SINGAPURA: Tinjauan terkini Global Student Survey menunjukkan 78 peratus penuntut universiti di Malaysia yakin negara mereka tempat tinggal yang baik, lebih tinggi berbanding purata global (71 peratus) dan meningkat ketara berbanding 65 peratus pada tahun 2022.
Kajian oleh Chegg.org itu merupakan tinjauan paling komprehensif dan terkini mengenai kehidupan, harapan dan kebimbangan pelajar universiti di 15 negara ketika memasuki zaman kecerdasan buatan (AI).
Chegg.org ialah cawangan bukan untung syarikat teknologi pendidikan Chegg yang berpangkalan di California. Tinjauan pertama dilancarkan pada 2001 semasa perintah kawalan pergerakan COVID-19 dan yang kedua pada April 2022.
Selain itu, tinjauan berkenaan mendedahkan bahawa pelajar berharap yuran pengajian diturunkan, dengan 84 peratus pelajar yang ditinjau di Malaysia mahukan tempoh pengajian ijazah lebih singkat bagi mengurangkan yuran, angka tertinggi antara semua negara yang ditinjau selain Kenya (84 peratus).
Lebih dua pertiga (67 peratus) lebih suka universiti menawarkan pilihan pembelajaran secara dalam talian bagi mengurangkan kos pengajian, walaupun angka itu merosot daripada 78 peratus pada 2022.
Tinjauan pendapat ketiga oleh Yonder Consulting itu yang melibatkan lebih 11,000 pelajar prasiswazah berumur 18-21 tahun di 15 negara, termasuk 508 penuntut di Malaysia, merangkumi pandangan pelajar mengenai pembelajaran dalam era AI, kemahiran dan kerjaya serta kesihatan, kesejahteraan dan sikap sosial.
Hampir separuh (49 peratus) pelajar Malaysia menggunakan kecerdasan buatan generatif (GenAI) untuk membantu dalam pembelajaran, lebih tinggi daripada purata global (40 peratus).
Walaupun penuntut Malaysia menganggap GenAI sebagai alat bantuan pembelajaran yang bermanfaat, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan, dengan 72 peratus mengatakan mereka mahu melibatkan kepakaran manusia dalam menyiapkan tugasan.
Pada masa yang sama, 49 peratus pelajar Malaysia yang mengatakan mereka menggunakan GenAI untuk pembelajaran, 65 peratus bimbang tentang maklumat yang diperoleh tidak tepat atau salah, walaupun majoriti (58 peratus) menggunakan GenAI dalam membuat penyelidikan untuk tugasan atau projek.
Dari segi penggunaan GenAI, sembilan peratus pelajar Malaysia secara puratanya menggunakan lebih daripada 10 kali sehari - peratusan tertinggi selepas India (10 peratus) dan Kenya (12 peratus).
Hampir satu pertiga (32 peratus) mengatakan mereka menggunakannya beberapa kali seminggu.
Dianggarkan tiga perempat (73 peratus) pelajar yang ditinjau di Malaysia percaya bahawa ketersediaan perkakasan GenAI secara percuma, kolej dan universiti wajar mengubah cara mereka menilai pelajar.
Antara kohort ini, lebih separuh (53 peratus) mengatakan perlu ada panduan yang lebih baik tentang penggunaan GenAI yang boleh diterima dalam penilaian, separuh (50 peratus) mengatakan perlu ada lebih banyak penilaian berasaskan kerja kursus (yang kedua tertinggi daripada semua negara selepas Sepanyol (65 peratus) dan 43 peratus mengatakan perlu ada lebih banyak penilaian secara peribadi yang dipantau (yang tertinggi daripada semua negara).
"Pelajar juga mengambil kira bagaimana AI boleh menjejaskan kerjaya masa depan mereka," menurut tinjauan itu.
Walaupun hampir satu perempat (22 peratus) pelajar Malaysia yang ditinjau berpendapat ijazah mereka akan menjadi kurang berguna, atau tidak digunakan langsung, di tempat kerja yang dibantu AI, 41 peratus percaya ia akan lebih berguna berbanding sebelum ini.
Lebih daripada dua pertiga (69 peratus) berkata mereka mahu kurikulum kursus memasukkan latihan dalam alatan AI yang berkaitan dengan kerjaya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 08 2023
![78 peratus penuntut Malaysia yakin negara mereka tempat yang baik untuk didiami - Kajian global 78 peratus penuntut Malaysia yakin negara mereka tempat yang baik untuk didiami - Kajian global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81648272890_graduanUniversitiM.jpg)
Walaupun 22 peratus pelajar Malaysia yang ditinjau berpendapat ijazah mereka akan menjadi kurang berguna, atau tidak digunakan langsung, di tempat kerja yang dibantu AI, 41 peratus percaya sebaliknya. - Gambar hiasan
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Lebih 50 peratus rakyat Amerika setuju dengan prestasi kerja Trump - Tinjauan Lebih 50 peratus rakyat Amerika setuju dengan prestasi kerja Trump - Tinjauan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738813756_DonaldTrump.jpg)
Lebih 50 peratus rakyat Amerika setuju dengan prestasi kerja Trump - Tinjauan
Pada masa sama, 47 peratus responden tidak bersetuju dengan prestasi Trump di Rumah Putih.
