KOTA KINABALU: Sebanyak 94.1 peratus penduduk dewasa di negeri ini mempunyai masalah gigi berlubang atau karies, kata Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr Asits Sanna.
Beliau berkata dapatan Kajian Kebangsaan Kesihatan Mulut itu juga menunjukkan 82 peratus kanak-kanak berusia enam tahun dan 63.3 peratus murid sekolah berusia 12 tahun mempunyai masalah karies.
Dapatan kajian itu juga, katanya menunjukkan bahawa masalah kesihatan pergigian adalah lebih serius di kawasan luar bandar, berpunca daripada diet yang tinggi kandungan gula selain kurangnya penekanan dalam amalan pencegahan dan pemeliharaan kesihatan pergigian.
"Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sentiasa berusaha meningkatkan taraf kesihatan mulut penduduk di negeri ini. Pelbagai program yang menggalakkan amalan pencegahan sebagai rutin kehidupan telah dilaksanakan seperti memberus gigi dua kali sehari secara berkesan dan menggunakan ubat gigi berfluorida.
"Selain itu berkumur setiap kali selepas makan, mengamalkan pemakanan sihat, melakukan pemeriksaan mulut sendiri dan mendapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya setahun sekali sering dianjurkan mencegah penyakit pergigian," katanya berucap pada penutup Minggu Promosi Kesihatan Pergigian di sini hari ini.
Dr Asits berkata bagi meningkatkan akses kepada kemudahan kesihatan, JKNS telah meluaskan perkhidmatan melalui jaringan Klinik Pergigian dan Klinik Pakar Pergigian yang meliputi Klinik Pergigian Sekolah, Klinik Pergigian Bergerak dan Pasukan Pergigian Bergerak.
Beliau berkata pada tahun ini JKNS telah mendapat kelulusan projek Rancangan Boleh Pinda Keempat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk perolehan tiga Klinik Pergigian Bergerak yang baharu melibatkan daerah Penampang, Keningau dan Kudat.
"Di samping itu, kelulusan juga diperoleh untuk penubuhan empat Pasukan Pergigian Bergerak sebagai sebahagian peluasan perkhidmatan di Klinik Pergigian Kepayan, Klinik Pergigian Luyang, Klinik Pergigian Telupid dan Klinik Pergigian Tawau," katanya.
Menurut Dr Asits usaha mengekang karies pergigian, pencegahan secara strategi populasi seperti pemfluoridaan bekalan air awam dan kumuran mulut berfluorida turut diperluas.
"Sejumlah 31 sekolah rendah dengan bilangan murid 2,970 orang secara konsisten mengikuti program kumuran berfluorida pada setiap minggu persekolahan di seluruh Sabah," katanya.
Dr Asits berkata melalui usaha sedemikian, diharapkan lebih ramai penduduk Sabah dapat menerima kemudahan kesihatan pergigian sama ada khidmat penggalakan, pencegahan dan rawatan kesihatan pergigian yang akan meningkatkan taraf kesihatan mulut di negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 27 2024

Masalah kesihatan pergigian adalah lebih serius di kawasan luar bandar, berpunca daripada diet yang tinggi kandungan gula selain kurangnya penekanan dalam amalan pencegahan dan pemeliharaan kesihatan pergigian. - Gambar hiasan

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![[KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan [KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739890036_borneo.jpg)
[KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan
Belanjawan 2025 yang diumumkan pada Oktober tahun lalu membawa berita yang amat signifikan, terutamanya buat dua negeri di Kepulauan Borneo, Sabah dan Sarawak.

MTDC, UMS meterai MoU perkasa penyelidikan dan keusahawanan teknologi
Malaysian Technology Development Corporation menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Universiti Malaysia Sabah bertujuan memperkukuh ekosistem pembangunan teknologi, khususnya di Sabah.

Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah
Mangsa banjir di Sabah berkurangan kepada 54 orang daripada 13 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 83 orang daripada 21 keluarga pada 8 pagi tadi.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak beransur pulih dengan 309 mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 malam ini berbanding 374 petang tadi.

Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus catat trend penurunan
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak terus menunjukkan trend penurunan, dengan 2,039 mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam tadi berbanding 2,483 mangsa petang tadi.

Jumlah mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) terus mencatatkan pengurangan manakala mangsa di Sabah kekal setakat petang ini.

Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini
Di Sarawak, mangsa banjir meningkat kepada 4,705 orang di 24 PPS berbanding 4,341 orang malam tadi.

Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak semakin pulih
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.

Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah meningkat petang ini
Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak menurun manakala di Sabah meningkat, setakat 4 petang ini.