KUALA LUMPUR: Semua bayaran penjualan saham kepada ahli-ahli Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF) yang tertangguh sejak tahun lepas akan diselesaikan dalam tempoh enam hingga sembilan bulan, kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata penjualan saham ahli KPF itu akan mengambil sedikit masa berikutan aset pelaburan dan modal koperasi itu yang kini bernilai lebih RM4 bilion sedang distruktur semula dan akan dicairkan.
"Perkara paling penting, KPF bukan koperasi berpenyakit yang mempunyai banyak hutang dan tiada sandaran aset. Asetnya besar (bernilai) kira-kira RM4 bilion. Cuma yang menjadi isu baru-baru ini ialah berkaitan mencari kecairan aset bernilai lebih RM200 juta.
"Kita akan susun balik perkara ini kerana pegangan saham yang kecil-kecil itu distrukturkan supaya ada kecairan kira-kira RM208 juta, cukup untuk menyelesaikan perkara tersebut (isu jualan saham ahli KPF)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KPF ke-43 hari ini.
Turut hadir Pengerusi KPF Raja Faridah Raja Ahmad dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Amran Abd Kadir.
Pada Mei lepas, sekumpulan ahli KPF menyerbu pejabat itu di Jalan Semarak di sini untuk menuntut penjelasan mengenai kelewatan pembayaran jualan saham dan dividen sejak tahun lepas.
KPF kemudian memberi jaminan akan menyelesaikan bayaran jualan saham anggotanya dari Feb hingga Julai 2023 menjelang akhir Mac 2024.
Bagi jualan saham selebihnya, koperasi itu memaklumkan bayaran akan dibuat secara berkala mengikut ketersediaan tunai serta keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang benar-benar memerlukan.
Sementara itu, Raja Faridah berkata KPF telah mula membayar jualan saham anggotanya bermula semalam berjumlah kira-kira RM17 juta.
Beliau menjelaskan kelewatan pembayaran itu disebabkan kekangan aliran tunai berikutan kebanyakan tunai terletak dalam aset.
"Oleh sebab itu, kita perlu menstruktur semula dan kita perlu cairkan (aset) untuk melepaskan tunai ini," katanya.
Terdahulu, Raja Faridah dalam ucapannya berkata antara tindakan utama yang sedang dilakukan KPF ialah mengenal pasti dan mencairkan aset yang tidak menjana pulangan sepatutnya serta menjual ladang koperasi di Samarahan, Sarawak.
Katanya KPF turut menstruktur semula pelaburan korporat dalam anak syarikat kumpulan Felda serta mengenal pasti peranan koperasi itu dan peluang perniagaan dalam kumpulan Felda.
"Usaha sedang giat dijalankan bersama anak syarikat kumpulan Felda supaya inisiatif ini dapat dilaksanakan sepenuhnya sebelum akhir tahun ini.
"Ini untuk memastikan ketersediaan pulangan daripada pelaburan tetap ini bagi menentukan pulangan kepada anggota pada tahun akan datang, bermula 2025," katanya.
Mengulas mengenai Hari Peneroka 2024, Ahmad Shabery menafikan bahawa penganjuran sambutan itu diadakan secara besar-besaran dengan menggunakan dana KPF.
"Esok bermulanya sambutan Hari Peneroka. Saya nak menjelaskan ada banyak (persoalan) yang timbul kenapa dibuat secara besar-besaran. (Ada pertanyaan) mereka hendak tebus saham KPF tetapi buat sambutan besar-besaran.
"Tiada kena mengena (penganjuran Hari Peneroka dengan dana KPF). Saya tidak minta satu sen pun daripada KPF dalam soal ini," katanya.
Hari Peneroka 2024 akan berlangsung esok hingga Ahad ini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024

Ahmad Shabery berkata penjualan saham ahli KPF itu akan mengambil sedikit masa berikutan aset pelaburan dan modal koperasi itu yang kini bernilai lebih RM4 bilion sedang distruktur semula dan akan dicairkan. - Gambar fail
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Isu jualan saham KPF akan selesai dalam tempoh enam hingga sembilan bulan - Ahmad Shabery
Aset pelaburan dan modal koperasi itu yang kini bernilai lebih RM4 bilion sedang distruktur semula dan akan dicairkan.

Kerajaan setuju kecualikan CGT, cukai ke atas FSI untuk unit amanah - Menteri Kewangan II
Pengecualian ke atas CGT berkuat kuasa 1 Jan 2024 hingga 31 Dis 2028 manakala pengecualian ke atas FSI mulai 1 Jan 2024 hingga 31 Dis 2026.