Menurut Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin, operasi bermula jam 6 petang itu menyaksikan seramai 180 individu diperiksa.
Mereka yang ditahan kemudian dibawa ke pejabat JIM Selangor untuk saringan dan dokumentasi lanjut.
Katanya, mereka yang ditahan terdiri daripada warga Bangladesh, Myanmar, Filipina, Thailand, Yaman, India, Indonesia dan Nigeria, atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Operasi melibatkan seramai 22 pegawai penguat kuasa pelbagai pangkat, diketuai Ketua Bahagian Penguat Kuasa JIM Selangor, Johari Supardi.
Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tidak memiliki dokumen perjalanan sah, tinggal melebihi tempoh dibenarkan dan menyalahgunakan pas lawatan.
Ujar Khairrul, operasi dilaksanakan bagi memastikan undang-undang imigresen dipatuhi selain membanteras kehadiran warga asing tanpa izin di Selangor.
Operasi itu juga jelasnya merupakan sebahagian usaha berterusan JIM dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan masyarakat di negara ini terjamin.