IPOH: Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim kesal dengan tindakan Pemuda Perikatan Nasional (PN) yang mencadangkan tema dan logo berbeza bagi sambutan Hari Kebangsaan di empat negeri yang diperintah gabungan itu tahun ini.
Adam Adli berkata cadangan yang disifatkan bermotifkan politik itu sepatutnya tidak berlaku kerana sambutan Hari Kebangsaan harus diraikan dengan semangat perpaduan masyarakat dan bukannya perpecahan.
Justeru, beliau yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa agar semua pihak menghormati semangat dan prinsip federalisme atau persekutuan yang diamalkan di negara ini.
“Pertimbangan yang diambil itu adalah pertimbangan politik. Ia bukan satu pertimbangan yang berkait dengan mana-mana konteks yang berbentuk kenegerian atau kenegaraan, sebaliknya hanya semata-mata politik.
“Malah dalam sambutan Hari Kebangsaan ini, yang paling penting adalah meraikan semangat federalisme. Kita ada sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dalam tempoh yang sama.
“Jadi, kenapa hendak dicemarkan Hari Kebangsaan sedemikian rupa? Saya kesal dengan perkara tersebut, ia tak patut berlaku,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Fit Malaysia Peringkat Negeri Perak di Kompleks Sukan Negeri di sini hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah.
Dalam pada itu, Adam Adli menegaskan tema sambutan Hari Kebangsaan yang diraikan tahun ini tidak ada kena-mengena dengan sebarang unsur politik kepartian.
Sebaliknya, katanya, ia adalah acara utama yang paling penting untuk disambut oleh seluruh rakyat di negara itu atas semangat perpaduan dan kenegaraan.
Beliau sebelum itu diminta mengulas berkenaan cadangan Pemuda PN yang mungkin akan menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza untuk sambutan peringkat negeri, berbanding yang diumumkan di peringkat persekutuan.
Ketua Pemuda PN Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan berkata, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang diperintah gabungan parti itu berkemungkinan menggunakan logo dan tema alternatif yang dilancarkan sayap pemuda itu.
Katanya, logo yang diperkenalkan berteraskan bunga raya dengan lima kelopak yang menjadi bunga kebangsaan, serta mengambil elemen warna yang terdapat pada Jalur Gemilang, dengan tema 'Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera'.
Amirrul Rabbani
Sun Aug 20 2023
![Adam Adli kesal cadangan tema, logo Hari Kebangsaan berbeza Adam Adli kesal cadangan tema, logo Hari Kebangsaan berbeza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692503686_AdamAdli.jpg)
Adam Adli (dua, kanan) pada gimik perasmian Program Fit Malaysia Peringkat Negeri Perak di Kompleks Belia dan Sukan, Ipoh, hari ini. --- fotoBERNAMA
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Lapan kompleks sukan di Pahang dinaik taraf Lapan kompleks sukan di Pahang dinaik taraf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734364043_AdamAdli.jpg)
Lapan kompleks sukan di Pahang dinaik taraf
Langkah itu diambil oleh Kerajaan MADANI yang sentiasa komited dalam melaksanakan inisiatif strategik berkaitan belia dan sukan negara.
![Tiada fasiliti, stadium baharu untuk sukan SEA 2027 - Adam Adli Tiada fasiliti, stadium baharu untuk sukan SEA 2027 - Adam Adli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733281058_AdamAdli.jpg)
Tiada fasiliti, stadium baharu untuk sukan SEA 2027 - Adam Adli
Kerajaan akan menaik taraf kemudahan-kemudahan sedia ada sukan untuk kegunaan pada 2027 termasuk di Sarawak.
![PM Anwar hadir pada perlumbaan GP Malaysia 2024 PM Anwar hadir pada perlumbaan GP Malaysia 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730621462_TBANWARMOTOGP.jpg)
PM Anwar hadir pada perlumbaan GP Malaysia 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa hadir ke perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini.
![Kompleks sukan di Kelantan bakal dilengkapi kemudahan sukan berkualiti tinggi Kompleks sukan di Kelantan bakal dilengkapi kemudahan sukan berkualiti tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71728708162_KotaBharu.jpg)
Kompleks sukan di Kelantan bakal dilengkapi kemudahan sukan berkualiti tinggi
Semua kemudahan itu sedang dibina di Bukit Merbau, Pasir Puteh dengan komitmen penuh untuk disiapkan sebelum SUKMA Kelantan pada 2028.
![AMK nafi wujud masalah dalaman dengan Pemuda UMNO AMK nafi wujud masalah dalaman dengan Pemuda UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720134839_AdamAdli.jpg)
AMK nafi wujud masalah dalaman dengan Pemuda UMNO
Ketua AMK Adam Adli Abd Halim berkata ia adalah perkara biasa apabila berlaku perbezaan pandangan dalam politik.
![Isu tunggakan gaji: KBS saran FAM cari jalan penyelesaian sebaiknya Isu tunggakan gaji: KBS saran FAM cari jalan penyelesaian sebaiknya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720964586_TBADAMADLI.jpg)
Isu tunggakan gaji: KBS saran FAM cari jalan penyelesaian sebaiknya
KBS menyarankan agar FAM menangani dan mencari jalan penyelesaian sebaiknya berhubung masalah tunggakan gaji pemain dalam Liga Malaysia (Liga M) 2024/2025.
![PRK Sungai Bakap: Latar belakang Cikgu Joohari mampu tambat hati golongan muda - Adam Adli PRK Sungai Bakap: Latar belakang Cikgu Joohari mampu tambat hati golongan muda - Adam Adli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720134839_AdamAdli.jpg)
PRK Sungai Bakap: Latar belakang Cikgu Joohari mampu tambat hati golongan muda - Adam Adli
Cikgu Joohari itu tidak perlu berlakon untuk menjadi orang muda, sebaliknya tahu bagaimana mendekati golongan itu.
![KBS bantu atlet kayak dilanggar pemandu mabuk - Adam Adli KBS bantu atlet kayak dilanggar pemandu mabuk - Adam Adli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715748657_AdamAdli.jpg)
KBS bantu atlet kayak dilanggar pemandu mabuk - Adam Adli
KBS akan memberi bantuan kepada atlet kayak, Siti Nurul Masyitah Elias yang parah akibat dilanggar oleh seorang pemandu mabuk di Johor Bahru pada Sabtu.
![‘Beri ruang kepada Faisal jalani tempoh pemulihan’- Adam Adli ‘Beri ruang kepada Faisal jalani tempoh pemulihan’- Adam Adli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715743403_AdamAdli.jpg)
‘Beri ruang kepada Faisal jalani tempoh pemulihan’- Adam Adli
Faisal kini menunjukkan tanda-tanda positif dan keadaan kesihatannya bertambah baik.
![Malaysia mempunyai 16,228 pemain pelapis bola sepak - Adam Adli Malaysia mempunyai 16,228 pemain pelapis bola sepak - Adam Adli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694552628_HarimauMuda.jpg)
Malaysia mempunyai 16,228 pemain pelapis bola sepak - Adam Adli
Di sebalik kebimbangan kehilangan bakat muda, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebenarnya sedang giat menyediakan platform bagi mencari bakat baharu bola sepak negara.