KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan digesa memberi penjelasan mengenai kedudukan 6.2 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 yang tidak menduduki peperiksaan itu.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Untuk Malaysia berkata, selain itu, sejumlah 11.9 peratus atau 45,514 calon turut gagal mendapatkan sijil berkenaan kerana sama ada tidak lulus mata pelajaran Bahasa Melayu atau Sejarah, dan perkara itu amat membimbangkan. 

"Kesemua 70,455 calon ini dikategorikan sebagal cicir SPM yang membawa maksud mereka tidak boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya sama ada kerana tidak hadir peperiksaan tersebut mahupun
kerana tidak layak mendapatkan sijil," katanya dalam kenyataan di sini, baru-baru ini.


Untuk Malaysia berkata, walaupun peperiksaan SPM 2021 dilaksanakan ketika negara mendepani mencabar akibat tekanan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengakibatkan ramal calon terpaksa belajar secara dalam tallan berbanding pembelajaran bersemuka, namun pihak Kementerian Pendidikan perlu menjelaskan beberapa perkara.

Menurutnya, hanya dengan transparensi daripada pihak Kementerian Pelajaran untuk memberi penjelasan yang lebih mendalam dapat membantu rakyat Malaysia khususnya untuk memahami trend keciciran yang sangat merisaukan itu.

Justeru, Untuk Malaysia mengetengahkan lima persoalan seperti berikut:
  1. Demografi 70,455 calon ini dan latar belakang sosial dan ekonomi mereka?
     
  2. Berapa peratus daripada 70,455 calon ini yang tergolong sebagal warga miskin, B40 dan warga pedalaman?
     
  3. Adakah trend ini menunjukkan kegagalan pembelajaran secara dalam talian untuk warga miskin, B40 dan pedalaman?
     
  4. Apakah langkah awal yang telah diambil oleh Kementerian Pelajaran sebelum ini untuk mengatasi keciciran dalam angka yang besar seperti ini?
     
  5. Apakah nasib 45,514 calon yang tidak layak mendapatkan sijil ini dan apakah langkah yang telah diatur Kementerian Pelajaran untuk membantu mereka?