OPENAI merupakan salah satu firma yang memfokuskan kepada pembangunan kecerdasan buatan, dan telah menerima suntikan dana baru-baru ini pada nilai syarikat mencapai AS$150 bilion.

Walaupun syarikat dinilaikan tinggi, masih ramai yang mempersoalkan dari segi janaan wang untuk syarikat, selain bagaimana ia akan menjana keuntungan.

Terbaru, melalui TheInformation, melalui beberapa dokumen kewangan yang telah diperhatikan, ia dikatakan OpenAI dijangka tidak akan menjana keuntungan sehingga 2029 kelak.

Pada masa yang sama, kerugian tahunan syarikat berkenaan dijangka mencapai sehingga AS$14 bilion pada 2026 kelak.

Kadar kerugian antara 2023 sehingga 2028 juga dijangka berjumlah AS$44 bilion.

Menariknya, laporan sama turut mendedahkan, Microsoft tertakluk kepada 20% daripada pendapatan OpenAI.

Dengan laporan terbaru ini, dilihat OpenAI bukan sahaja kini menghadapi cabaran dalam terus mendapatkan dan mengekalkan bakat serta kepakaran dalam syarikat, tetapi juga dari segi menjana keuntungan untuk syarikat tersebut.

Selain OpenAI, beberapa syarikat baharu memfokuskan kecerdasan buatan juga dijangka menghadapi masalah dan cabaran sama untuk tahun-tahun akan datang.