Cubaan membawa masuk serbuk kuning telur dari India ke negara ini gagal apabila Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang merampas 750 kilogram (kg) serbuk berkenaan di Pelabuhan Dermaga Dalam (DAD) di sini.
Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, dalam pemeriksaan pada pukul 5 petang Selasa, pihaknya mendapati serbuk yang dianggarkan bernilai RM17,909.66 itu dibawa masuk ke negara ini tanpa dokumen yang sah, seperti permit import (IP).
Berikutan itu, Maqis, kata beliau, telah mengeluarkan kompaun kepada pengimport tersebut setelah mendapat kebenaran Timbalan Pendakwa Raya serta peringatan kepada pengimport supaya mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.
Menurut beliau, pihaknya sentiasa mengambil langkah serius dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam kepada keselamatan makanan.
Beliau berkata tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperhebatkan bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara.
Sementara itu, Zarina berkata pihaknya turut berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk produk hasilan haiwan dari pelbagai negara tanpa dokumen yang sah seperti IP dan sijil kesihatan dari negara asal di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang(PIA).
Katanya, hasil pemeriksaan yang di jalankan sepanjang bulan Julai sehingga semalam, pihaknya telah membuat rampasan pelbagai daging haiwan seperti daging babi, itik, lembu dan kambing yang semuanya 80 kg.
Zarina berkata, produk daging-daging itu adalah untuk mencegah penularan penyakit seperti virus African Swine Fever (ASF) yang boleh disebarkan melalui babi hidup, daging babi segar, babi sejuk beku, daging babi proses seperti babi salai, sosej dan sebagainya.
Beliau berkata semua rampasan itu dihantar ke Stesen Kuarantin Haiwan (SKH) Batu Maung untuk tindakan pelupusan mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan.
Perbuatan mengimport produk hasilan haiwan tanpa permit yang sah adalah satu kesalahan menurut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 dan jika sabit kesalahan boleh di denda tidak melebihi RM100,000 atau di penjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya sekali.
Astro Awani
Wed Aug 14 2019

Serbuk kuning telur yang dianggarkan bernilai RM17,909.66 itu dibawa masuk ke Malaysia tanpa dokumen yang sah, seperti permit import (IP).

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

750 kilogram serbuk kuning telur dari India dirampas
Dalam pemeriksaan itu, Maqis mendapati serbuk yang dianggarkan bernilai RM17,909.66 itu dibawa masuk ke negara ini tanpa dokumen yang sah.