Sekurang-kurangnya lapan rakyat Malaysia, termasuk seorang yang ditembak mati di Selatan Filipina, dipercayai terlibat dengan aktiviti keganasan sejak 2010.
Dalam tempoh itu, pihak berkuasa Malaysia menahan tujuh rakyat asing dipercayai terlibat dengan kumpulan pengganas.
Berikut ialah peristiwa yang melibatkan rakyat Malaysia dan rakyat asing dipercayai terlibat dalam kegiatan keganasan:
7 Feb 2013 - Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita, semua rakyat Malaysia, di Kajang, Selangor kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan dan disyaki menjadi dalang utama dalam merekrut beberapa rakyat Malaysia bagi aktiviti keganasan.
14 Dis 2012 - Rakyat Malaysia Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, ditembak mati oleh polis Filipina di sebuah hotel selepas bergelut dengan polis yang ingin memeriksa beg sandang berisi bom buatan sendiri dibawa isterinya. Berikutan itu polis mengesan lebih daripada tiga rakyat Malaysia dipercayai turut bergiat aktif dalam kegiatan kumpulan militan yang sama dan masih berada di negara ini.
9 Nov 2012 - Warga Indonesia Taufik Balaga atau dikenali dengan nama Upik Lawanga dan Ahmad Fauzi masing-masing berusia 40-an dipercayai anggota JI yang dipercayai terbabit dalam serangan bom di Hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton di Jakarta, Indonesia pada 2009 ditahan semasa cuba merentas sempadan Malaysia-Kalimantan di Nunukan, Kalimantan Timur.
26 Okt 2012 - Dua rakyat Malaysia, Razif Mohamad Ariffin, 28, dan Mohamad Razin Shahar Mustapha Kamal, 21, ditahan di Beirut Hamra, Lubnan kerana disyaki merancang melakukan serangan ganas di negara berkenaan dan kini kedua-duanya masih dibicarakan di Mahkamah Tribunal Tentera negara itu.
Februari 2012 - Anggota kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI) kelahiran Muar, Zulkifli Hir, yang didakwa terbunuh dalam serangan udara tentera Filipina Februari lepas, dipercayai masih hidup tetapi cedera parah.
Februari 2012 - Seorang rakyat Iran berumur 31 tahun yang merupakan suspek dalam tiga kejadian letupan bom di Bangkok ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang.
4 Ogos 2011 - Tiga lelaki India, 28, Daljit Singh Ajaib Khalsa, 37, dan Kawal Singh Soundh, 39 ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terlibat dengan kegiatan kumpulan militan Babbar Khalsa International (BKI) yang berpangkalan di India.
Mei 2011 - Ahli perniagaan Singapura, Abdul Majid Kunji Mohamad ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) kerana mempunyai kaitan dengan kumpulan militan di selatan Filipina.
21 Jan 2010 - Seorang rakyat Malaysia ditahan di bawah ISA kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa dan dipercayai dari kumpulan jemaah Islamiah (JI). Bersama lelaki tersebut sembilan warga asing turut ditahan.
Bernama
Thu Feb 07 2013
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Laporan pertama akan dibawa ke DUN Sarawak
Laporan Pertama Ombudsman Sarawak dijangka dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun hadapan sejurus urusan penyediaan sistemnya selesai.
Tuntutan satu pertiga kerusi parlimen mesti ikut MA63 - Kelvin
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii menyokong tuntutan satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen yang dibuat oleh Sarawak dan Sabah. Namun harus dibuat berdasarkan apa yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.
Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
Kerajaan negeri menyambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan sekumpulan individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Kabinet tidak bincang isu Majlis Profesor Negara - Fahmi
Mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan isu berkaitan Majlis Profesor Negara (MPN) selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengkaji sem
Kemuncak Monsun Timur Laut hujung Nov, taburan hujan tinggi
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan hujan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
Lelaki maut maut di Hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam satu insiden tembakan di kawasan parkir kenderaan sebuah hotel di Bintulu pada lewat malam Khamis.
Pantau Agenda Reformasi: IPSOS: Rasuah kekal jadi kerisauan utama rakyat Malaysia
Isu rasuah kekal menjadi kebimbangan utama di Malaysia, diikuti oleh pengangguran dan kemiskinan. Sementara, kerisauan utama pada peringkat global ialah kadar inflasi, jenayah dan tahap kemiskinan.
Gunung berapi di Kamchatka menjadi berbahaya selepas tiga letusan
Salah satu letusan itu amat kuat, menghamburkan debu setinggi 11 kilometer.
Kes Daish: Bekas ketua kumpulan `Wolf Pack' dipenjara 10 tahun
Mahkamah mendapati walaupun tertuduh mempunyai skizofrenia atau gangguan mental, tertuduh waras semasa melakukan kesalahan tersebut.
Saifuddin Nasution sifatkan pertemuan dengan Brian Nelson sebagai berterus-terang
Saifuddin menyifatkan perjumpaan beliau dengan Brian Nelson pada Khamis lepas sebagai pertemuan yang berterus-terang.
Kanada kenakan sekatan atas Hamas, pengganas Israel
Langkah itu menyusuli AS yang menghukum empat individu dituduh terlibat dalam keganasan di wilayah yang diduduki.
Singapura: Remaja ditahan di bawah ISA
Remaja lelaki ialah pelajar Menengah Tiga ketika ditahan di bawah ISA pada November 2022 dan telah menerima OD pada Disember 2022.
Daish: Pendakwaan tarik balik rayuan hukuman penjara 2 lelaki beri bantuan RM100
Mahkamah Rayuan di sini hari ini membatalkan rayuan pendakwaan terhadap hukuman penjara dua tahun yang dijatuhkan ke atas dua lelaki sebelum ini.
Majlis Agama Islam Perancis saman Facebook, YouTube
Saman difailkan atas dakwaan kedua-dua gergasi media sosial itu membenarkan aktiviti keganasan disiarkan di platform mereka.
Tiada pusat tahfiz terlibat aktiviti militan
Menurut Menteri Besar Kedah, institusi pondok selama ini terbukti penting sebagai benteng pengukuhkan akidah selain mempertahankan kesucian Islam.
Singapura tingkatkan kawalan keselamatan sempena Krismas
Rakyat republik itu turut diingatkan supaya berwaspada terhadap ancaman aktiviti keganasan, selain meletakkan keyakinan tinggi pada pasukan keselamatan negara.
Jangan terlibat aktiviti keganasan, pelampau agama - Sultan Selangor
Semangat jihad pada setiap umat Islam harus dimanfaat dan disalurkan ke tempat yang betul, bukan dengan melibatkan diri dalam aktiviti keganasan atau pelampau agama seperti Daish.
Tiga suspek warga asing ditangkap terlibat aktiviti keganasan
Tangkapan hasil daripada dua operasi khas oleh bahagian Counter-Terrorism Cawangan Khas pada 28 Mac dan 22 April tahun ini.