
Inkues yang didengar di hadapan Koroner Norsalha Hamzah bersambung 4 Julai ini. Inkues dibantu pegawai pengendali J.G.Kameni.
Vasanthapiriya meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya pada 3.35 pagi, 1 Feb lalu selepas tidak sedarkan diri akibat menggantung diri di rumahnya.
Mendiang dikatakan berbuat demikian selepas dituduh mencuri telefon pintar milik seorang guru wanita di sekolahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 25 2018

Kakak pelajar itu, M. Himapria,18, berkata beliau melihat adiknya itu tergantung di paip pendingin hawa dalam bilik ketiga rumahnya. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Korea Selatan gantung muat turun aplikasi DeepSeek atas kebimbangan privasi
Kerajaan Korea Selatanmenggantung sementara muat turun aplikasi kecerdasan buatan (AI) DeepSeek dari China berikutan kebimbangan mengenai privasi.

FAM gantung Persatuan Bolasepak Kelantan berkuatkuasa serta-merta
FAM secara majoriti mengambil keputusan untuk menggantung keahlian Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) daripada menjadi Ahli Gabungan FAM.

BWF gantung Liew Daren, Jerry Gan kerana pertaruhan, atur perlawanan
Daren dikenakan hukuman penggantungan selama 12 bulan manakala Jerry Gan digantung selama tiga bulan.

Dewan Rakyat: Kerajaan akan usul penggantungan enam bulan terhadap Wan Saiful
Usul itu akan dikemukakan selepas sesi soalan jawab lisan yang dijangka tamat kira-kira jam 12 tengah hari.

UMW Toyota jamin ketelusan susulan ketidakaturan prosedur Daihatsu
UMW Toyota Motor Sdn Bhd bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kawal selia untuk menangani ketidakaturan prosedur baru-baru ini dalam ujian model oleh Daihatsu Motors.

IOC gantung Jawatankuasa Olimpik Rusia
Lembaga Eksekutif (EB) Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada Khamis mengumumkan untuk menggantung Jawatankuasa Olimpik Rusia berkuat kuasa serta-merta.

Pengendali Getafe tekad bantu Greenwood 'pulihkan status profesional' di Sepanyol
Manchester United menggantungnya pada Jan 2022 atas dakwaan berkaitan seorang wanita selepas imej dan video yang tular dalam talian.

Serie A gantung Jose Mourinho 10 perlawanan
Pengendali kelahiran Portugal itu tidak akan dibenarkan bersama di garisan tepi atau di bilik persalinan kelab pada hari perlawanan.

UEFA gantung Jose Mourinho empat perlawanan
Jurulatih Roma, Jose Mourinho telah dikenakan penggantungan empat perlawanan oleh UEFA kerana kelakuannya pada perlawanan akhir Liga Europa bulan lalu.

Mitrovic digantung lapan perlawanan selepas tolak pengadil
Mitrovic menolak Kavanagh selepas pegawai perlawanan itu melayangkan kad merah kepada rakan sepasukannya Willian, bulan lalu.