Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) menahan dua pemandu bas ekspres dan enam penumpang selepas menjumpai komponen senjata api disyaki jenis M16 dalam sebuah beg di tempat menyimpan barang kenderaan itu dalam sekatan jalan raya di Simpang Empat Salam, Rantau Panjang semalam.
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata enam penumpang bas ekspres itu, masing-masing tiga lelaki dan tiga wanita berumur antara 22 dan 44 tahun, menaiki bas tersebut dari pekan Rantau Panjang menghala ke Kuala Lumpur.
Beliau berkata pemeriksaan ke atas bas itu dilakukan anggota UPP pada kira-kira 8.40 malam.
"Anggota unit itu menjumpai komponen senjata api jenis M16 itu, yang telah dileraikan dan disembunyikan dalam sebuah beg di tempat simpanan barang bas itu.
"Pemeriksaan lanjut anggota unit itu turut menjumpai dua kelopak peluru di mana salah satu kelopak mengandungi 22 butir peluru 5.56mm dan satu lagi kelopak kosong, dua kotak peluru jenis 5.55mm yang mengandungi 20 butir peluru setiap kotak, 1 teleskopik, 1 Body Receiver Colt M16A1 dan Upper Receiver," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas hari ini.
Jalaluddin berkata suspek yang ditahan dan emua barang kes diserah kepada polis daerah itu untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman maksimum penjara 14 tahun dan sebatan tidak kurang enam kali.
Kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960, yang membawa hukuman maksimum penjara 7 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Bernama
Thu Feb 07 2013
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
[TERKINI] Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Hezbollah akan kekal aktif berjuang selepas gencatan senjata
Seorang pegawai kanan Hezbollah mengesahkan peranan kumpulan itu akan kekal meneruskan perjuangannya.
Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Amerika juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
Pendawaian elektrik bas ekspres tak teratur punca remaja maut akibat renjatan elektrik
Pendawaian elektrik pada bas yang tidak teratur dan dilakukan oleh pihak tidak mendapat tauliah daripada Suruhanjaya Tenaga antara punca insiden renjatan elektrik dalam sebuah bas ekspres.
Soket elektrik di bas ekspres tiada piawaian tersendiri - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Kementerian Pengangkutan (MOT) akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi menetapkan piawaian untuk soket tersebut.
Renjatan elektrik dalam bas: Menteri beri tempoh 2 minggu sediakan laporan lengkap
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, sebarang tindakan hanya akan diputuskan selepas laporan lengkap dikemukakan.
Tak sangka gurauan 'nak berjalan jauh' jadi kenangan terakhir arwah - Nenek
Jenazah Mohamad Nur Asymawi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Puyu selepas Asar semalam.
Remaja maut terkena renjatan elektrik ketika cas telefon bimbit dalam bas ekspres
Mangsa, Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18, maut di tempat kejadian dengan kecederaan pada jari tangan sebelah kiri.
Lelaki maut, kemalangan kereta dan bas ekspres
Seorang lelaki maut apabila kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di kilometer 24 Jalan Bahau.
17 bas ekspres dan persiaran disaman kerana tiada pemandu kedua
Menurut JPJ Pulau Pinang, operasi khas yang menyasarkan bas ekspres dan bas persiaran itu berlangsung empat jam bermula tengah malam tadi.
Bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Lahad Datu
Sebuah bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Batu 9 Jalan Silam malam ini.
Penumpang kereta maut dalam nahas babitkan bas ekspres
Mangsa yang maut merupakan penumpang kereta berusia 30 tahun manakala pemandu berusia 40 tahun cedera di bahagian muka.
Sindiket hantar PATI dari Kelantan ke KL guna bas ekspres tumpas
Menempatkan PATI di sebuah rumah transit sebelum dibawa menggunakan bas ekspres ke Kuala Lumpur antara taktik dibongkar susulan operasi dijalankan sekitar Kota Bharu.