![Hampir separuh rakyat Denmark dalam tinjauan anggap Amerika Syarikat sebagai ancaman Hampir separuh rakyat Denmark dalam tinjauan anggap Amerika Syarikat sebagai ancaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738319636_DenmarkUSA.jpg)
Hampir separuh rakyat Denmark dalam tinjauan anggap Amerika Syarikat sebagai ancaman
Penentangan umum terhadap usaha Donald Trump menguasai Greenland kekal tinggi, dengan 78 peratus rakyat Denmark menolak idea menjual pulau itu.
![Sentimen perniagaan syarikat Jepun di Malaysia meningkat - Jetro Sentimen perniagaan syarikat Jepun di Malaysia meningkat - Jetro](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737013721_malaysiakualalump.jpg)
Sentimen perniagaan syarikat Jepun di Malaysia meningkat - Jetro
Jetro berkata kadar keuntungan Malaysia melangkaui purata ASEAN dengan jangkaan margin keuntungan operasi bagi 2024 berada pada 70.8 peratus.
![Milanovic dahului pusingan kedua pilihan raya Presiden Croatia - Tinjauan Milanovic dahului pusingan kedua pilihan raya Presiden Croatia - Tinjauan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736740938_ZoranMilanovic.jpg)
Milanovic dahului pusingan kedua pilihan raya Presiden Croatia - Tinjauan
Tinjauan yang diterbitkan oleh tiga stesen televisyen tempatan menunjukkan Milanovic memperoleh 77.86 peratus undi.
![Tiga maut terkena tembakan polis ketika pegawai buat 'tinjauan' di masjid bersejarah di India Tiga maut terkena tembakan polis ketika pegawai buat 'tinjauan' di masjid bersejarah di India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/61436426113_GUNSHOT.jpg)
Tiga maut terkena tembakan polis ketika pegawai buat 'tinjauan' di masjid bersejarah di India
Polis berkata 'tinjauan' dilakukan atas perintah mahkamah selepas seorang peguam mendakwa masjid itu dibina di atas tapak peninggalan Hindu.
![Dominasi Harris ke atas Trump makin kurang - Tinjauan IPSOS/Reuters Dominasi Harris ke atas Trump makin kurang - Tinjauan IPSOS/Reuters](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41730198447_tbkamalatrump.jpg)
Dominasi Harris ke atas Trump makin kurang - Tinjauan IPSOS/Reuters
Tinjauan tiga hari itu selesai pada Ahad dan menunjukkan persaingan seri menjelang pilihan raya 5 November.
![Pemilihan Presiden AS: Trump dahului Harris 2 peratus - Tinjauan Pemilihan Presiden AS: Trump dahului Harris 2 peratus - Tinjauan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81725618194_TBTRUMPKAMALA.jpg)
Pemilihan Presiden AS: Trump dahului Harris 2 peratus - Tinjauan
Tinjauan menunjukkan bahawa 47 peratus pengundi di AS akan memilih Trump, berbanding 45 peratus untuk Harris.
![Presiden Tunisia Kais Saied dijangka menang pilihan raya - Tinjauan Presiden Tunisia Kais Saied dijangka menang pilihan raya - Tinjauan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728263495_KaisSaied.jpg)
Presiden Tunisia Kais Saied dijangka menang pilihan raya - Tinjauan
Berdasarkan tinjauan, Saied memperoleh 89.2 peratus undi, diikuti Ayachi Zammel dengan 6.9 peratus dan Zouhair Maghzaoui dengan 3.9 peratus.
![Tinjauan Hari Kebangsaan: Bangga menjadi rakyat Malaysia Tinjauan Hari Kebangsaan: Bangga menjadi rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51725059701_PerarakanmasukJalu.jpg)
Tinjauan Hari Kebangsaan: Bangga menjadi rakyat Malaysia
Tahun ini, seperti tahun-tahun sebelumnya, lebih 80 peratus responden menjawab secara positif, menunjukkan kebanggaan nasional yang tinggi.
![Rakyat Britain sokong penglibatan tentera bagi hentikan rusuhan - Tinjauan Rakyat Britain sokong penglibatan tentera bagi hentikan rusuhan - Tinjauan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723004549_illegalimmigration.jpg)
Rakyat Britain sokong penglibatan tentera bagi hentikan rusuhan - Tinjauan
Sekitar 62 peratus rakyat Britain menyokong penglibatan tentera untuk menghentikan rusuhan yang tercetus minggu lalu.