SIBU:Ketua masyarakat di Sarawak diingatkan supaya memainkan peranan mereka dalam menyebarkan dasar kerajaan kepada rakyat.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata ini sentiasa menjadi apa yang sepatutnya mereka lakukan melalui sistem pentadbiran yang interaksi antara mereka dan kerajaan telah wujud sejak era Rajah Brooke.
"Sistem ini telah kekal sehingga sekarang. Tiada negeri lain di negara ini mempunyai jawatan bagi ketua masyarakat seperti temenggung, pemanca, penghulu dan tuai rumah.
"Ketua Masyarakat ini dihormati oleh penduduk dan mereka menjadi petugas barisan hadapan dalam menasihati rakyat mengenai dasar kerajaan," katanya pada majlis makan malam semasa sesi bertemu rakyat di sini malam ini.
Sistem itu sentiasa menjadi konsep pentadbiran di Sarawak dan sebab itulah apabila Kerajaan Persekutuan di bawah Pakatan Harapan mahu memperkenalkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Sarawak menentangnya, kata Abang Johari.
ABANG JOHARI-KETUA MASYARAKAT (AKHIR) SIBU
"Hanya rakyat Sarawak yang tahu bagaimana mahu menguruskan negeri ini, tahu bagaimana hendak menguruskan Sarawak dan sebab itulah kita sentiasa mempunyai pendekatan harmoni terhadap rakyat pelbagai kaum di negeri ini," kata Ketua Menteri yang menasihatkan pemimpin masyarakat supaya bekerja mengikut adat Sarawak dan mengekalkan kemakmuran negeri ini.
Mengenai pembangunan wilayah tengah negeri ini, Abang Johari berkata banyak projek utama dilaksanakan di kawasan itu dalam tempoh tiga tahun lepas, terutama pembangunan infrastruktur oleh Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (Recoda) dan Agensi Pembangunan Hulu Rajang (URDA).
"Kenapa kami melakukannya? Kerana kami tahu penduduk luar bandar memerlukannya dan kami mahu membangunkan struktur ekonomi di luar bandar," katanya.
Sumber kaya yang ada di kawasan pedalaman tidak akan memberi manfaat kepada negeri ini melainkan kerajaan boleh mengurus dan memberi nilai tambah kepada sumber itu, katanya.
Pada majlis itu, beliau juga menyerahkan sijil pelantikan kepada 242 ketua masyarakat dari bahagian Sibu, Sarikei dan Mukah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 21 2020
![Abang Johari ingatkan ketua masyarakat terus main peranan barisan hadapan Abang Johari ingatkan ketua masyarakat terus main peranan barisan hadapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/41586149218_ABANGJOHARITUNOPE.jpg)
Abang Johari berkata ini sentiasa menjadi apa yang sepatutnya mereka lakukan melalui sistem pentadbiran yang interaksi antara mereka dan kerajaan telah wujud sejak era Rajah Brooke. -Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![COVID-19: Ketua masyarakat, kaum di Sarawak diarah lapor setiap aktiviti sosial COVID-19: Ketua masyarakat, kaum di Sarawak diarah lapor setiap aktiviti sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41617707047_950x600.jpg)
COVID-19: Ketua masyarakat, kaum di Sarawak diarah lapor setiap aktiviti sosial
Pemimpin komuniti memainkan peranan penting dalam memastikan pematuhan SOP penduduk di kawasan mereka terus terjaga.
![Abang Johari ingatkan ketua masyarakat terus main peranan barisan hadapan Abang Johari ingatkan ketua masyarakat terus main peranan barisan hadapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/41586149218_ABANGJOHARITUNOPE.jpg)
Abang Johari ingatkan ketua masyarakat terus main peranan barisan hadapan
Ketua masyarakat di Sarawak diingatkan supaya memainkan peranan mereka dalam menyebarkan dasar kerajaan kepada rakyat.