MICROSOFT Corp akhirnya melancarkan Windows 11 yang menyaksikan perubahan sistem operasi utama sejak 2015 dengan memberi cabaran terbaharu kepada Apple Inc khususnya App Store.
Windows 11 akan memasuki pasaran pada penghujung tahun ini namun versi beta akan mula diluncurkan mulai minggu depan kepada pengguna.
Berita baik buat pengguna Windows 10 versi terkini -- anda akan mendapat kemas kini Windows 11 secara percuma.
Terdapat dua perkara yang menarik berkaitan Windows 11.
Pertama, Microsoft menawarkan Windows Store baharu yang membolehkan pembangun perisian menggunakan sistem pembayaran dalam aplikasi mereka sendiri tanpa membayar komisen kepada Microsoft.
Kedua, pengguna boleh mencari dan menggunakan aplikasi Android di komputer riba dan PC mereka hasil daripada bantuan teknologi daripada Amazon dan Intel Corp.
Ini sekali gus bertentangan dengan pendekatan digunakan Apple yang mana pengguna hanya boleh memuat turun perisian daripada App Store dan kawalan dikenakan kepada pembangun perisian yang turut memberi cabaran kepada Google Play Store.
Perang sistem operasi dan 'kedai aplikasi' akan lebih sengit antara tiga gergasi teknologi ini.
APA YANG WINDOWS 11 TAWARKAN?
Windows 11 merangkumi banyak ciri yang ditujukan kepada pengguna seperti kemampuan melepaskan komputer (undock) yang disambungkan ke monitor luaran dengan lebih lancar untuk membuat panggilan di bilik yang lebih senyap dan kembali ke stesen dok selepas itu.
Terdapat juga ciri-ciri baharu untuk 'gamers' seperti aplikasi Xbox yang menawarkan pengalaman permainan "lebih lancar dan laju".
Ini ditambah dengan saiz sistem operasi ini 40 peratus lebih kecil dan menggunakan tenaga yang rendah serta sistem keselamatan yang lebih baik.
Antara yang menarik ialah 'interface' baharu, menu "Start" baharu, kemudahan carian dan kemas kini pada beberapa rekaan termasuk ciri-ciri Desktop yang berbeza.
Windows 11 juga lebih mesra skrin sentuh dan boleh digunakan tanpa papan kekunci sama seperti Windows 10, manakala Windows Widget dilengkapi dengan kecerdasan buatan.
BOLEHKAH KOMPUTER SAYA MUAT TURUN WINDOWS 11?
Setiap spesifikasi komputer itu berbeza-beza jadi memerlukan pengguna memeriksa dengan teliti sebelum boleh muat turun Windows 11.
Bagaimanapun anda jangan bimbang kerana Microsoft telah menyediakan perisian PC Health Check untuk menyemak sama ada komputer anda sesuai atau tidak untuk Windows 11.
Jangan risau jika tidak layak kerana Microsoft mengumumkan Windows 10 masih disokong hingga 14 Oktober 2025.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Afiezy Azaman
Fri Jun 25 2021
![Ada apa dengan Windows 11 yang baru dilancarkan? Ada apa dengan Windows 11 yang baru dilancarkan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71624562096_Microsoft.jpg)
Microsoft Corp akhirnya melancarkan Windows 11 yang menyaksikan perubahan sistem operasi utama sejak 2015. -Gambar fail
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
![Tarif elektrik antara terendah di Asia Tenggara tarik pelabur asing ke Malaysia Tarif elektrik antara terendah di Asia Tenggara tarik pelabur asing ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721026185_AkmalNasirExcoJo.jpg)
Tarif elektrik antara terendah di Asia Tenggara tarik pelabur asing ke Malaysia
Kadar tarif elektrik yang kompetitif dan antara terendah di Asia Tenggara antara tarikan buat pelabur asing masuk ke Malaysia.
