Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pelan peralihan kuasa Perdana Menteri akan berlaku walaupun ada yang ‘bermimpi’ untuk jawatan berkenaan.
Dalam wawancara bersama media Turki, TRT World, Anwar menegaskan, tidak menjadi kesalahan untuk individu lain berhajat untuk jawatan tersebut namun pelan peralihan melibatkan dirinya sebagai pengganti Tun Dr Mahathir Mohamad telah dipersetujui Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lagi.
“Bukan satu kesalahan sekiranya ada sesiapa sahaja yang berhajat untuk menjadi Perdana Menteri. Bagaimanapun dia perlu mendapat sokongan majoriti. Setakat mesyuarat minggu lalu, tiada lagi nama lain yang disebut.
“Boleh bermimpi atau berhajat tetapi itu tidak bermakna kamu boleh menggoyahkan peralihan kuasa tersebut. Tiada cubaan atau usaha seumpama itu,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan bahawa Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang juga timbalannya dalam PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga berhajat hendak menjadi Perdana Menteri.
BACA: 'Kerajaan pintu belakang': Biar Tun Mahathir kekal PM hingga selesai penggal - Azmin
Anwar juga menegaskan, tidak timbul rasa curiga terhadap Dr Mahathir untuk melaksanakan proses peralihan kuasa.
Dalam pada itu Anwar berkata, beliau menegaskan komitmennya untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948 apabila dipilih sebagai Perdana Menteri.
Anwar bagaimanapun menjelaskan beliau mungkin berdepan dengan cabaran walaupun komitmen tersebut dizahirkan dalam manifesto PH sebelum PRU ke-14 lalu.
“(Tapi) kita ada masalah dari segi naratif, ada kebimbangan di kalangan orang Melayu yang ini akan membuka ruang untuk orang menganiayai kedudukan Melayu, bahasa (Melayu) atau raja. Saya tak percaya (naratif ini), sebab kita ada cukup undang-undang untuk menangani fitnah dan hasutan.
“Jadi tak perlu diambil langkah-langkah zalim terhadap orang yang nak menyuarakan pandangan mereka,” katanya.
Sinar Harian
Fri Oct 25 2019

Anwar ketika diwawancara oleh media Turki, TRT World.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.

PM Anwar mahu sekolah jadi tempat selamat, selesa
Beliau menekankan pentingnya tanggungjawab bersama oleh pemimpin, guru, pendidik, dan ibu bapa demi kejayaan anak bangsa, serta mengimbau peranan besar seorang guru dan pendidik.

Thaksin sokong kepimpinan Malaysia terajui ASEAN tangani krisis Myanmar
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra menyuarakan keyakinannya terhadap kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam menyelesaikan konflik Myanmar.

Petronas sumbang lebih RM600 juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak - PM Anwar
Anwar juga mengiktiraf peranan Petros dalam menjana pertumbuhan ekonomi Sarawak, dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.