KUALA BERANG: Misi menyelamatkan penduduk Terengganu yang terjejas banjir pada kali ini tidak lagi seperti biasa buat sukalerawan Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai 'Abang Viva.'
Jejaka berusia 30 tahun itu tidak lagi menggunakan Perodua Viva sebaliknya kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dihadiahkan oleh seorang individu bagi memudahkan urusan kebajikan beliau.
"Banjir di Terengganu merupakan misi pertama saya dengan kereta ini. Dengan kereta baharu ini, saya rasa lebih bersemangat kerana banyak tempat saya boleh masuk. Kalau Viva sebelum ini, banyak tempat tidak boleh (masuk)," katanya kepada pemberita di Kampung Belukar Bukit di sini hari ini.
Azwan bertolak dari Melaka pad kira-kira 9 malam semalam dan tiba di Kampung Pengkalan Ajal di Hulu Terengganu yang terjejas teruk akibat banjir pada 4.50 pagi tadi.
Katanya sepanjang misi bantuan di Terengganu, beliau hanya akan tidur di dalam kereta seperti sebelum ini.
BACA: Banjir: 'Abang Viva' akui akan bantu mangsa di Terengganu, Kelantan
Misi bantuan kali ini juga agak berlainan kerana Azwan tidak lagi bersendirian sebaliknya ditemani empat rakan yang memandu tiga kenderaan pacuan empat roda serta membawa tiga bot.
Azwan berkata keadaan beliau kini yang lebih dikenali masyarakat turut memudahkan urusan kerana ramai yang memberikan kerjasama termasuk membawanya ke lokasi banjir terutama di kawasan pedalaman.
"Rasa segan itu ada tetapi lebih bersemangat kerana saya senang dapat maklumat dan minta tolong orang kampung," katanya yang sering menerima tepukan dan sorakan mangsa banjir yang diselamatkan serta penduduk setempat.
Beliau berkata setelah keadaan banjir di Terengganu reda, beliau akan meneruskan misi ke Kelantan sekiranya keadaan di sana memerlukan bantuannya.
Kisah Azwan tular di media sosial apabila sanggup datang ke Selangor dari Melaka untuk menyelamatkan mangsa banjir pada Disember lepas dengan hanya berbekalkan wang RM50 bagi mengisi minyak kereta dan membeli makanan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 28 2022

Jejaka berusia 30 tahun itu tidak lagi menggunakan Perodua Viva sebaliknya kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dihadiahkan oleh seorang individu bagi memudahkan urusan kebajikan beliau. - Foto Facebook/Azwan Omar
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Tahniah Wira Banjir! Hadir bersama ibu, 'Abang Viva' terima Pingat Jasa Kebaktian
Dalam istiadat itu, Azwan Omar menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) atas jasanya membantu mangsa banjir.

Banjir: 'Abang Viva' akui akan bantu mangsa di Terengganu, Kelantan
Azwan berkata, perkara tersebut masih dalam peringkat perancangan dan akan memaklumkan lebih lanjut di akaun media sosialnya tidak lama lagi.

Banjir: Abang Viva nafi kutip dana, minta orang ramai hati-hati
Sambil menafikan ada membuat kutipan dana untuk membantu mangsa banjir, Azwan, 29, juga menolak dakwaan dirinya mengenakan bayaran daripada pihak media yang ingin menemubualnya.