![Dua syarikat teknologi ini guna elektrik lebih banyak berbanding 100 negara Dua syarikat teknologi ini guna elektrik lebih banyak berbanding 100 negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721015606_serverroom.jpg)
Dua syarikat teknologi ini guna elektrik lebih banyak berbanding 100 negara
Google dan Microsoft menggunakan lebih banyak tenaga berbanding lebih 100 negara, termasuklah Iceland, Jordan dan Ghana.
![Microsoft perkenal Copilot dalam kemas kini Windows 10 terbaharu Microsoft perkenal Copilot dalam kemas kini Windows 10 terbaharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701861629_TBWindowjpg.jpg)
Microsoft perkenal Copilot dalam kemas kini Windows 10 terbaharu
Melalui kemas kini ini, Microsoft akan memperkenalkan fungsi pembantu AI Copilot pada sistem operasi tersebut.
![Microsoft sedang bangunkan ciri Continue from Phone untuk pengguna OneDrive Microsoft sedang bangunkan ciri Continue from Phone untuk pengguna OneDrive](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719808682_Microsoft.jpg)
Microsoft sedang bangunkan ciri Continue from Phone untuk pengguna OneDrive
Ciri ini terhad untuk pengguna peranti Android sahaja.
![Microsoft didakwa oleh EU berkaitan akta antimonopoli Microsoft didakwa oleh EU berkaitan akta antimonopoli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719376090_TBTeams.jpg)
Microsoft didakwa oleh EU berkaitan akta antimonopoli
Microsoft didakwa oleh Kesatuan Eropah (EU) kerana penawaran perisian telesidang Teams mereka didapati melanggar akta antimonopoli.
![Microsoft kembali atasi Apple, NVIDIA sebagai syarikat paling bernilai di dunia Microsoft kembali atasi Apple, NVIDIA sebagai syarikat paling bernilai di dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719200626_Microsoft.jpg)
Microsoft kembali atasi Apple, NVIDIA sebagai syarikat paling bernilai di dunia
Microsoft berada di kedudukan teratas dengan nilai pasaran $3.343 trilion (RM 15.75 trilion), dengan Apple di tangga kedua dengan nilai $3.191 trilion, dan NVIDIA pula dengan nilai $3.113 trilion.
![Kerjasama MCMC-Microsoft teroka manfaat industri AI Kerjasama MCMC-Microsoft teroka manfaat industri AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718942704_FahmiFadzil.jpg)
Kerjasama MCMC-Microsoft teroka manfaat industri AI
Ia akan meneroka manfaat sosioekonomi AI, termasuk usaha mempersiapkan tenaga kerja masa hadapan dengan pengetahuan AI dan kemahiran digital.
![Hasil pelaburan asing perlu diterjemah menerusi program beri manfaat kepada rakyat Hasil pelaburan asing perlu diterjemah menerusi program beri manfaat kepada rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718875254_tbFahmiFadzil.jpg)
Hasil pelaburan asing perlu diterjemah menerusi program beri manfaat kepada rakyat
Kemasukan pelaburan asing yang besar perlu diterjemahkan menerusi program serta inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat.
![Kerangka kerja kawal selia urus AI dengan bijak, elak manipulasi - Fahmi Kerangka kerja kawal selia urus AI dengan bijak, elak manipulasi - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718349610_FahmiFadzil.jpg)
Kerangka kerja kawal selia urus AI dengan bijak, elak manipulasi - Fahmi
MCMC akan turut memberikan fokus kepada dasar dan inisiatif penting untuk sektor AI yang melibatkan industri komunikasi dan multimedia.
![NVIDIA atasi Microsoft sebagai syarikat paling bernilai NVIDIA atasi Microsoft sebagai syarikat paling bernilai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717639416_NVIDIA.jpg)
NVIDIA atasi Microsoft sebagai syarikat paling bernilai
NVIDIA, Microsoft dan Apple kekal sebagai syarikat yang mempunyai nilai pasaran melebihi $3 trilion.