Seramai 93 pelancong asing termasuk 13 rakyat tempatan terkandas di Pulau Tioman sejak Khamis lepas berikutan cuaca buruk.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkata keadaan itu berlaku berikutan angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga serta ombak melebihi 4.5 meter di timur laut perairan Tioman.
Dalam satu kenyataan hari ini, agensi itu berkata keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk perkhidmatan feri.
"Syarikat-syarikat yang mengendalikan perkhidmatan operasi feri dari Pulau Tioman ke Mersing terpaksa menghentikan operasi buat sementara waktu. Situasi ini telah menyebabkan ramai pelancong terkandas tidak dapat pulang ke tanah besar," kata agensi itu.
Menurut NADMA, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim hari ini telah meminta bantuan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) untuk membantu membawa pelancong yang terkandas keluar dari Pulau Tioman.
Menurut agensi itu, KD Terengganu telah berlepas daripada Pelabuhan Tanjung Gelang, Kuantan kira-kira 4 petang hari ini dan dijangka tiba di Pulau Tioman pada 12 tengah malam ini.
"Jika tiada halangan, semua pelancong yang terkandas ini akan dibawa pulang esok dan dijangka tiba pukul 3 petang di Pelabuhan Tanjung Gelang, Kuantan," kata NADMA.
--BERNAMA
Bernama
Mon Jan 15 2018
KD Terengganu telah berlepas daripada Pelabuhan Tanjung Gelang, Kuantan kira-kira 4 petang hari ini dan dijangka tiba di Pulau Tioman pada 12 tengah malam ini. - Gambar hiasan
Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum.
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Ahli radiologi petugas barisan hadapan pengesanan awal penyakit
Mereka memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam setiap aspek penjagaan pesakit, daripada pengesanan awal penyakit, diagnosis sehingga pelan rawatan dan pengurusan berterusan.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pilihan Raya AS: Apa itu electoral college/electoral vote?
Electoral College merujuk kepada institusi dan proses yang digunakan untuk memilih Presiden Amerika Syarikat setiap empat tahun.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
Britain akan haramkan merokok di taman permainan, luar sekolah dan hospital
Langkah-langkah ini sebahagian cadangan menyeluruh untuk melindungi kesihatan awam.
Belanjawan 2024: NADMA diperuntuk RM300 juta hadapi banjir - Anwar
Beliau berkata ini termasuk RM100 juta yang bakal disalurkan segera selepas pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI hari ini.
Lagi kejadian tanah runtuh di Indonesia, dua terkorban
Operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan bagi mengesan tiga lagi mangsa yang hilang.
Amaran hujan berterusan di empat negeri sehingga 1 Feb
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi beberapa kawasan di Sarawak, Sabah, Pahang dan Johor sehingga 1 Feb ini.
Tanah runtuh Batang Kali: Operasi SAR dibantu alat GPR kesan jasad manusia
Empat alat pengesan Ground Penetrating Radar (GPR) (radar menembusi tanah) yang kali pertama digunakan untuk mengesan jasad manusia dalam kes tanah runtuh di Malaysia, dibawa ke lokasi tragedi di sini
Mangsa banjir seluruh negara meningkat 2,550 orang
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 2,550 orang melibatkan 755 keluarga di lima negeri setakat jam 7 pagi Isnin.
JPBN diarah waspada Amaran Hujan Lebat Berterusan - NADMA
Pada lewat petang hingga malam ini ribut petir boleh berlaku di pantai timur Semenanjung berdasarkan laporan MET Malaysia.
Nadma pertimbang pengesahan kematian untuk bantuan COVID-19
Ia termasuk borang permohonan sijil kematian, permit menguburkan atau apa sahaja bentuk dokumen perakuan kematian.
NADMA sedang kenal pasti anggota APM terima suntikan vaksin fasa pertama
NADMA sedang mengenal pasti barisan hadapan dalam kalangan pegawai dan anggota APM yang akan diberi suntikan vaksin dalam Fasa Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Hospital swasta P. Pinang mula terima pesakit COVID - Ketua Menteri
Beberapa hospital swasta di Pulau Pinang telah mula menerima pesakit COVID-19.
RM45 juta dari Tabung COVID-19 diagihkan - NADMA
Tabung COVID-19 yang dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac tahun lepas telah menerima sumbangan terbaharu sebanyak RM20 juta baru-baru ini.