Sebanyak 9,282 kit makanan permulaan banjir untuk penduduk terjejas bencana itu telah diagihkan di seluruh Terengganu setakat ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Daripada jumlah itu, sebanyak 6,996 kit makanan diagihkan untuk daerah Kemaman, Setiu (700), Dungun (686), Hulu Terengganu (600) dan Besut (300).
"Kit makanan kepada mangsa banjir yang telah diagihkan kepada pengkalan hadapan ini adalah hasil komitmen tinggi daripada pelbagai pihak.
"Walaupun ia nampak mudah, namun prosesnya dari awal penyediaan, menyusun, membungkus dan pengagihan nanti perlu dilakukan dengan teliti agar tiada satupun mangsa banjir tertinggal daripada menerimanya nanti.
"Di sini juga saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus dalam memastikan kit makanan ini dapat disediakan dengan sempurna mengikut masa yang ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program penyerahan kit makanan permulaan banjir di Kompleks Rakan Muda di Jalan Mak Lagam di sini malam tadi.
Sebanyak 100,000 kit makanan disediakan di seluruh negara dan kementerian menyasarkan untuk menyediakan sebanyak 14,000 unit kit makanan di seluruh Terengganu dan jumlahnya bergantung kepada keperluan semasa yang akan dinilai oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Mengulas lanjut, Ahmad Shabery yang juga anggota Parlimen Kemaman berkata pihaknya turut berterima kasih kepada kerajaan pusat yang telah memberi pengiktirafan tinggi terhadap pengurusan bencana di Kemaman seterusnya menyediakan peruntukan untuk kit makanan tersebut.
Katanya, setiap kit makanan berharga lingkungan RM60 hingga RM70 itu terdiri daripada makanan kering yang dikeluarkan oleh usahawan tempatan.
"Mengikut prosedur dalam pengurusan banjir, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan berada di barisan hadapan untuk memastikan kit makanan ini mencukupi di setiap pusat pemindahan banjir dengan kadar yang segera.
"Bahkan, tidak hanya banjir, kit makanan ini juga akan disediakan oleh FAMA untuk mangsa bencana lain yang berlaku dalam negara sebagai tindakan awal untuk memastikan kebajikan mangsa terbela," katanya.
Bernama
Tue Dec 22 2015
AHMAD ShABERY: Proses penyediaan, menyusun, membungkus dan pengagihan nanti perlu dilakukan dengan teliti agar tiada satupun mangsa banjir tertinggal daripada menerimanya. - Gambar fail
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Isu jualan saham KPF akan selesai dalam tempoh enam hingga sembilan bulan - Ahmad Shabery
Aset pelaburan dan modal koperasi itu yang kini bernilai lebih RM4 bilion sedang distruktur semula dan akan dicairkan.
Kod etika wartawan baharu bertepatan keperluan dunia kewartawanan - Shabery
Ia selaras dengan peredaran zaman dan cabaran teknologi serta peranan penting mereka sebagai suara rakyat.
Polisi mampan ekonomi kitaran perlu dibangunkan - Ahmad Shabery
Ahmad Shabery berkata, sekiranya berjaya, pengaplikasian ekonomi kitaran dijangka memberi keuntungan lebih RM100 bilion.
Felda beri penekanan amalan ekonomi kitaran dalam KEB 2024
Ahmad Shabery berpendapat Malaysia harus membangunkan peta hala tuju ke arah perlaksanaan ekonomi kitaran yang lebih menyeluruh.
Peneroka Felda terpaksa tanggung kerugian jika harga gula kekal rendah - Shabery
Kenaikan harga gula mentah berkali ganda sejak 2020 menyebabkan harga gula sebenar jauh melangkaui harga siling yang ditetapkan.
Shabery Cheek sedia bantu BN rampas kerusi Parlimen Kemaman
Ahmad Shabery berkata kekalahan BN dengan majoriti lebih 27,000 undi pada PRU15 bukan halangan besar bagi gabungan itu memenangi PRK itu.
Kekalkan kestabilan Johor sebagai negeri barisan hadapan ekonomi Malaysia
Katanya, Johor yang sudah maju di bawah pentadbiran Pakatan Harapan sebelum ini dilihat makin kukuh dan kuat di bawah gandingan BN-PH.
Isu Felda boleh selesai di bawah pentadbiran kerajaan negeri, pusat yang sama - Ahmad Shabery
Felda yakin beberapa isu yang menghimpit peneroka di Kelantan akan dapat diselesaikan dengan baik sekiranya kerajaan negeri dan kerajaan pusat bernaung di bawah tampuk pimpinan yang sama.
Warga Felda berperanan corak landskap politik tanah air - Ahmad Shabery
Warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memainkan peranan besar dalam mencorakkan landskap dan masa depan politik tanah air.
Komitmen kerajaan bantu kurangkan beban kewangan Felda - Pengerusi
Jaminan itu memberi makna yang besar kepada Felda dalam usaha melaksanakan transformasi.