"Saya tak sangka 15 panggilan telefon yang tidak dijawab adalah panggilan untuk memaklumkan rumah saya terbakar!"
Demikian reaksi Noriza Ninggal, yang rumahnya terbakar dalam kejadian di Setapak di sini, petang Khamis.
Noriza, 50, yang bertugas di sebuah pusat membeli-belah di Wangsa Maju, berkata dia tidak dapat menjawab panggilan telefon itu kerana sibuk bekerja dan hanya menyedari kejadian tersebut dua jam selepas rumahnya terbakar kira-kira 4 petang.
Kediaman Noriza di tingkat 14 Blok C Projek Perumahan Rakyat Kampung Baru Air Panas di Jalan Usahawan, Setapak, yang didiami sejak lapan tahun lepas, musnah sama sekali akibat kebakaran itu.
Namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Dia yang tinggal bersama suami dan tiga anak, dua lelaki dan seorang perempuan, berusia antara enam dan 23 tahun ketika ditemui pemberita, berkata kerugian yang dialami keluarganya dianggarkan RM20,000.
Jiran mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Boy, 24, berkata setelah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh isterinya, dia pergi ke rumah itu untuk cuba memadamkan kebakaran, namun api yang marak menyebabkan dia bersama 20 lagi jiran sukar berbuat demikian.
Katanya, dia dimaklumkan oleh kakaknya yang tinggal di sebelah rumah mangsa bahawa suami Noriza dan anak bongsunya yang berada di rumah ketika itu berjaya menyelamatkan diri.
"Suami mangsa yang panik akibat kejadian itu meminta bantuan kakak saya untuk menghubungi bomba sebelum beliau dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bersama anak bongsunya kerana mengalami kecederaan ringan," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cawangan Setapak Suki Annuar berkata sistem kebakaran di blok berkenaan yang gagal berfungsi menyukarkan bomba untuk memadamkan kebakaran.
"Bomba terpaksa menggunakan pili bomba terletak di bawah blok sebagai sumber utama mendapatkan air bagi operasi pemadaman. Mujur, jiran mangsa yang membantu memadamkan kebakaran sebelum bomba tiba di lokasi, sedikit sebanyak membantu kami dalam operasi ini," katanya, sambil menambah api berjaya dipadam sepenuhnya pada 6 petang.
Suki berkata tujuh jentera dengan kekuatan 39 anggota dari balai bomba Setapak, Wangsa Maju, Sentul, Hang Tuah dan Cheras terlibat dalam operasi itu setelah menerima panggilan kecemasan kira-kira 4.21 petang, dan tiba di lokasi 14 minit kemudian.
Punca kebakaran dan kerugian sebenar masih dalam siasatan, katanya.
Sementara itu, Pembantu Operasi Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Shamsul Sharil berkata kesemua mangsa akan ditempatkan sementara di sebuah dewan berdekatan, sebelum diberi sebuah unit rumah baharu kelak.
Bernama
Fri Feb 12 2016
Anggota bomba dan penyelamat melakukan kerja pemeriksaan terhadap sebuah unit rumah yang musnah dalam kebakaran di PPR Air Panas pada Khamis. - fotoBERNAMA
Piala FA Inggeris: Fernandes puji aksi wira Altay Bayindir
Pemain antarabangsa Turki itu hanya membuat penampilan kompetitif kelimanya untuk Red Devils sejak tiba dari Fenerbahce pada September 2023.
Melaka hasrat tubuh akademi hoki, lahir lebih ramai pemain bintang
Melaka berhasrat menubuhkan akademi hoki negeri sebagai usaha melahirkan lebih ramai pemain bintang dalam sukan itu.
Piala FA: Amorim lega Manchester United pamer kemajuan
United mengejutkan Arsenal menerusi gol pendahuluan Bruno Fernandes pada minit ke-52.
Cabaran pengangguran di Malaysia bersama Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff
Ulasan daripada Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff ,Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS)
Keluarga yakin nelayan hilang masih hidup, akan pulang
Nalurinya kuat berkata mereka masih hidup kerana anaknya telah lama menjadi nelayan dan tahu selok belok laut.
RUU wajibkan pendidikan sekolah menengah dibentang di Parlimen Feb ini
KPM akan angkat dasar mewajibkan pendidikan sekolah menengah dan dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari ini sebagai inisiatif pastikan calon hadir SPM, tangani isu keciciran selain meningkatkan kualiti pendidikan negara, kata Menterinya, Fadhlina Sidek.
#AWANInews
#AWANInews
WEF sahkan Anwar Ibrahim sertai Davos 2025
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyertai Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland. WEF mengesahkan kehadiran Anwar menerusi hantaran di platform media sosial forum tersebut.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 13 Januari 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI pada pembukaan Rabu? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Stastistik Tenaga Buruh November 2024
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus, menurut Stastistik Tenaga Buruh November 2024 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Angka tersebut menunjukkan penurunan 0.9 peratus berbanding 551,400 orang pada Oktober 2024.
Johor alu-alukan pelabur bina fasiliti kesihatan, perubatan di JS-SEZ
Setakat ini terdapat beberapa pihak menunjukkan minat dalam pembinaan fasiliti kesihatan termasuk hospital dan farmasi.
Abai 15 panggilan, pekerja pusat beli-belah terkejut rumah musnah terbakar
Noriza Ninggal tidak sangka 15 panggilan yang diabaikannya pada Khamis adalah untuk memaklumkan bahawa rumahnya di PPR Air Panas sedang terbakar.