KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM10,000 ke atas seorang pengasuh yang mengabaikan seorang bayi lelaki berusia 11 bulan sehingga menyebabkan mangsa patah tulang belakang dan lumpuh separuh badan.
Hakim Mahyon Talib menjatuhi hukuman itu selepas Azlina Lizawati Ahmad Tarmizi, 37, menukar pengakuannya kepada bersalah semasa sebutan kes hari ini.
Mahkamah yang memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara mulai hari ini turut mengarahkan wanita itu dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda selain mengenakan hukuman tambahan mengikut Seksyen 31(2) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu bon berkelakuan baik tiga tahun dengan cagaran RM5,000 dan khidmat masyarakat selama 180 jam.
Azlina didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Desa Tun Hussein Onn, Jalan Jelatek, Wangsa Maju di sini antara 7 dan 10 pagi 23 Julai 2020 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shahieza Md Hazaid memohon hukuman berat dan meminta mahkamah mengambil kira kecederaan serius yang dialami sehingga menyebabkan mangsa cacat seumur hidup.
"Tertuduh juga tidak amanah dan tidak bertanggungjawab selain merupakan pengasuh di rumah yang tidak berdaftar dengan JKM. Dia juga tidak mempunyai sebarang sijil atau kelayakan bagi pendidikan awal kanak-kanak.
"Peningkatan kes-kes penderaan, pengabaian dan penganiayaan kanak-kanak oleh pengasuh di Malaysia jelas menunjukkan hukuman berat perlu diberikan sebagai pengajaran buat tertuduh dan masyarakat," katanya.
Peguam Raihanah Abdul Razak dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, yang mewakili Azlina Lizawati, memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya mengaku bersalah di peringkat awal kes dan ini merupakan kesalahan pertama tertuduh.
"Anak guam saya mempunyai tiga anak yang masih kecil dan paling bongsu berusia lima bulan. Dia juga telah insaf kerana sebelum ini direman selama 14 hari ketika siasatan," katanya.
Berdasarkan fakta kes, mangsa dihantar ke rumah pengasuh pada 7 pagi dalam keadaan sihat namun pada 10 pagi, dia diambil oleh bapanya setelah tertuduh memaklumkan bahawa bayi itu tidak berhenti menangis.
Bapanya kemudian membawa bayi itu ke klinik kerana dia kelihatan teramat sakit dan klinik tersebut mengarahkan mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan sinar-X.
Siasatan pihak hospital mendapati mangsa mengalami kecederaan patah tulang belakang serta urat saraf dan laporan perubatan menunjukkan bayi itu mengalami kecederaan kekal dengan mangsa tidak boleh menggerakkan badannya.
Akibat kejadian itu, mangsa kini adalah pemegang kad Orang Kurang Upaya berikutan kecacatan kekal yang dialami.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 04 2021

Pendakwa raya sebelum itu memohon hukuman berat dan meminta mahkamah mengambil kira kecederaan serius yang dialami sehingga menyebabkan mangsa cacat seumur hidup.- Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Abai bayi sehingga patah tulang belakang: Pengasuh dipenjara setahun, denda RM10,000
Dia bersalah mengabaikan seorang bayi lelaki berusia 11 bulan sehingga menyebabkan mangsa patah tulang belakang dan lumpuh separuh badan.