KUCHING: Ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) diarah melaporkan semua aktiviti sosial penduduk di kawasan mereka kepada pejabat daerah dalam usaha mengawal penularan COVID-19 di Sarawak.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, keputusan ini dibuat berikutan kes yang tinggi melibatkan aktiviti sosial.
"Semua ketua masyarakat dan ketua kaum hendaklah memantau dan melaporkan segala aktiviti majlis sosial seperti majlis perkahwinan, kematian dan sebagainya kepada pejabat daerah masing-masing.
"Pejabat daerah akan sedia membantu KMKK bagi menasihati dan mendapatkan bantuan dari agensi-agensi yang berkenaan untuk memastikan SOP yang sedia ada dipatuhi. Arahan ini berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam sidang media JPBN Sarawak di Kuching pada Selasa.
Ujarnya, penglibatan komuniti dari peringkat dasar memainkan peranan penting demi menjaga keselamatan awam dari penularan wabak COVID-19.
Pemimpin komuniti juga disaran untuk sentiasa berkongsi maklumat serta memberi nasihat yang sewajarnya kepada masyarakat terutama dalam isu pematuhan SOP, kata beliau lagi.
Nickyson Nyambar
Tue Apr 06 2021

Pejabat daerah akan memberi bantuan serta nasihat sewajarnya buat penduduk yang ingin menganjurkan aktiviti sosial ketika tempoh pandemik ini. - Gambar fail/ Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat kepada 278 orang
PPS Surau Nur Hidayah Kampung Batu Kitang Jaya di Kuching menempatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 124 orang daripada 26 keluarga.

Sarawak, Sabah terima pakai keputusan KKM longgarkan pemakaian pelitup muka
Keputusan itu mengambil kira situasi COVID-19 di seluruh negara yang beransur baik.

COVID-19: Sarawak catat tiga kematian, 1,555 kes positif
Tiga kematian melibatkan warga emas berkaitan jangkitan COVID-19 dilaporkan di Sibu.

Buka sempadan: Sarawak akan umumkan SOP berkaitan dalam waktu terdekat
JPBN Sarawak akan mengumumkan beberapa perkara berhubung peralihan Fasa Endemik dan pembukaan sempadan dalam waktu terdekat.

COVID-19: Sarawak catat 1,248 kes baharu, hanya 18 kes Kategori 3 hingga 5
Jangkitan kes positif di Sarawak direkodkan empat angka iaitu 1,248 kes, peningkatan tertinggi tahun ini.

Sarawak belum putuskan ikut protokol KKM berkaitan SOP kontak rapat
JPBN Sarawak belum memutuskan sama ada melaksanakan baharu Kementerian Kesihatan berhubung SOP baharu kontak rapat.

PICKIDS: 27,200 kanak-kanak di Sarawak layak terima vaksin - Dr Rosmawati
Seramai 27,200 kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun di Sarawak layak menerima vaksin menerusi program vaksinasi COVID-19 kanak-kanak yang bermula esok.

Sarawak benarkan jamuan keluarga menjelang Tahun Baharu Cina
JPBN mengumumkan kelonggaran berkenaan berikutan Sarawak kini berada di bawah Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Bas ekspres di Sarawak dibenar beroperasi pada kapasiti penuh bermula esok
Perkhidmatan bas ekspres dan bas berhenti-henti di Sarawak dibenar beroperasi pada kapasiti 100 peratus tempat duduk penumpang mulai esok, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Individu lengkap vaksinasi tidak lagi perlu mohon EnterSarawak - JPBN Sarawak
Individu dari Semenanjung, Sabah dan Labuan yang lengkap vaksinasi COVID-19 tidak lagi perlu membuat permohonan melalui EnterSarawak untuk memasuki negeri itu berkuat kuasa Isnin ini.