KLANG: Sebanyak 77,000 tan metrik sampah berjaya dikeluarkan dari Sungai Klang menerusi projek Selangor Maritime Gateway (SMG) dengan kerjasama The Ocean Cleanup, sebuah organisasi dari Belanda.
Menurut Exco Infrastruktur Negeri Selangor, Izham Hashim, kejayaan itu dicapai dengan menggunakan tujuh log boom atau penyekat sampah serta dua buah teknologi Interceptor milik The Ocean Cleanup sejak tahun 2019.
"Dulu 1,500 tan sebulan, sekarang 800 tan sahaja. Kita harap dapat direndahkan lagi dalam masa beberapa tahun lagi.
"Dari sudut kualiti air (semakin) meningkat... Dulu (dalam kategori pencemaran) kelas 4 dan 5, sekarang sudah kelas 3. Peningkatan 48 peratus.
"Peningkatan itu ketara dan kita akan laksanakan lagi beberapa perkara untuk meningkatkan kualiti air dan pengurangan sampah," jelasnya ketika ditemui Astro AWANI pada Isnin.
Ujarnya, pelbagai pelan perancangan telah diatur oleh kerajaan negeri bagi memanfaatkan Sungai Klang.
Ia termasuk usaha pembangunan, ekopelancongan serta dijadikan punca air bersih yang dirawat dari Loji Rawatan Air Sungai Rasau yang akan dibina.
"Kita nak jadikan kegagalan bukan satu pilihan. Sungai ini akan dijadikan model bagaimana pembangunan sungai dibuat. Memang sukar, kalau senang, orang lain dah buat.
"Kita perlukan kesungguhan komitmen dan penyelesaian secara menyeluruh supaya Sungai Klang ini akan jadi contoh kepada sungai lain," jelasnya lagi.
Dalam pada itu, pemerhatian Astro AWANI sepanjang perjalanan dari Pengkalan Batu ke Interceptor 005 di muara Sungai Klang turut mendapati masih terdapat banyak sampah yang dibawa arus.
Adakalanya, bot yang melalui kawasan sungai itu terpaksa mengelak sampah supaya tidak terkena enjin yang boleh menyebabkan kerosakan.
Sepanjang perjalanan, penulis boleh melihat bagaimana sungai yang terbesar di Selangor itu semakin pulih meskipun masih banyak usaha perlu dilakukan.
Bagi Pengarah Urusan SMG, Syaiful Azmen Nordin, matlamat utama usaha yang dijalankan itu adalah untuk memberi pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat bahawa pentingnya penjagaan sungai.
"Sungai tidak menghasilkan sampah, sampah itu datang dari kita, sepatutnya sungai tiada sampah. Kita sebenarnya menghabiskan duit dan tenaga untuk membersihkan kerosakan yang kita sendiri buat.
"Sebab itu kita buat program pembersihan ini di samping kerjasama dengan Persatuan Nelayan, agensi kerajaan, Friends of River, Tengku Zatasha pun turut hadir (Puteri Sultan Selangor) dan The Ocean Cleanup.
"Usaha ini bukan sahaja meletakkan mesin Interceptor, malah kita tengok daripada publisiti yang kita akan dapat untuk meluaskan lagi kesedaran ini," jelasnya.
Sementara itu, bagi Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif The Ocean Cleanup, Boyan Slat, usaha yang dijalankan mereka dalam menyelamatkan sungai dan laut daripada sampah, tidak pernah selesai.
Ujarnya, meskipun Sungai Klang kini dalam proses pemulihan, masih banyak lagi sungai di negara ini akan diselamatkan mereka.
"Kerja kami belum selesai selagi masih ada sampah dihanyutkan ke laut. Kita perlu lakukan lebih dengan kerjasama ramai pihak.
"Sekarang kita lihat di bahagian utara Malaysia seperti di Butterworth. Dalam pada itu, kita juga melihat sungai di Johor seperti Sungai Tebrau," jelasnya.
Tambahnya, sepanjang pengoperasian Interceptor, sampah domestik yang sering ditemui adalah bungkusan plastik, beg dan botol.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam lawatan di Interceptor 002 dan 005 di Klang pada Isnin.
Fareez Azman
Mon Apr 04 2022
Interceptor 002 milik The Ocean Cleanup beroperasi di Sungai Klang sejak tahun 2019 bagi memerangkap sampah daripada dihanyutkan ke Selat Melaka. - Astro AWANI
SKM umum dividen ADK 3.60 peratus, jumlah agihan RM12.46 juta bagi 2024
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hari ini mengumumkan dividen 3.60 peratus bagi Akaun Deposit Koperasi (ADK) kepada pendeposit (koperasi) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024.
China kenakan cukai 15 peratus ke atas arang batu dan LNG dari Amerika Syarikat
China mengenakan cukai 15 peratus ke atas arang batu dan gas asli cecair (LNG) dari Amerika Syarikat (AS).
Kadar keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah menurun - KPM
2,873 pelajar merangkumi 883 murid sekolah rendah dan 1,990 murid sekolah menengah telah dikembalikan ke sekolah pada tahun lepas.
Ketua Pembangkang tuntut penjelasan kerugian saham MAHB
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menuntut penjelasan dan tindakan daripada kerajaan berkaitan kontroversi kerugian dalam urus niaga saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
ATM laksanakan pengurusan persepsi tangani tanggapan tidak tepat - Panglima ATM
ATM akan melaksanakan pelbagai langkah bagi mengurus persepsi orang ramai susulan tanggapan tidak tepat yang sering dilemparkan terhadap pasukan keselamatan itu.
Govtech dijangka dilancarkan pada suku pertama 2025 – Gobind
Dasar untuk mendigitalkan penyampaian perkhidmatan kerajaan atau GovTech dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun 2025.
Projek Jana Wibawa: Pendakwaan bantah permohonan Wan Saiful dapatkan penyata bank syarikat
Pihak pendakwaan membantah permohonan Wan Saiful bagi mendapatkan penyata bank sebuah syarikat berhubung kes pengubahan wang haram dan rasuah projek Jana Wibawa.
AWANI Ringkas: Harga lantai padi: Kenaikan dijangka diumum minggu depan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Senat AS sahkan Chris Wright sebagai Setiausaha Tenaga
Senat Amerika Syarikat pada malam Isnin mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liberty Energy, Chris Wright sebagai Setiausaha Jabatan Tenaga yang baharu, lapor Xinhua.
DNB-Ericson lancar teknologi 5G Advanced, disokong teknologi AI, jimat tenaga
Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson melancarkan teknologi 5G Advanced pada rangkaian DNB.
Interceptor 005 tajaan Coldplay mula operasi bersihkan Sungai Klang
Jentera kedua di bawah kendalian The Ocean Cleanup yang digunakan untuk kutipan sampah dalam sungai atau Interceptor 005 mula beroperasi di Sungai Klang.
77,000 tan metrik sampah dikeluarkan dari Sungai Klang dari tahun 2019
Pelbagai pelan perancangan telah diatur oleh kerajaan negeri bagi memanfaatkan Sungai Klang.
Coldplay belanja RM3.2 juta dalam inisiatif bersihkan sungai Malaysia
Coldplay dilapor menyumbang RM3.2 juta bagi New Moon 1, Interceptor 005, yang bakal mula operasi di Malaysia pada pertengahan tahun ini.
'Interceptor' mula operasi bersihkan Sungai Klang
'Interceptor' merupakan satu teknologi yang dibangunkan yang mampu mengutip sampah terapung di sungai sehingga 100,000 kilogram (kg) sehari.