Usaha untuk memindahkan penduduk yang mendiami kawasan pinggir rizab sungai di Lembah Bertam, Ringlet ke penempatan baharu menghadapi kesukaran ekoran sesetengah penduduk dikatakan enggan berpindah.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel berkata ada penduduk yang berdegil untuk berpindah ke kawasan baharu dengan memberi alasan mereka telah mendapat hak milik kawasan sedia ada.
Menurut beliau kedegilan tersebut telah memberi masalah kepada usaha penyelesaian bencana yang melanda kawasan tanah tinggi itu baru-baru ini meskipun kerajaan telah menzahirkan komitmennya untuk membantu mewujudkan kawasan penempatan baharu.
“"Kita tidak boleh memaksa mereka, kita tidak boleh berbuat demikian, saya tidak boleh pindahkan mereka secara paksa kerana mereka sudah dapat hak milik sementara. Isunya sekarang mereka duduk di tepi sungai. Jikalau mereka hendak tinggal, biarkan mereka tinggal, tetapi saya telah meluluskan RM40 juta untuk Sungai Bertam dan RM40 juta untuk Ringlet,” kata Palanivel.
Bagaimanapun, Palanivel yang juga ahli parlimen Cameron Highlands berkata beliau tetap akan mencadangkan kepada kerajaan untuk mengenal pasti kawasan penempatan baharu untuk mewujudkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bagi meringankan beban penduduk yang menghuni kawasan terbabit.
Perbincangan dengan pihak Sekolah Rendah Kebangsaan (C) Lembah Bertam juga akan dibuat dalam masa terdekat ini mengenai pelan pemindahan sekolah tersebut.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan sebanyak RM72,000 kepada 33 mangsa banjir di dewan orang ramai Ringlet.
Daripada tinjauan Astro AWANI ke kawasan terjejas, mendapati kerja-kerja membersih dan membaik pulih kediaman dan bangunan yang roboh sedang giat dijalankan.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga dilihat giat menjalankan kerja-kerja mendalamkan paras sungai.
Astro Awani
Sun Nov 16 2014

PALANIVEL: Saya tidak boleh pindahkan mereka secara paksa kerana mereka sudah mendapat title(hak milik). - Gambar Fail
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

'Hati sebak bila langit Gunung Jerai gelap'
Biarpun sudah berlaku beberapa tahun, namun kesan dan traumanya masih dirasai penduduk setempat terutamanya mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam kejadian yang menyayat hati itu.

Tanah runtuh sekitar Masilau di kaki Gunung Kinabalu, situasi terkawal
Pemantauan di kawasan kejadian tanah runtuh sekitar Mesilou, Kundasang di kaki Gunung Kinabalu mendapati, keadaan adalah terkawal.

Banjir lumpur Taman Chepor Impian: Penduduk minta penjelasan, ganti rugi
Roslan mendakwa kejadian banjir kilat beserta lumpur yang berulang itu adalah disebabkan projek perumahan baharu di kawasan berdekatan.

Libya bagai dilanda garuda
Ribut Daniel yang melanda akhir minggu lalu telah menenggelamkan bandar Derna dan mengakibatkan kemusnahan besar di Libya.

Banjir lumpur Bentong: Young Syefura desak siasat kejadian di Bukit Tinggi
Ini merupakan kejadian kedua dalam tempoh tidak sampai setahun, yang mana sebelum ini kejadian sama berlaku pada Mei 2022.

Banjir lumpur: Laluan Janda Baik-Genting Sempah ditutup akibat runtuh
Jalan Kuala Lumpur-Bentong yang menghubungkan Genting Sempah ke Janda Baik ditutup sementara kepada semua kenderaan selepas mengalami runtuhan akibat kepala air, hari ini.

Banjir lumpur landa Bukit Tinggi, laluan ke Janda Baik terjejas
Hujan lebat selama kira-kira setengah jam membawa kepada kejadian banjir lumpur di Bukit Tinggi, di sini petang tadi.

8 maut, 5 hilang dalam kejadian banjir lumpur di Peru
Komuniti perlombongan di Miski dan San Martin terkejut dengan kejadian tanah runtuh itu.

Setahun tragedi kepala air Titi Hayun, traumanya masih terasa - Penduduk
Hari ini genap setahun tragedi kepala air dan banjir lumpur di Gunung Jerai yang mengorbankan tujuh nyawa.

Pascabanjir: 'Ketepikan politik, kerjasama semua pihak amat perlu untuk mangsa' - Rara
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman, beberapa isu terutamanya debu yang menjejaskan kesihatan penduduk perlu diselesaikan segera.