PETALING JAYA: Ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meninggal dunia dipercayai dibunuh, meluahkan rasa rindu terhadap anaknya menerusi sekeping gambar yang dimuat naik di Instagram.
Ismanira Abdul Manaf, 28, menulis pesanan kepada anak syurganya itu agar menunggu 'di sana'.
"Jumpa lagi ya abang. Tunggu mommy tau abang. Mommy rindu sangat nak peluk cium dan gomol abang. Abang tetap anak sulung mommy sampai bila-bila tiada ganti.
“Maafkan mommy jika banyak kekurangan sepanjang membesarkan abang," tulisnya.
BACA: Polis cari saksi boleh bantu kes Zayn Rayyan
Dalam hantaran berbeza, Ismanira turut memaklumkan bahawa telefon bimbitnya dan suami masih berada pada pihak polis bagi membantu siasatan.
Justeru, dia memohon maaf kepada semua pihak kerana tidak sempat membalas pesanan di WhatsApp atau panggilan telefon buat masa ini.
“Mohon maaf ya. Bukan saya ignore (tidak peduli), Instagram ini saya login guna phone lain. Pinjam phone orang,” katanya.
Ismanira juga mengucapkan terima kasih kepada semua mendoakannya.
“Saya mohon semua doakan saya diberikan kekuatan. Saya masih lagi tak stabil emosi.
“Ini ujian paling berat dalam hidup Ya Allah tabahkanlah aku,” katanya.
Pada Selasa, kanak-kanak itu dilaporkan hilang, namun ditemui meninggal dunia berdekatan anak sungai berdekatan kawasan kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, Selangor dipercayai dibunuh.
Pada awalnya polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut, namun hasil siasatan mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa, dan mangsa dipercayai telah meninggal dunia di tempat lain sebelum diletakkan di lokasi tersebut.
Polis juga tidak menolak bahawa suspek adalah individu terdekat yang mengetahui selok-belok kawasan tersebut berikutan penemuan mayat adalah kawasan pencarian yang sudah dilakukan Unit Anjing Pengesan (K9) pada Selasa.
Susulan itu, polis telah merakam keterangan beberapa individu termasuk ibu bapa kanak-kanak tersebut bagi membantu siasatan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 09 2023
!['Abang, tunggu mommy tau' - Ibu Zayn Rayyan luah kerinduan paling dalam, tidak berkesudahan 'Abang, tunggu mommy tau' - Ibu Zayn Rayyan luah kerinduan paling dalam, tidak berkesudahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702106761_TBZAYNIBU.jpg)
Ismanira Abdul Manaf, 28, menulis pesanan kepada anak syurganya itu agar menunggu 'di sana'. - Gambar/ Sinar Harian
![Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes
Demam denggi melanda beberapa bahagian di negeri selatan India, Karnataka, dengan hampir tujuh orang disyaki meninggal dunia akibat penyakit itu dan lebih 7,000 kes direkodkan.
![Skuasy: Aifa-Aira juara beregu wanita Asia 2024 Skuasy: Aifa-Aira juara beregu wanita Asia 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720360503_TBSkuasy.jpg)
Skuasy: Aifa-Aira juara beregu wanita Asia 2024
Gandingan adik beradik, Aifa Azman-Aira Azman menepati ramalan apabila bergelar juara beregu wanita Kejohanan Skuasy Beregu Asia 2024.
![Program MADANI Rakyat Zon Timur catat jumlah pengunjung tertinggi Program MADANI Rakyat Zon Timur catat jumlah pengunjung tertinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350205_TBMadani.jpg)
Program MADANI Rakyat Zon Timur catat jumlah pengunjung tertinggi
Program MADANI Rakyat (PMR) 2024 Zon Timur di Dataran Sayangi Kuantan melabuhkan tirai hari ini dengan mencatatkan jumlah pengunjung tertinggi dalam tiga siri penganjurannya iaitu jumlah pengunjung me
AWANI 7:45 [07/07/2024] - Peringatan Agong | Usah korban jati diri demi kuasa | Isu buli siber jadi tumpuan | Nasib berbeza dua 'gergasi' bola sepak
#AWANI745 malam ini bersama Syaff Shukri;
1. Agong ingatkan, jangan jadikan media sosial tempat buka aib
2. Jangan korban jati diri untuk kuasa dan populariti, pesan Sultan Kedah
3. Belum ada jaminan BN dan PH kerjasama hadapi PRU16
4. England gembira, Brazil berduka, nasib berbeza dua gergasi bola sepak
1. Agong ingatkan, jangan jadikan media sosial tempat buka aib
2. Jangan korban jati diri untuk kuasa dan populariti, pesan Sultan Kedah
3. Belum ada jaminan BN dan PH kerjasama hadapi PRU16
4. England gembira, Brazil berduka, nasib berbeza dua gergasi bola sepak
![1,400 veteran ATM disasar sertai Program Desa MADANI tahun ini 1,400 veteran ATM disasar sertai Program Desa MADANI tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720353771_AdlyZahari.jpg)
1,400 veteran ATM disasar sertai Program Desa MADANI tahun ini
Kementerian Pertahanan menyasarkan 1,400 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyertai Program Veteran Desa Madani (VDM) seluruh negara tahun ini.
![Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720350017_TBZahidHamidi.jpg)
Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid
Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Pulau Pinang semalam bukanlah penamat kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan khus
Pentas jual anugerahkan pakej media bernilai RM55,600
Jelajah JIWA SME 2024 melabuhkan tirai untuk siri pertama di Johor Bahru. Pemyampai Astro AWANI, Irfan Faruqi membawakan perinciannya.
Perpaduan kaum, agama asas penting mesti dipelihara - Agong
Sultan Ibrahim bertitah dalam konteks Malaysia, perpaduan kaum dan agama yang kukuh adalah asas penting yang mesti dipelihara.
![John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720357611_JohnCena.jpg)
John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE
John Cena, hari ini mengejutkan peminat dengan mengumumkan akan bersara daripada gelanggang gusti pada tahun hadapan.
![Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354301_HannahYeoh.jpg)
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
![Penyebaran gambar kecederaan didakwa Zayn Rayyan disiasat Bukit Aman Penyebaran gambar kecederaan didakwa Zayn Rayyan disiasat Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718188384_tbCPOSelangorDatu.jpg)
Penyebaran gambar kecederaan didakwa Zayn Rayyan disiasat Bukit Aman
Siasatan berkaitan penyebaran gambar memaparkan keadaan kecederaan pada mayat didakwa adalah Zayn Rayyan dijalankan USJT Bukit Aman.
![Polis siasat penyebaran gambar kecederaan didakwa Zayn Rayyan Polis siasat penyebaran gambar kecederaan didakwa Zayn Rayyan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719741220_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Polis siasat penyebaran gambar kecederaan didakwa Zayn Rayyan
Polis menyiasat penyebaran gambar memaparkan keadaan kecederaan pada mayat yang didakwa adalah Zayn Rayyan Abdul Matiin.
![Kes Zayn Rayyan: 'Tunggu hari perbicaraan' - Ketua Polis Selangor Kes Zayn Rayyan: 'Tunggu hari perbicaraan' - Ketua Polis Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719198604_tbhusseinomarkhan.jpg)
Kes Zayn Rayyan: 'Tunggu hari perbicaraan' - Ketua Polis Selangor
Ketua Polis Selangor gesa semua pihak menanti hari perbicaraan kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
![Adik kepada Zayn Rayyan ada ciri kanak-kanak autistik, perlu penjagaan khusus - Nancy Adik kepada Zayn Rayyan ada ciri kanak-kanak autistik, perlu penjagaan khusus - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718442749_TBNANCYjpg.jpg)
Adik kepada Zayn Rayyan ada ciri kanak-kanak autistik, perlu penjagaan khusus - Nancy
Mempunyai perwatakan autistik antara faktor adik kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin diberi perlindungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
![Pengakuan di hadapan majistret prosedur ‘pelik’ - Peguam Pengakuan di hadapan majistret prosedur ‘pelik’ - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718425499_AhmadZaharilMuhaiy.jpg)
Pengakuan di hadapan majistret prosedur ‘pelik’ - Peguam
Permohonan polis untuk mendapatkan pengakuan ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin di hadapan majistret disifatkan sebagai prosedur pelik'.
![Polis terima dua laporan berkait kebocoran kertas siasatan Zayn Rayyan Polis terima dua laporan berkait kebocoran kertas siasatan Zayn Rayyan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718429147_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Polis terima dua laporan berkait kebocoran kertas siasatan Zayn Rayyan
Polis menerima dua laporan berhubung kebocoran kertas siasatan didakwa berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin pada Jumaat.
![Edisi Siasat: Keluarga Zayn Rayyan buat laporan polis, kandungan tular fitnah - Peguam Edisi Siasat: Keluarga Zayn Rayyan buat laporan polis, kandungan tular fitnah - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718358592_FahmiAbdMoin.jpg)
Edisi Siasat: Keluarga Zayn Rayyan buat laporan polis, kandungan tular fitnah - Peguam
Keluarga Zayn Rayyan Abdul Matiin membuat laporan polis berhubung kandungan siasatan yang tular di Telegram Edisi, kononnya pembunuhan itu dilakukan ibu bapa kanak-kanak autisme itu.
![Kes Zayn Rayyan: Maklumat bocor ganggu siasatan polis - Saifuddin Kes Zayn Rayyan: Maklumat bocor ganggu siasatan polis - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718362085_SaifuddinNasution.jpg)
Kes Zayn Rayyan: Maklumat bocor ganggu siasatan polis - Saifuddin
Tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab mendedahkan butiran yang didakwa siasatan kes pembunuhan kanak-kanak itu, boleh mengubah tanggapan umum dan menganggu siasatan polis.
![JKM mohon perintah jagaan sementara adik Zayn Rayyan hari ini - Pengarah JKM Selangor JKM mohon perintah jagaan sementara adik Zayn Rayyan hari ini - Pengarah JKM Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715243403_courtgavelmahkam.jpg)
JKM mohon perintah jagaan sementara adik Zayn Rayyan hari ini - Pengarah JKM Selangor
Jabatan Kebajikan Masyarakat akan memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan perintah jagaan sementara adik kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin.
![SKMM, PDRM siasat penyebaran kertas siasatan kes Zayn Rayyan di Telegram SKMM, PDRM siasat penyebaran kertas siasatan kes Zayn Rayyan di Telegram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718349610_FahmiFadzil.jpg)
SKMM, PDRM siasat penyebaran kertas siasatan kes Zayn Rayyan di Telegram
SKMM akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat penyebaran kertas siasatan kes kematian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin di aplikasi Telegram.