KUALA LUMPUR: Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada seluruh penganut Hindu di Malaysia.
Hantaran ucapan ringkas tersebut dimuat naik oleh beliau menerusi laman Facebook rasminya hari ini.
"Semoga sambutan ini dapat terus mengukuhkan hubungan kebersamaan antara rakyat Malaysia yang berbilang agama dan bangsa.
"Kita harus ingat bahawa kepelbagaian adalah kekuatan keharmonian di negara ini," katanya.
Ucapan perayaan Thaipusam turut dimuat naik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali menerusi Facebook masing-masing.
"Dalam semangat kebersamaan, kita boleh mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang agama dan kepercayaan. Hari Thaipusam ini juga memberi kita peluang untuk menghargai keunikan setiap tradisi di Malaysia.
"Bersama-sama kita bina sebuah masyarakat yang berpegang teguh kepada nilai-nilai keharmonian dan kepelbagaian. Selamat Hari Thaipusam!," kata Zaliha. - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 24 2024

Aaron Ago Dagang mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada seluruh penganut Hindu di Malaysia.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Polis beri jaminan keselamatan, trafik lancar pada sambutan Thaipusam di Batu Caves
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan keselamatan dan kelancaran trafik pada sambutan Thaipusam esok susulan penugasan anggota di sekitar Batu Caves dekat sini dilaksanakan secara 24 jam.

“Thaipusam tahun ini lebih ramai berbanding tahun lepas”
Kesesakan luar biasa berlaku di Batu Caves, tempat perhimpunan yang sering menjadi tumpuan penganut agama Hindu.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Menyambut Thaipusam
Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar perayaan itu dapat memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan sesama masyarakat majmuk.

Aaron, Armizan dan Zaliha ucap Selamat Menyambut Thaipusam kepada penganut Hindu
Semoga sambutan ini dapat terus mengukuhkan hubungan kebersamaan antara rakyat Malaysia yang berbilang agama dan bangsa.

Umat Islam dinasihat tak terlibat acara Thaipusam - Mohd Na'im
Mohd Na'im berkata, Thaipusam merupakan acara peribadatan agama yang khusus kepada para penganutnya.

Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Thaipusam
Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar hari yang bermakna kepada semua penganut Hindu itu diraikan dengan penuh keceriaan.

Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Thaipusam
Agong dan Raja Permaisuri mengucapkan selamat Hari Thaipusam kepada semua penganut Hindu.