KUALA LUMPUR:Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepaskan tanpa membebaskan Datuk Abdul Latif Abdul Rahim, abang kepada bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez, daripada dua pertuduhan bersubahat dengan adiknya itu menerima rasuah membabitkan projek pembinaan lebuh raya dan naik taraf jalan raya di Perak dan Kedah.
Timbalan Pendakwa Raya Adam Mohamed berkata Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas pihaknya memohon Abdul Latif dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan tersebut dengan menjadikannya saksi pendakwaan.
"Jabatan Peguam Negara (AGC) mempertimbangkan permohonan pihak pembelaan untuk menggugurkan pertuduhan ke atas Abdul Latif selepas dua representasi diserahkan kepada AGC tiga bulan lalu.
"Oleh itu, pihak kami memohon untuk melepas tanpa membebaskan tertuduh (Abdul Latif) daripada pertuduhan ini. Mahkamah kemudian membenarkan permohonan itu," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Perbicaraan kes Abdul Azeez dan abangnya itu sepatutnya bersambung hari ini di hadapan Azura.
Sementara itu, Adam berkata perbicaraan kes yang dijadualkan berlangsung hari ini hingga Rabu dilapangkan selepas pihaknya memaklumkan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan Abdul Azeez untuk menangguhkan perbicaraan sementara menunggu permohonannya bagi membatalkan tiga pertuduhan rasuah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapinya didengar pada 23 Feb ini.
Menurutnya, Abdul Azeez tidak hadir pada prosiding hari ini dan peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakilinya mengemukakan sijil sakit tertuduh dari 5 hingga 11 Feb.
Dalam pada itu, peguam Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili Abdul Latif berkata pihaknya memohon agar anak guamnya dilepaskan dan dibebaskan daripada dua pertuduhan tersebut sekiranya pihak pendakwaan tidak mahu meneruskan pendakwaan.
"... sepatutnya anak guam saya dilepas dan dibebaskan kerana ia tidak adil dan dia akan fikir pendakwaan akan menuduhnya semula sekiranya dia tidak dibebaskan daripada pertuduhan itu," katanya.
Abdul Azeez, 54, yang juga Ahli Parlimen Baling menghadapi tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram.
Pertuduhan rasuah itu didakwa dilakukan di Bank CIMB cawangan Menara UAB, Jalan Tun Perak, di sini pada 8 Dis 2010, dan di Affin Bank Berhad, Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong di Petaling, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.
Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Abdul Azeez didakwa melakukan kesalahan itu di Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.
Abangnya, Abdul Latif, 63, didakwa atas dua pertuduhan bersubahat dengan Abdul Azeez yang didakwa menerima RM4 juta daripada Mohammad Redzuan Mohanan Abdullah sebagai upah membantu syarikat Menuju Asas Sdn Bhd mendapatkan projek jalan raya secara tender terhad daripada Kementerian Kerja Raya.
Projek itu melibatkan Lebuhraya Persisiran Pantai Baru, kerja-kerja menaik taraf Jalan Persekutuan FT005 (Teluk Intan ke Kampung Lekir, Perak) bernilai RM644,480,000.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, Petaling, Selangor antara 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 08 2021

Timbalan Pendakwa Raya Adam Mohamed berkata Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas pihaknya memohon Abdul Latif dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan tersebut dengan menjadikannya saksi pendakwaan. - Gambar fail/BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Mahkamah Tinggi bebas abang Abdul Azeez daripada pertuduhan subahat terima rasuah
Hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan Abdul Latif, 64, terhadap keputusan Mahkamah Sesyen.

Abang kepada Azeez Rahim dilepas tanpa dibebas tuduhan bersubahat rasuah
Abdul Latif berhadapan dua pertuduhan bersubahat dengan Abdul Azeez menerima rasuah membabitkan projek pembinaan lebuh raya dan naik taraf jalan raya di Perak dan Kedah.

Abdul Azeez tak mengaku terima rasuah RM5.2 juta, pengubahan wang haram hampir RM140 juta
Abdul Latif pula mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan bersubahat dalam perlakuan kesalahan oleh Abdul Azeez, yang telah secara rasuah menerima wang tunai RM4 juta sebagai upah.

Azeez Rahim dan abang ditahan SPRM, Riza Aziz dirakam keterangan semula
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada Selasa.